Berbanding keluarga ikan trevally yang lain, ikan cermin lebih popular di meja makan berikutan ia lebih mudah ditemui di pasaran. Berikutan dagingnya yang enak dan harga berpatutan, ramai netizen mengenali ikan cermin walaupun bukan kaki pancing. Dan sebagaimana ia boleh ditangkap dengan penggunaan pukat, ikan cermin juga boleh dipancing.

 

Dalam dunia pancingan, ikan cermin bukanlah ikan sasaran utama dalam sesebuah trip memancing laut dalam. Lazimnya ia diperoleh secara tidak sengaja apabila memakan umpan untuk ikan sasaran seperti merah atau kerapu. Sekiranya ingin menyasarkan ikan cermin sebagai sasaran utama, pemancing haruslah tahu habitat, diet dan tabiat makannya.

 

Teknik Pantas Menjerat Spesies Ikan Cermin

 

Sebagaimana diketahui, ikan cermin merupakan ikan pelagik yang mendiami kawasan perairan pantai dan luar pesisir, di sepanjang lereng lagun dan terumbu karang. Dengan dengan memiliki mulut agak kecil dan tabiat makan secara menyedut, ikan cermin merupakan merupakan pemangsa kepada ikan kecil dan krustasea.

 

Pancingan dasar merupakan teknik pancingan asas yang banyak dipraktikkan bagi memikat ikan cermin. Lazimnya umpan hirisan ikan dan sotong, dengan penggunaan mata kail agak kecil saiz 9 atau 10 dan teknik perambut apollo adalah kaedah terbaik jika mensasarkan spesimen ini sebagai ikan sasaran utama.

 

Teknik Pantas Menjerat Spesies Ikan Cermin

 

Ia biasanya menjadi ikan sasaran apabila ia mengambil umpan yang disasarkan bagi ikan lain. Dan apabila seekor cermin didaratkan, maka peluang untuk mendaratkannya dengan lebih banyak amat cerah kerana ia merupakan ikan yang bergerak secara berkumpulan.

 

Selaku keluarga ikan trevallies, ikan cermin mampu memberikan tentangan yang mengasyikkan sehingga ke permukaan air. Jika mendambakan pertarungan yang lebih mendebarkan, bolehlah ganti peralatan berat seperti kekili elektrik atau multiplier dengan set peralatan yang lebih ringan. Lariannya dalam usaha meloloskan diri dari cangkuk mata kail begitu mempersonakan.

 

Teknik Pantas Menjerat Spesies Ikan Cermin

 

Selain teknik pancingan dasar, ikan cermin turut boleh diperdaya melalui teknik jigging. Sama ada melalui teknik jigging perlahan dan jigging ringan, kedua-duanya berjaya menipu spesies ini dengan penggunaan jig kecil 40gm hingga 80gm.

 

Melalui teknik jigging ini juga kebanyakan spesimen yang didaratkan adalah lebih besar berbanding pancingan dasar. Dengan mencangkuk umpan pada assist hooks, peluang untuk memperdaya spesies ikan cermin ini ternyata sangat berkesan.

 

Teknik Pantas Menjerat Spesies Ikan Cermin

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI