Aisyah Radhiyallahu ‘anha, berkata: “Rasulullah SAW lebih giat (dalam beribadah) pada sepuluh hari terakhir ini yang tidak baginda lakukan pada hari-hari lainnya.”
Rasulullah mempergiatkan amal ibadah pada 10 terakhir daripada bulan Ramadan melebihi daripada waktu lain.
Antara ibadat yang boleh dilakukan pada 10 terakhir Ramadan ialah iktikaf di masjid, perbanyakkan ibadat khusus seperti membaca al-Quran, sedekah, berzikir solat sunat seperti duha, solat tahajud, solat tasbih dan lain-lain:
2.1. Dikatakan Saidina Umar sibuk menunaikan solat sepanjang malam hingga fajar.
Ads
2.2. Qatadah pernah mengkhatam seluruh al-Quran setiap malam pada 10 malam terakhir Ramadan.
Ada orang yang sanggup mengambil cuti semata-mata untuk menumpukan ibadat sepanjang 10 hari terakhir Ramadan.
Ads
4. Mari kita lipat gandakan amalan di sepuluh hari terakhir daripada Ramadan ini.
4.1. Menjaga solat terawih dan pergi awal ke masjid, bersungguh untuk berada di saf paling hadapan dan tidak beredar sehinggalah imam meninggalkan tempatnya.
4.2. Iktikaf – usahakan pada sepuluh terakhir bulan Ramadhan, ajak ahli keluarga, jiran dan kenalan ke Masjid sekurang-kurangnya bermula waktu magrib sehingga tamat solat tarawikh.
4.3. Perbanyakkan doa “Sesungguhnya doa di waktu sahur adalah anak panah qadar”.
Doa untuk diri dan keluarga, doa untuk dakwah ini, doa untuk kesejahteraan, dan juga doa kesejahteraan umat Islam di Palestin, Syria, Iraq, Rohingya dan di seluruh dunia… semoga Allah mengembalikan hak mereka dan melegakan musibah mereka.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Kami memulakan perjalanan ke spot pertama yang memakan masa selama 30 minit dari Kuala Sungai Penipah. Setelah bot mengambil posisi yang betul jig dihulurkan serentak sambil unjunan dibuat beberapa kali.
Strike pertama daripada tekong membuatkan kami rasa teruja. Ikan pisang-pisang berskala kecil berjaya dinaikkan menggunakan jig 40 gram. Tidak lama kemudian, tekong sekali lagi mendapat strike dan hampir 5 minit bertarung, seekor jemuduk berskala 1 kg berjaya dinaikkan.
Tekong memberitahu cuaca tidak dalam keadaan baik, namun dia cuba untuk bertahan, selagi tidak mendatangkan bahaya. Kami bertawakal dan menyerahkan keputusan kepada tekong. Mungkin dia enggan kami kecewa dengan trip itu jika kami balik terlalu awal.
Jerome yang pertama kali turun jigging seterusnya mendapat strike, seekor kerapu saiz 500 gram menjadi koleksi pertama beliau. Sesi sakat menyakat member menjadi penghibur hati kami yang belum mendapat strike. Saya dengan penuh sabar terus mencuba tanpa putus asa.
Yes, strike pertama menggunakan jig Storm Koika Silver 20 gram membuatkan saya teruja. Joran Viper Fatale P.E 0.6-1.8 melentur terus. Seekor talang berjaya saya daratkan, hati ada senyum usik rakan-rakan yang lain.
Tekong mengarahkan kami untuk menaikkan jig. Disebabkan spot tersebut agak hambar tanpa sambaran daripada penghuni dasar, perjalanan ke spot seterusnya mengambil masa 10 minit. Kali ini, Ismail pula mendapat strike.
