Sentiasa pastikan di mana kedudukan gewang dan selamat dari terkena rakan sebelum. membuat balingan. Terutamanya teknik overhead cast yang mana anda perlu melihat kalau-kalau ada rakan berada di belakang anda.
Impak balingan
Cuba elak daripada mengamalkan balingan secara henjutan kuat sebagaimana balingan surfcasting kerana akan menghasilkan impak yang besar jika mata tiga gewang tersebut tersangkut pada objek di belakang. Lebih parah jika ada sesiapa yang sedang lalu di belakang.
Sejengkal
Ads
Setiap kali membuat balingan, panjang perambut antara hujung cincin dan gewang sebaiknya tidak lebih dari sejengkal atau 6 inci kerana jika terlalu panjang, hayunan gewang itu akan mudah menyentap sesuatu, termasuklah juga telinga atau kepala anda sendiri.
Over limit
Elakkan juga dari melakukan aktiviti casting di atas bot atau sampan dengan kapasiti pemancing melebihi had. Jika saiz sampan sesuai untuk 3 pemancing, maka jangan lebih daripada itu.
Ads
Tenang is good
Jangan gelojoh. Gelojoh atau gopoh ketika mahu membuat balingan khususnya apa bila melihat kelibat ikan yang ingin dipancing adalah perkara yang wajib dielakkan kerana banyak insiden berlaku disebabkan olehnya.
Jaket keselamatan
Sentiasa memakai jaket keselamatan kerana banyak insiden yang tak diduga boleh berlaku ketika aktiviti casting di atas bot.
Ads
Keselamatan
Banyak kemalangan berlaku ketika menangalkan mata kail dari mulut ikan, jadi berhati -hatilah dan gunalah kelengkapan seperti tanguk, lip grip serta playar.
Keselamatan ekstra
Sebaiknya pakailah cermin mata hitam, topi dan juga sarung tangan. Ia bukanlah untuk anda kelihatan bergaya sebaliknya sebagai pelindung daripada insidem membabitkan mata kail.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Andai kata kalau sebiji batu no 4-8 berharga RM1 dan ke atas dan setiap trip diandaikan menggunakan 10 batu ladung serta purata ia akan sangkut 3-4 ketul, berapa pula nilai RM yang lebur untuk trip dua kali sebulan dan darab dengan setahun.
Apa kata jimatkan kos batu ladung terutama pancingan bottom di lokasi-lokasi risiko dengan menggunakan barang terpakai.
Caranya adalah menggunakan palam pencucuh (plug) terpakai yang boleh didapati secara percuma di bengkel-bengkel motosikal.
Walaupun sukar untuk menentukan beratnya berbanding terdapat nombor pada batu ladung yang dijual di kedai, apa kata rajin-rajinlah menimbang berat palam pencucuh
(gunakan penimbang elektronik) berkenaan dan gandakan ia mengikut berat yang sama dengan batu ladung yang mempunyai nombor.
Untuk laut dalam, boleh gunakan potongan batang besi (besi yang digunakan membuat cerucuk bangunan) dengan cara mengubahsuainya di bengkel pertukangan.
Bahkan, ia sebenarnya bukan perkara baru, pemancing tradisional yang menggunakan botol mineral yang di dalamnya diisi dengan bancuhan simen.
Memancing sememangnya menuntut kos tinggi. Pendek kata, selagi dapat mengurangkan kos, ia sudah cukup baik untuk poket anda. Selamat mencuba!
Fenomena dunia memancing hari ini menyaksikan pemancing gemar menggunakan teknik jigging kerana besi jig mempunyai daya ketahanan yang unggul selagi tidak lebur disebabkan perambut dipotong atau tersangkut. Tetapi, jika anda menggunakan besi jig, salah satu faktor kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.
Perlu diingat warna pada badan jig berbeza di dalam air berdasarkan bagaimana penetrasi cahaya ke dalam air pada masa itu. Faktor warna jig memainkan peranan penting ketika unjunan untuk menarik perhatian ikan.
Pemilihan warna jig sangat kritikal bergantung kepada kedalaman air. Jadual ini mungkin membantu anda dan memberikan alternatif pilihan untuk memilih warna jig yang sesuai mengikut kedalaman kawasan pancingan anda.
Warna Kesan Optimum Untuk Kedalaman
Merah (Red) 0 – 30’
Oren (Orange) 0 – 45’
Kuning (Yellow) 0 – 60’
Hijau (Green) 0 – 80’
Biru (Blue) 0 – 100’
Ungu (Purple) 0 – 120’
Perak (Silver) 0 – 120’ ke atas
Bercahaya (Luminous) – Waktu malam atau lebih 120’
Warna jig di atas berdasarkan penetrasi cahaya pada kedalaman tertentu. Namun tidak salah untuk kaki pancing memilih warna-warna berbeza dari warna berkenaan. Selalulah bertanyakan kepada yang arif dan juga tekong sebelum anda turun jigging.
Pertama sekali perlulah mencari ikan umpan seperti tamban dan selar dengan menggunakan apollo. Sebaiknya dapatkan ikan tamban. Untuk dapatkan ikan tamban ini gunalah apollo saiz 4 hingga 6.
Manakala apollo yang bagus untuk digunakan ialah apollo udang warna-warni (udang getah pada mata kail).Jika boleh biarkan ikan umpan ini hidup dengan menyimpannya di dalam bekas simpanan berudara. Atau disimpan bekas berais kerana kesegaran umpan amat penting untuk memancing cencaru.
Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil. Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian. Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Apollo 3 mata kail yang telah dicangkuk isi ikan tamban itu kemudiannya dilontar ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh. Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu. Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan.
Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...