Hutan yang bising dengan suara dan bunyi unggas pada waktu malam adalah lebih baik daripada hutan yang sunyi sepi. Bila hutan sunyi sepi, pasti ada sesuatu yang tak kena…! Namun itu cuma salah satu panduan jika kita ingin camping atau berkhemah di dalam hutan. Banyak lagi panduan yang perlu dipelajari sebelum melakukan aktiviti ini.
Pilih Kanopi Hutan
Apabila sudah dapat tapak untuk mendirikan khemah, sebaiknya dongak ke atas melihat persekitaran pokok dan rimbunan daun (kanopi) yang masih hijau. Maksudnya, bukannya kanopi yang dah mati kering supaya dapat mengelakkan risiko dihempap dahan atau ranting pokok apabila angin kencang.
Pantau Paras Air
Pastikan jarak tapak untuk mendirikan khemah sekurang-kurangnya 5 kaki dari aras air sungai. Jangan dirikan khemah di kawasan landai tepi gigi sungai, biasanya kawasan landai akan ada banyak pokok rendah dan renek macam pokok senduduk. Itu tandanya air selalu naik kat kawasan tersebut. Dirikan di kawasan yang pokoknya besar-besar.
Perhati Laluan Denai
Tentukan laluan denai di dalam radius kawasan 20 meter dari khemah. Jangan dirikan khemah di dalam laluan denai kerana laluan denai bukan untuk kegunaan manusia sahaja, ia juga adalah laluan binatang lain. Gajah atau seladang tentu tak suka kalau laluannya terhalang oleh khemah korang.
Bersihkan tapak
Bersihkan lantai tapak perkhemahan daripada daun-daun, ranting-ranting dan pokok-pokok renek. Bersihkan dengan menggunakan alatan atau ranting-ranting pokok sehingga kelihatan lantai tanah. Ia bagi mengelakkan risiko terkena sengat serangga atau binatang berbisa seperti lipan atau kalajengking yang bersembunyi.
Unggun api
Ketika membuat unggun api, selitkan beberapa batang kayu panjang. Ia sebagai senjata segera. Bila ada bahaya contohnya perimeter diceroboh, capai saja kayu yang ada api ini sebagai senjata. Lazimnya binatang lebih takutkan api berbanding pisau atau parang.
Pagar perimeter
Jika perlu, buatkan perimeter tapak perkhemahan dengan memagarnya menggunakan tali tangsi dan loceng. Ia sebagai alarm sekiranya ada binatang yang menceroboh masuk ke dalam perimeter. Boleh juga taburkan karbaid atau belerang kuning pada perimeter ini bagi menghadang ular atau binatang berbisa yang merayap.
Awas Kepala air
Jika berkhemah di kawasan aliran sungai atau air terjun, jangan dirikan khemah terlalu hampir di kawasan tersebut. Lebih molek andai jauh sedikit dari kawasan tersebut dan kawasan perkhemahan agak tinggi kerana apabila hujan, kawasan yang rendah akan ditenggelami air apabila dan datangnya kepala air. Jika ada batu besar berhampiran aliran air, tandakan batu tersebut sebagai penunjuk paras air.
Bahaya Rimbunan Buluh
Elakkan berkhemah di bawah rimbunan pohon buluh. Rimbunan buluh dan daun yang sudah mati kebiasaannya dihuni oleh makhluk berbisa seperti ular. Andai tiada tempat, bersihkan dulu kawasan tersebut dan pastikan kawasan sekeliling ditabur dengan belerang untuk tujuan keselamatan. Pohon buluh juga amat sinonim dengan makhluk halus yang menjadikan pohon tersebut sebagai tempat tinggal.
Air Masak
Jika nak memasak air, jangan ambil air di bahagian tepi atau gigi sungai. Ambil kat bahagian tengah sungai atau tempat yang mengalir deras. Rasionalnya tikus, rusa, kancil, babi dan lain-lain binatang kencing kat tepi sungai, arus akan tolak air kencing tu ke tebing.
Sisa Makanan
Sebaik-baiknya habiskan semua makanan tanpa meninggalkan sisa. Jika ada sisa makanan, hanyutkan atau tanamkan. Ini kerana bau sisa makanan ini akan menarik perhatian beruang, gajah, kera dan pelbagai binatang lain untuk bertandang.
Kebanyakan kaki pancing terutamanya di Lembah Kelang pastinya pernah memancing di kolam berbayar air tawar. Tidak kiralah kolam pancingan tangkap dan lepas atau kolam berlauk. Sekiranya korang belum pernah memancing dan bercadang untuk mencubanya, di sini kami sediakan sedikit panduan untuk korang pratikkan.
Survey dulu
Berkenalan dengan keadaan dan situasi kolam terlebih dahulu. Kalau bertanya terus pada pengusaha dan pekerja kolam pun bagus juga. Ketahui port strategik, umpan dan teknik yang digunakan kerana lain kolam lain umpannya.
Info spesies
Ambil tahu juga jenis-jenis ikan yang ada di dalam kolam. Ini penting untuk mengetahui teknik dan persembahan umpan yang betul. Selain itu tanya juga jadual pelepasan ikan bagi mengelak daripada silap umpan dan kumpau kerana ikan tak bukak mulut. Terutamanya jika ia adalah kolam rohu.
Ikut peraturan
Patuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pengusaha kolam. Terutamanya jumlah penggunaan mata kail bagi mengelak daripada putih mata kerana ikan yang diperoleh tidak layak disenaraikan dalam ranking jackpot.
Set pancing
Pastikan juga set pancing yang digunakan adalah bersesuaian dengan saiz ikan yang terdapat di dalam kolam bagi mengelakkan kes melayan ikan terlalu lama sehingga mengganggu pemancing lain. Dan lebih penting lagi ikan yang dipancing berjaya didaratkan dengan sempurna.
Adab memancing
Elakkan membaling umpan secara menyilang kerana tidak semua kaki kolam bersifat mesra, bahkan ramai otai kolam yang bersifat ala-ala KL Gangster.
Joran terbang
Sebaiknya guna pancang yang sesuai dan pastikan drag pancing telah dilonggarkan sebelum duduk bersantai menunggu umpan dimakan ikan bagi mengelakkan daripada berlakunya kejadian pancing terbang ke dalam kolam.
Kerjasama
Sentiasa peka pada aktiviti memancing di kolam terutama bila pemancing lain sedang menarik ikan. Beri kerjasama untuk mengelakkan tali pancing bersilang atau menyentap tali pancing pemancing yang sedang melayan ikan.
Sekiranya giliran kita pacak dan bertarung dengan ikan, usah segan untuk bersuara sebagai isyarat kepada pemancing agar tidak menyentap tali pancing kita sekaligus menyebabkan ia putus, ikan terlepas dan kita berputih mata.
Saling tolong menolong. Sekiranya pemancing di sebelah menaikkan ikan, tolonglah tangguk kerana kita juga akan diberi pertolongan jika bertarung dengan ikan nanti.
Ikan tenggiri biasanya akan menyerang mangsa berdekatan dari semua arah. Ini dapat dikesan kerana ada kes umpan hilang bahagian ekor saja, ada bahagian tengah dan sebilangan besar sasaran adalah bahagian kepala. Dengan ekor tirus bercabang, ia berkemampuan menujah pecutan renang mendahului kelajuan pemancing mengarau tali.
Kemampuan tenggiri memotong mangsa seperti pisau amat tajam, mengonggong dan terus melarikan mangsa dengan pergerakan pantas. Jangan perkecilkan kebolehan ikan ini berenang. Jika tidak ingin berputih mata jangan biarkan ia mendahului kita dan tali pancing hendaklah sentiasa tegang.
Kayuhlah sebeberapa laju kekili yang anda mampu ketika ia datang menyusuri arah anda. Ini bertujuan mengelakkan ia menggeleng kepala berulang kali dalam cubaan melepaskan mata kail di mulut. Inilah salah satu kelebihan buat tenggiri bagi menidakkan hasil buat pemancing. Tali kendur pula memberi peluang kepadanya memotong perambut tangsi dengan mudah. Ia akan melurut tangsi sebelum ‘zussss’ potong tanpa rasa lagi.
Tenggiri gemar menyambar mangsa dan terus melarikan umpan. Ia akan berpatah balik dan jarang berlawan bertentangan dengan pemancing. Pergerakannya sempurna, padu dan senyap. Mengenal tabiat tenggiri secara mendalam sedikit sebanyak dapat membantu anda ketika berhadapan dengannya di padang pancing. Kalau tidak kita akan mudah dipermainkannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...