Walaupun fizikal mulut ikan gerong belang merupakan jenis bottom feeding, namun apabila gewang tiruan digayakan di zon strike atau habitatnya, gerong belang akan menjadi spesies ikan pemangsa yang sangat agresif dan rakus.
Respon gerong terhadap jenis gewang juga sangat meluas. Disebabkan itu, gerong belang digemari oleh pemancing yang gemarkan penggunaan umpan tiruan seperti teknik mengilat, jigging, surf casting serta fly fishing dek kerana gerong tidak sukar untuk dipujuk.
Ads
Jika anda berada di kawasan zon strike spesies ini, pasti sangat teruja apabila strike demi strike yang dilakukan oleh sang gerong terhadap gewang yang dihulur. Gewang ‘hard lure’ minnow saiz kecil hingga sederhana antara saiz ideal yang sesuai untuk menggoda gerong belang. Saiz sebegini sesuai untuk mengilat terutama di kawasan agak cetek, di mana menjadi tempat permainan gerong.
Ads
Selain itu, gewang permukaan seperti popper dan stick bait pula bukan sahaja sangat efektif, malah mampu memberikan visual aksi sambaran yang mengagumkan saat dibaham spesies trevally ini.
Ads
Teknik penggunaan umpan tiruan seperti jigging, casting, trolling, fly fishing malah penggunaan soft plastic memang efektif untuk memancing gerong jika anda berada di zon strike atau habitat kegemaran gerong. Selalunya kawasan cetek berpasir, jernih dan berterumbu karang mempunyai potensi tinggi sebagai zon strike.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Menggunakan kamera DSLR dan telefon pastinya banyak beza. Tahap kepuasan pula bukanlah diukur melalui peralatan akan tetapi hasil yang dirakam semestinya menjadikan gambar tersebut lebih berharga.
Untuk tip kali ini, bagaimana menghasilkan gambar yang hampir sama dengan penggunaan DSLR tetapi menggunakan kamera telefon. Sememangnya ia ada perbezaan kerana kamera telefon lebih auto daripada manual seperti setting shutterspeed dan aperture.
Guna Elemen Fokus
Ketika anda ingin mengambil gambar, klik pada ikon kamera. Kemudian akan tertera kotak [ ] seperti ini. Anda hendaklah fokus dengan tepat gambar yang ingin diambil. Elakkan penggunaan zoom melebihi empat kali kerana gambar boleh jadi blur walaupun beresolusi tinggi.
Sebelum tekan butang kamera di tengah, pastikan anda semak dahulu sudut pencahayaan gambar tersebut. Anda juga boleh selaraskan setting mengikut kesesuaian mode dengan menggunakan butang setting.
Terdapat pelbagai pilihan shooting mode contohnya seperti single shot, panorama, smile shot dan sebagainya.
Penggunaan Effect
Ada juga kamera telefon disertakan sekali setting effect. Ia bertujuan untuk menukarkan warna gambar menjadi warna sephia, black and white atau negative secara terus tanpa perlu membuat editing menggunakan sebarang software di komputer.
Penggunaan Scene Mode
Sekiranya anda lebih mahukan teknik lebih pantas, penggunaan scene mode akan menolong anda mengambil gambar mengikut kesesuaian suasana sama seperti menggunakan auto scene mode pada kamera DSLR. Antara scene mode yang sedia ada ialah landscape, sport, party / indoor, beach, sunset, autumm color, candlelight, firework, backlight, night dan sebagainya.
Sekiranya pergerakan ikan terlalu pantas dan anda ingin merakan gambar ikan tersebut setelah berjaya ditangkap, anda boleh menggunakan scene mode sport kerana ia akan ‘matikan’ pergerakan ikan tersebut dan gambar jadi tidak blur.
Elak Guna Kamera Hadapan
Setiap kamera mempunyai ‘kamera kedua’ di bahagian hadapan permukaan telefon. Kebiasaannya, kamera tersebut digunakan untuk tujuan selfie atau swafoto. Untuk mengambil gambar ketika memancing, elakkan menggunakannya kerana ia akan menyebabkan gambar jadi blur kerana kamera ini mempunyai resolusi rendah dan kualiti gambar yang dihasilkan lebih rendah.
