Campur kesemua serbuk perisa ke dalam dedak dan gaulkan.
Masukkan 10 penutup Umpan Power Buah perah dan gaulkan, masukkan pula perisa pandan dan strawberi dan gaulkan.
Akhir sekali baru masukkan perisa pisang dan gaulkan. Sebaiknya simpan bancuhan ini selama 3-4 jam sebelum digunakan. Adunan haruslah peroi dan tidak terlalu keras atau lembik.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Masih ada yang kurang mahir mengambil gambar ketika memancing? Jangan risau, kali ini kita akan tunjukkan cara pantas bagaimana mengambil gambar hasil pancingan dengan lebih cepat dan cantik.
Cara mudah yang pertama sekali anda perlu lakukan ialah anda perlu dapatkan segera hasil tangkapan anda walaupun seekor ikan puyu. Tanpa subjek ini maka gambar anda dikira gagal kerana tidak berjaya mendapatkan hasil yang baik.
Keduanya, anda perlu menahan nafas setiap kali mengambil gambar ikan tersebut. Ini kerana, salah satu punca gambar `bergerak’ atau tidak jelas ialah anda atau jurugambar tersebut tidak bersedia dengan betul. Nampak mudah, akan tetapi jika anda pakai kamera telefon pun, anda patut cuba menahan nafas beberapa saat ketika mengambil gambar.
Seterusnya mesti fokus kepada subjek. Fokus menjadi titik utama bagi memberi gambaran apakah subjek yang ingin anda gambarkan. Sekiranya ikan sahaja menjadi subjek anda, cuba laraskan kamera menjadi lebih hampir kepada ikan tersebut.
Anda boleh menggunakan zoom lens untuk merakam ikan secara close-up, merakam sisik ikan, gigi ikan atau apa sahaja yang anda rasakan kreatif.
Sekiranya anda menggunakan lensa normal 18-55mm, dekatkan diri anda kepada subjek tersebut dan kurangkan pemandangan lain di bahagian belakangnya.
Seeloknya anda haruslah memakai pakaian lengan panjang dari menampakkan sebahagian tangan anda ketika mengambil gambar.
Ini kerana kadang kala di bawak terik matahari, pantulan kulit di tangan boleh menjadikan gambar over exposed atau lebihan cahaya sewaktu memegang ikan.
Sebolehnya ikan tersebut hendaklah dipegang betul-betul dekat dengan air. Barulah nampak background ikan menjadi lebih natural.
Ikan hendaklah dipegang secara lembut dan bukanlah keseluruhan badan ikan tersebut penuh dengan tangan anda.
Walaupun ikan tersebut bergerak dalam keadaan laju, anda haruslah peka bahawa untuk mengambil gambar subjek, tangan tidak boleh 60% memonopoli dalam gambar. Ia juga akan memberi impak seperti ikan tersebut seperti kena picit atau digenggam sekuat hati.
Untuk freeze titisan-titisan air sungai atau air terjun, hendaklah pemancing set kamera dengan kelajuan shutter 1:500 per saat.
Gambar yang terhasil akan membuatkan ia lebih menarik. Bukan itu sahaja, anda juga boleh set kamera dengan kelajuan shutter perlahan 1:30 per saat.
Cuba kedua-dua jenis kelajuan. Ini akan memperlahankan air dan menjadikan gambar air sungai, air terjun lebih halus. Pantulan batu sungai juga akan menampakkan ikan anda menjadi lebih cantik.
Apabila cahaya menembusi permukaan air yang jernih, kepelbagaian warna yang ada di dalam cahaya tadi akan diserap pada kadar yang berbeza.
Warna merah adalah yang paling cepat diserap oleh molekul air yang mana warna itu akan hilang sepenuhnya apabila melalui kedalaman 15-20 kaki. Ini diikuti oleh warna oren, kuning, hijau dan ungu. Warna biru merupakan warna yang mampu menembusi kedalaman yang paling dalam berbanding warna lain.