Seekor anak sagai berjaya beliau daratkan. Memang rezeki Ismail apabila tidak lama kemudian, sekali lagi lagi dia mendapat strike. Kali ini agak kasar sentapan daripada penunggu dasar, akhirnya seekor gerepoh berskala 1 kg berjaya dinaikkan menggunakan jig 38 gram. Kali ini, Ismail punya yang tersenyum panjang. Selepas itu langsung tiada strike, tekong memberitahu kami untuk pindah lagi ke spot lain.
Tengah seronok berjigging, tiba-tiba jig saya terbelit pada tali utama Jerome. Puas juga saya membuka belitan sebelum tekong memberitahu supaya jig saya dibuka dari snap baru senang nak leraikan belitan tali.
Sewaktu Jerome memegang tali utamanya dengan jignya masih hanyut dalam air, tiba-tiba jig yang masih berada di bawah air disambar oleh ikan. Situasi menjadi cemas dan kalut bila tekong mengarahkan supaya tali dipotong. Saya terpaksa akur dan terus memotong tali tersebut.
Kami berpindah lagi ke spot lain. Kali ini kami terserempak dengan kawanan burung yang banyak tekong terus mematikan enjin.
Mann Levi’s orang pertama yang menurunkan jig terus mendapat sambaran. Joran Viper Venom melengkung diuji penghuni dasar yang belum kelihatan. Akhirnya mangsa seekor jemuduk berjaya dinaikkan. Apa yang menarik spot ini kami telah mendapat strike bertubi-tubi sehingga tidak sempat nak bergambar dibuatnya.
Antara ikan yang diperolehi di spot tersebut ialah ikan sagai, jemuduk, anak kerapu, merah dan tanda. Dalam keseronokan kami berjigging, tekong akhirnya memberikan isyarat untuk kami segera menggulung naik tali tanda akan pulang ke jeti apabila keadaan laut semakin bergelora dan tidak mengizinkan untuk kami bertahan lebih lama.
Kita tidak lagi atau berhenti terus dari menilai dan menghukum pemancing lain. Sebaliknya mengambil sikap untuk fokus bagi merubah diri sendiri.
Kita boleh menerima minat pemancing lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Tidak perlu taksub kepada sesuatu teknik atau segmen memancing yang sealiran dengan minat sendiri.
Kita berani melepaskan kenangan lama yang pahit (kena kencing atau sebagainya). Tidak berdendam dan simpan dalam hati buat selama-lamanya.
Kita berhenti mengharap dan meminta dari pemancing lain, tetapi mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta.
Kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat ikhlas. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan netizen. Tidak tersinggung bila dikeji, dikutuk dan dihina netizen.
Kita berhenti menunjuk kepandaian, kehebatan dan mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan pemancing.
Kita berhenti membandingkan hasil kita dengan hasil orang lain. Kita berdamai dengan diri sendiri. Tidak iri, dengki dan sakit hati melihat hasil pemancing lain.
Kita boleh bezakan antara dan keperluan memancing, lalu mengutamakan keperluan dari kehendak .
Kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati “strike” dari menikmati “mahalnya set pancing”.
Hampir 1 jam meredah denai, akhirnya mereka berlima sampai ke lubuk yang dituju. Sebatang anak sungai mengalir jernih, tenang dan deras di bahagian hilirnya menyambut kedatangan mereka. Tetapi tumpuan lebih terarah ke kawasan air yang mengalir tenang dan gelap airnya di bawah pokok besar.
“Geng, kita pasang khemah dululah. Lepas ni kita cari kayu api dan pasang joran. Mana tahu ada ikan yang menjadi mangsa santapan tengah hari kita nanti” arah Azam. Semua mengikut arahan Azam tanpa banyak soal.
Dua buah khemah didirikan tidak jauh dari gigi air. Zainal kemudiannya mencari kayu api untuk dijadikan bahan bakar. Mizan dan Jimie pula sudah memasang empat batang joran dengan berumpankan perut ayam yang diadun dengan tepung gandum dan juga umpan kelapa sawit peram.
