Sebelum terciptanya batang pancing moden, kekili, gewang dan segala macam peralatan pancing yang canggih manggih hari ini, nenek moyang kita mulakan semuanya dengan tangan. Kali ini kami ingin mendedahkan beberapa kaedah atau teknik menangkap ikan secara tradisional yang telah diamalkan sejak dari zaman purba hingga sekarang.
Kat Negeri Sembilan dipanggil ‘ngoca’.
Timba
Keringkan kolam/ lubuk dengan baldi di sesuatu kawasan.
Kayu/batu
Hempuk ikan dengan kayu atau batu.
Ads
Panah
Pancing guna batang buluh, rumbia.
Ads
Taut/tajur
Tinggalkan semalaman untuk tangkap ikan besar seperti tapah , baung, keli atau haruan menggunakan umpan anak sepat /puyu.
Lukah
Alatan menangkap ikan yang diperbuat dari buluh.
Ads
Serkap
Femes kat sawah terutama pada musim nak menuai padi .
Tuba
Menggunakan akar pokok tuba yang ditumbuk untuk memabukkan ikan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kelah merupakan sejenis ikan yang amat liar dan sensitif kepada persekitarannya. Ia mudah takut dan cabut lari dengan pantas sekiranya ternampak gerakan bayangan. Jadi, anda perlu bergerak serendah mungkin dan gunakan pakaian yang boleh menyamari alam persekitaran seperti warna hijau atau biru gelap.
Jangan timbulkan sebarang gangguan atau bunyi yang tidak diingini seperti mengharung air ataupun terlalu kerap melontar umpan. Sekilas pergerakan joran juga boleh memeranjatkannya. Jadi, cuba bergerak di bawah bayangan pokok.
Cara persembahan umpan
Lontarkan umpan ke sudut yang anda fikir kelah berada. Nampak senang bukan? Tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka. Kelah sentiasa bergerak bergantung kepada masa dan yang pelik, tabiatnya berbeza di antara satu sungai dengan sungai yang lain! Mempelajari tabiat kelah akan memakan masa beberapa hari.
Jadi, jangan sangka begitu mudah untuk mendapatkan walau seekor kelah pada kali pertama memancingnya kecuali sekiranya anda pergi bersama dengan pemancing kelah yang berpengalaman di sungai tersebut. Dan anda pasti mengalami pengalaman pahit yang pemah dialaminya.
Pilihan umpan yang tepat
Gunakan umpan yang kelah biasa makan tetapi bukan mudah untuk memilih yang terbaik. Makanan semula jadi kelah ialah buah-buahan hutan asli seperti buah neram, maris, ara, perah, jambu air dan buah mata lembu.
Jika terdapat salah satu musim buah tersebut, kelah hanya memakan sejenis buah sahaja dan tidak akan memakan benda lain. Jadi, anda perlu menyampaikan umpan buah tersebut mengikut keadaan semula jadi kalau tidak lebih baik balik ke rumah. Jika bukan musim buah tersebut, anda akan berpeluang menggunakan umpan yang lain.
Yang penting, bawa umpan dalam jumlah yang banyak kerana anda perlu merangsang kelah terlebih dahulu supaya biasa dengan umpan tersebut, dengan cara menabur umpan ke lubuk berkenaan selama satu atau dua hari.
Antara umpan kegemarannya ialah ubi kayu, kelapa sawit dan biji getah yang dibakar. Sekarang ini, buah kelapa sawit merupakan umpan yang paling popular kerana mudah didapati dengan banyak serta berbau kuat dan sangat berkesan walaupun dalam air yang keruh.
Ambil tali perambut yang korang suka berkekuatan 20-50lb bergantung kepada saiz ikan yang korang target.
Buat dalam 1 depa hingga 3 depa bergantung pada kedalaman kolam tu macam mana. Lepas tu bahagikan sama panjang dan buat satu simpulan drooper loop.
Kalau tak tau nak buat drooper loop, korang boleh buat carian dalam website umpan ni ada tutorial siap video lagi.
Batu ladung
Ikat la batu ladung ikut saiz dan bentuk yang korang berkenan. Batu ladung memainkan peranan dalam menanam (menggantung) umpan korang dan juga jarak balingan umpan. Batu ladung yang terlalu ringan akan menyebab umpan korang timbul.
Perambut mata kail
Hujung perambut gantung satu lagi korang ikat la mata kail. Terlebih dahulu saya suka buat sambungan perambut dengan tali sulam dengan teknik ikatan improved Albright. Tali sulam berkekuatan 50lb yang disulamkan sikit lebihan talinya.