Kekeruhan Air
Faktor kekeruhan air merupakan antara perkara yang perlu diambil kira untuk memilih warna gewang. Terdapat beberapa perbezaan tahap kekeruhan air yang boleh kita jadikan panduan untuk memilih warna gewang:
Jika memancing sewaktu air keruh, gewang berwarna hitam @ gelap adalah terbaik untuk digunakan.
Alga boleh tersebar mengikut musim tertentu yakni disebabkan oleh cuaca panas berpanjangan. Ketika waktu ini gewang dengan 2 tona warna berbeza adalah antara yang terbaik digunakan.
Sewaktu memancing di kawasan air jernih dan cetek, gunalah gewang berwarna merah, oren, kuning ataupun silver metalik.
Cuaca juga memainkan peranan besar di dalam pemilihan warna gewang. Jika kita memancing sewaktu musim panas yang mana cahaya matahari dipancarkan secara terus ke dalam air, warna gewang seperti ‘gold’ atau ‘silver’ dikatakan paling terbaik digunakan. Ini kerana warna ini berfungsi dengan baik untuk memantulkan cahaya di dalam air.
Pada ketika cuaca mendung atau berawan, cahaya UV akan menjadi lebih kuat pada waktu ini. Jadi gewang dengan warna-warna fluorescent adalah yang terbaik digunakan memandangkan ia akan menjadi lebih cerah di dalam air apabila dipantulkan oleh cahaya UV.
Adakah Warna Gewang Begitu Penting?
Untuk bercerita tentang perkara ini memang terlalu subjektif. Bahkan, jika anda bertanya kepada lebih ramai pemancing berpengalaman sekalipun tentang pemilihan warna gewang, pastinya anda akan mendapat 6 – 7 jawapan yang berbeza.
Justeru itu, mulai sekarang warna gewang ini bukanlah sesuatu yang wajib kita ambil berat. Cukuplah ada sedikit ilmu di dada warna apa yang patut digunakan pada waktu tertentu. Apa kata kita lebih fokuskan kepada saiz, aksi, dan kelajuan gewang yang kita gunakan kerana diyakini faktor ini adalah lebih penting untuk dititikberatkan untuk mendapatkan hasil yang diinginkan.
Salam admin… saya ni ibarat macam budak baru nak besar. Banyak perlu diteroka dalam arena memancing ni. Soalan saya mengenai memancing haruan.
Bila ikan makan berdekatan, saya jadi gelabah nak sentap atau biarkan. Saya takut ikan tak lekat dan mata kail datang ke muka bila sentap. Apa yang perlu dibuat, admin?
JAWAPAN:
Tahniah kerana berani dan tidak malu untuk bertanya. Ia adalah satu pembelajaran yang bagus untuk anda menaikkan ilmu dalam arena memancing ini.
Situasi yang anda alami sebenarnya dialami oleh ramai pemancing. Dan saya memahaminya dengan amat jelas situasi tersebut.
Dalam pancingan haruan terutamanya mengilat atau casting menggunakan umpan hidup (katak) dan gewang, situasi di mana haruan menyambar umpan ketika ia sudah hampir tiba ke pemancing adalah sesuatu yang lumrah.
Dalam soal ini, sedikit kesulitan sekiranya menggunakan umpan katak berbanding gewang. Jika menggunakan gewang, sentapan atau strike boleh dilakukan secara terus.
Sebaliknya jika menggunakan umpan katak, kejadian rabut atau tidak lekat sering berlaku.
Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya dibiarkan beberapa saat sebelum melakukan sentapan. Caranya ialah dengan memberi tali terlebih dahulu.
Bila mendapati ada pergerakan tali keluar dari kekili barulah melakukan sentapan. Dan bagi mengelakkan kejadian rabut dan mata kail terpelanting ke arah pemancing maka lakukan sentapan ke arah sisi badan.
Jika mata kail terpelanting sekalipun ia tidak akan mengenai mana-mana anggota badan pemancing.
Sebaiknya amalkan teknik strike ke arah sisi badan dalam apa juga keadaan sekali pun kerana ia adalah lebih selamat.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...