Jam dua petang, mereka sudah berjaya menaikkan tiga ekor ikan sebarau, dua ekor tengas dan lima ekor ikan lampam sungai. Ikan-ikan itu dibersihkan lalu dipanggang begitu saja untuk dijadikan santapan tengah hari. Aduh, enak tak terkata apabila menikmati ikan segar yang ditangkap sendiri dan dimakan panas-panas begitu.
Menjelang waktu Maghrib, Azam sudah mula menghidupkan unggun api di tepi sungai. Selain untuk menerangkan kawasan perkhemahan, unggun api juga bertujuan menghalau nyamuk, agas serta menakutkan binatang liar kalau ada.
Namun sesuatu yang ganjil berlaku apabila senja semakin melabuhkan tirainya. Ketika asyik melayan joran yang galak dimakan ikan, satu suara asing menegur dari belakang. Tiba-tiba muncul seorang lelaki berusia awal 50-an, bertubuh kurus, tetapi kelihatan pucat dari semak-samun berhampiran.
“Boleh pak cik tumpang berteduh sebentar di sini” jawab lelaki itu dengan ramah. Azam hanya memandang saja. Zainal dan Mizan pula bagaikan terkunci mulut. Jimie leka melayan jorannya yang galak dimakan ikan.
“Duduklah encik. Kami pun baru saja sampai petang tadi. Kalau encik nak makan, ada lagi nasi petang tadi. Ikan panggang tu pun ada lagi. Tapi kena cicah dengan air kicap je la” kata Hairi menjawab bagi pihak rakan-rakannya.
“Tak takut ke memancing di tengah-tengah hutan ni?” lelaki misteri tadi terus menyoal.
“Nak takut bendanya. Bukan ada hantu atau bunian kat sini” lancang Hairi menjawab. Azam menjeling tajam ke arah Hairi! Tiba-tiba guruh berdentum. Daun-daun mula menari di tiup angin.
“Nak hujanlah pulak. Leceh…” rungut Hairi. Dia memandang ke tempat lelaki tadi duduk. Berderau darahnya. Lelaki tadi telah ghaib entah ke mana! Malam itu mereka berlima tidak dapat memancing. Semuanya berkurung di dalam khemah.
Hujan turun mencurah-curah diikuti dengan petir dan kilat sabung menyabung. Selain itu, mereka dapat mendengar pelbagai bunyi aneh kedengaran di sekeliling kawasan khemah. Seperti ada pesta keramaian.
Suara kanak-kanak dan orang dewasa berbual jelas kelihatan. Ini menyebabkan mereka gelisah dan tidak dapat tidur. Masing-masing enggan membuka mulut, bertanyakan hal yang berlaku, apatah lagi cuba untuk menjenguk apa yang berlaku di luar khemah.
Keesokan harinya, mood memancing seperti sudah hilang. Tepat jam 9 pagi, mereka berlima sudah siap mengemas untuk pulang. Namun, sampai sahaja ke tempat kereta diletakkan, mereka terperanjat apabila melihat kawasan itu sudah dipenuhi oleh polis dan orang awam.
“Ada apa ni bang?” Tanya Jimie kepada seorang lelaki.
“Ada orang jumpa mayat dalam gaung. Kata polis, mungkin dah 2,3 hari mati kot. Kena bunuh. Ngerilah!” jawab lelaki itu bersahaja.
Sewaktu pihak polis mengusung mayat itu, secara tidak sengaja mereka terpandang ke arah muka mayat yang tidak ditutup rapat. Berderau darah mereka berlima apabila melihat muka lelaki itu saling tak tumpah dengan lelaki asing yang datang berteduh di khemah mereka malam tadi.
Siapa lelaki berkenaan dan bagaimana dia ghaib dengan tiba-tiba serta bunyi aneh di sekeliling khemah mereka terus menjadi persoalan. Sejak kejadian itu, mereka tidak berani untuk berkunjung ke Jeram Lesung. Pengalaman yang dilalui tersebut menyebabkan mereka menjadi serik terutama kepada Hairi!
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...