Jangan Zoom Sebelum Mengambil Gambar
Ini adalah kerana gambar akan menjadi lebih noise dan blur. Anda boleh pergi menghampiri objek atau anda tangkap dahulu gambar tersebut, kemudian zoom dan crop seperti yang anda mahukan.
Gunakan Ia Seperti Kamera Dslr
Anda boleh jadi lebih kreatif mengambil gambar menggunakan pelbagai teknik seperti kamera DSLR. Teknik depth of field, composition, rule of third, bokeh, sillhouette dan sebagainya dan cuba bandingkan gambar menggunakan kamera DSLR dan kamera telefon, pasti berbeza.
Tip Tambahan
Sebelum mengambil gambar, elok periksa lensa kamera telefon anda adakah ia betul-betul bersih dari sebarang habuk, kesan minyak, calar, cap jari supaya gambar yang dihasilkan tidak rosak!
Trip memancing dan berkhemah di sungai hutan pergunungan salah satu cabang memancing yang menyeronokkan.
Malah, dalam kategori pancingan air tawar ia merupakan pancingan yang paling mencabar dan menyeronokkan tetapi tidak semua pemancing mampu mengaplikasikannya.
Namun, dalam keseronokan keselamatan diri jangan mudah terlupa. Pertama sekali pastikan langkah keselamatan diutamakan. Contohnya menggunakan kasut yang sesuai.
Bawa bekal ubat-ubatan, mesti ada guide atau pergi secara berkumpulan, tidak berkhemah terlalu dekat dengan gigi air. Pilih waktu yang sesuai untuk berkhemah dan patuhi pantang larang di dalam hutan.
Jika memancing pada waktu malam, pastikan anda meminimakan cahaya seperti lampu suluh atau unggun api di kawasan anda memancing.
Elakkan menggunakan loceng pada waktu malam pada hujung joran, sebaliknya gantikan dengan stik cahaya kerana ikan kawasan sungai pergunungan lebih sensitif dan sukar dipancing.
Untuk umpan, ia tidaklah sukar. Selain umpan sawit yang sangat sesuai untuk memancing kelah, anda juga boleh menggunakan umpan cacing dan juga hirisan isi ikan.
Saya juga gemar menyarankan wisel dibawa ke mana-mana kerana, jika tersesat, anda boleh gunakan ketika kecemasan.
Saya ada pertanyaan dan permintaan. Pertama sekali boleh tak jelaskan perihal air besar dan air mati yang tak sesuai untuk memancing ni. Tapi lagi best kalau admin dapat buatkan satu jadual atau tarikh-tarikh yang terbaik untuk memancing di laut.
JAWAPAN:
Kejadian air mati dan air besar adalah dipengaruhi sepenuhnya dengan peredaran bulan. Oleh itu kalendar Islam ataupun Cina amat baik untuk dijadikan rujukan. Setiap pemancing wajib mengetahui fenomena air ini jika kerap memancing di laut. Sila rujuk dan hafal jadual yang disediakan ini:
Hari bulan (hijrah) Fasa air
28-3 Adalah air besar fasa pertama
4-9 Adalah air mati fasa pertama
10 Air mulai bergerak fasa pertama
11-12 Air mulai besar fasa kedua
13-16 Adalah air besar fasa kedua
17-22 Adalah air mati fasa kedua
23 Air mulai bergerak fasa kedua
24-27 Air mulai besar fasa pertama
Tambahan
Jika anda ingin keluar memancing ke laut dalam pilihlah hari bulan 4-9 &10 bagi fasa pertama, hari bulan 17-22&23 bagi fasa kedua.
Hari bulan yang lain arus laut amat kuat dan laju jadi lebih sesuai memancing di pantai. Perlu diingatkan yang hari yang terbaik adalah kedua-dua hari bulan air penghulu iaitu hari bulan 10&23, kedua-dua hari ini amat sesuai untuk memancing laut dalam ataupun pantai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...