Umpan
Bancuh la roti dadu dengan umpan pilihan korang. Sebelum cucuk roti dadu pada mata kail, korang cucuk dulu marshmellow melepasi mata kail. Tujuan marshmellow ini untuk mengapungkan lagi umpan.
Boleh dikatakan hampir semua ikan di laut memiliki duri sirip yang tajam. Namun tidak semua duri sirip yang tajam itu mengandungi bisa. Berikut disenaraikan ikan-ikan yang memiliki duri berbisa atau duri yang tajam mudah melukakan.
Baji
Bartail flathead, pada asasnya ikan baji tidak menggigit atau memiliki sirip berduri yang berbisa. Tetapi perlu diawasi pada dua baji (duri tajam) di kiri dan kanan berdekatan bahagian kepala. Elakkan memegang bahagian kepala ikan ini dengan tangan kerana duri yang terselindung di bahagian kepala ini boleh melukakan tangan anda dengan mudah dan setajam pisau. Gunakan pelayar atau alatan yang sesuai untuk mengeluarkan mata kail dari mulutnya.
Pari
Stingray atau ikan pari merupakan ikan yang berbentuk leper dan sering berada pada dasar badan air. Ketika mengendalikan ikan pari, perhatian harus diberikan kepada bahagian ekornya. Duri sengatan ikan pari yang terletak di sebalik ekornya sangat berbisa dan mampu memberikan kecederaan teruk. Sesetengah kes sengatan pari mampu membawa kepada kematian.
Ketuka
Scaly whipray atau ikan ketuka mempunyai bentuk badan yang hampir sama dengan ikan pari. Namun saiz ikan ketuka lebih kecil tetapi lebih berbisa sengatnya. Ikan ketuka juga mempunyai sengatnya di sebalik ekornya seperti pari. Sengat ikan ini mampu mendatangkan kecederaan yang teruk jika tidak dirawat.
Debam jalur
Lined Surgeonfish atau debam jalur merupakan ikan yang bersifat kewilayahan dan menghuni kawasan berbatu karang. Spesies ini biasanya berada dalam kumpulan yang banyak. Debam jalur juga merupakan spesies yang sentiasa berenang dan sering dijadikan sebagai ikan hiasan. Pada bahagian kaudal atau ekornya, terdapat duri yang agak berbisa dan mampu mendatangkan kecederaan jika terkena pada anggota badan.
Talang pandan
Needlescaled queenfish atau Ikan talang lampai dewasa biasanya berlegar di permukaan air dalam kawanan kecil. Ikan ini akan memburu ikan kecil sebagai makanannya. Terdapat duri pada sirip dorsal dan sirip analnya yang sesetengahnya mempunyai toksin yang berbisa.
Sebekah karang
Three-spot squirrelfish atau ikan sebekah karang, juga disebut lolong bara hidup di kawasan yang kaya dengan terumbu karang sehingga kepada kedalaman sedalam 40 meter. Selalunya spesies ini bersembunyi di kawasan berbatu dan terlindung. Spesies ini biasanya menjadikan waktu malam sebagai masa memburu makanannya seperti udang dan ketam bentik. Pada bahagian operkulumnya, terdapat duri yang berbisa dan mampu mencederakan jika terkena sengatannya.
Sembilang
Gray eel-catfish atau ikan sembilang terkenal bagi kebanyakan kaki pancing yang gemar memancing pesisir pantai. Bentuknya badannya tidak bersisik dan licin. Selain itu, ikan sembilang juga mempunyai rasa yang agak sedap. Ketika mengendalikan spesies ini, kita perlu berhati-hati dengan sengat atau duri pada bahagian dorsal dan juga sepasang duri pektoralnya. Sengatan sembilang agak berbisa dan mampu mendatangkan rasa berdenyut dan sakit berterusan jika tidak dirawat segera.
Usat-Usat
Striped eel catfish atau Usat, sembilang karang juga mendiami kawasan yang mempunyai karang. Warna badannya berbeza berbanding sembilang biasa. Ikan sembilang karang mempunyai warna yang lebih cerah dan mempunyai jalur pada badannya. Seperti ikan sembilang, ikan sembilang karang juga mempunyai duri yang berbisa dan mendatangkan kesan buruk jika disengat.
Duri
Dengan nama umumnya sea catfish atau ikan duri ialah spesies daripada genus Arius ini merupakan antara spesies yang sering dinaikkan. Ikan duri mempunyai tiga duri yang tajam dan keras. Duri yang digunakan untuk mempertahankan dirinya ini terletak pada sepasang sirip pektoralnya serta sebatang duri yang mampu menegak pada bahagian sirip dorsal di atas badannya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...