Memancing dapat kerapu, memanglah syok, sebab dah terbayang nak masak apa. Selain masak stim limau, stim halia, goreng, tiga rasa, kerapu juga sedap dimasak masam manis. Apa kata lepas ni, dapat je kerapu buat sendiri resipi di bawah ini di rumah.
Puasa merupakan suatu ibadah amaliah dan badaniah yang mempunyai banyak keistimewaan dan pengaruh yang sangat besar dalam kehidupan umat Islam sejagat.
Turunnya Al-Quran
Bulan Ramadan adalah bulan turunnya Al-Quran yang menjadi petunjuk dan pedoman hidup bagi umat manusia.
Malah Al-Quran juga adalah benteng antara perkara yang baik dan yang batil.
Firman Allah s.w.t. Ertinya: “Bulan Ramadan adalah bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan serta sebagai pembeza antara yang hak dan yang batil.” (Al-Baqarah:185)
Bulan Ramadan telah dipilih oleh Allah untuk berlakunya perang Badar. Dalam peperangan itu bermulanya keruntuhan jahiliah dan tertegaklah Islam melalui kalimah Allah dan pada
bulan ini juga umat Islam dapat menakluki Kota Makkah dari kaum Musyrikin sehingga dapat mengubah akidah Jahiliah kepada akidah Islam.
Inilah suatu keberkatan yang dikurniakan Allah dalam bulan Ramadan.
Menghapus dosa
Ibadah puasa dapat mendidik rohani dan jasmani sehingga dapat membersihkan hati dan jiwa daripada segala perkara yang tidak baik dan sia-sia.
Justeru disamping itu dapat membersihkan hati dan jiwa lantaran puasa yang dikerjakan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, nescaya diampuni Allah segala dosa yang lalu.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Siapa yang puasa pada bulan Ramadan kerana keimanan dan mengharapkan keredaan Allah akan diampuni segala dosanya yang lalu.” (HR. Ahmad dan Ashabus Sunan)
Bulan Ramadan merupakan bulan latihan dan kesedaran manusia terhadap segala kesalahan dan dosa-dosa yang lalu agar diterima segala doa dan taubatnya oleh Allah SWT.
Jadi puasa dapat menjadi kaffarah bagi muslimin dan muslimat untuk menghapuskan segala kesalahan selagi tidak melakukan dosa besar.
Dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka
Sepanjang bulan Ramadan Allah SWT dengan PemurahNya memberi jaminan yang penuh keistimewaan kepada umat Islam iaitu dibukanya pintu-pintu syurga sebagai ganjaran dan balasan nikmat.
Dalam hadith lain Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Pada bulan itu ditutup pintu-pintu neraka, dibuka pintu-pintu syurga dan dibelenggu syaitan-syaitan.”
Sabdanya lagi, dan seorang malaikat berseru: “Hai pecinta kebaikan,bergembiralah. Hai pecinta kejahatan, nantilah sampai Ramadan berakhir.” (HR. Ahmad dan Nasa’i)
Pada bulan Ramadhan Allah SWT telah membuka semua pintu syurga sebagai rahmat dan ganjaran yang amat besar bagi umat Islam yang ikhlas berpuasa.
Allah SWT juga menutup segala pintu neraka sebagai jaminan dijauhkan atau tidak dikenakan azab neraka bagi orang puasa kerana mengharapkan keredhaan Allah.
Begitu juga dengan syaitan, Allah telah membelenggu mereka daripada menghasut dan menghalang umat Islam daripada mengerjakan puasa.
Perisai diri
Orang yang berpuasa kerana iman dan takwa sudah pasti dapat menjaga dan memelihara dirinya daripada melakukan perbuatan keji dan mungkar.
Malah puasa juga dapat mengawal lisan manusia dari mengeluarkan kata-kata kesat, lucah dan sia-sia yang dibenci oleh syarak.
Rasulullah s.a.w. bersabda: Ertinya: “Allah SWT berfirman: ’Semua amalan manusia untuk dirinya, kecuali puasa, maka itu adalah untukKu dan Aku akan memberinya ganjaran.
Dan puasa itu merupakan banteng (perisai),maka ketika datang saat berpuasa, janganlah seseorang kamu berkata keji, berteriak-teriak, mencaci maki.
’Seandainya dicaci oleh seseorang atau diajak berkelahi hendaklah dijawabnya ‘Aku ini berpuasa dua kali. ’Demi Tuhan yang nyawa Muhammad di tanganNya, bau mulut orang
yang berpuasa itu lebih harum dari kasturi did sisi Allah di hari kiamat. Dan orang yang berpuasa itu akan mendapat dua kegembiraan yang menyenangkan hati. Di kala berbuka
ia akan gembira dengan berbuka itu dan di saat ia menemui Tuhannya, ia akan bergembira kerana puasanya itu.” (HR.Ahmad,Muslim dan Nasa’i)
Mengendali nafsu
Islam sentiasa mengajar umatnya berhati-hati dengan mengawal diri dari dipengaruhi dan dibelenggu oleh desakan hawa nafsu yang boleh merosakkan martabat dan maruah diri.
Dengan melaksanakan ibadah puasa selain dapat menguatkan iman,dapat pula sesesorang itu menjaga dan memelihara pujukan dan rungutan hawa nafsu. Rasulullah SAW bersabda:
Ertinya: “Hai pemuda barangsiapa yang mempunyai kesanggupan hendaklah ia berkahwin, kerana itu lebih dapat mengendalikan pandangan mata dan lebih dapat membentengi kehormatan.
Dan barangsiapa yang tidak mampu maka hendaklah ia berpuasa kerana puasa dapat mengendurkan syahwat.” (HR. Bukhari dan Muslim)
Sesungguhnya puasa dapat membebaskan roh manusia dari cengkaman hawa nafsu yang menguasai jasmaninya menuju sasaran penyucian diri dan kebahagian abadi.
Bagi masyarakat yang tinggal di pesisir pantai, ikan dengkis dianggap menjijikkan kerana bersifat memakan kotoran sebagaimana ikan belukang. Dalam pada masa yang sama mereka gemar menikmati ayam kampung yang juga memakan benda yang sama.
Sebenarnya banyak khasiat yang tersembunyi dalam ikan dengkis yang tidak didedahkan secara meluas. Alangkah ruginya kita tidak mengambil kesempatan menjadikan ikan dengkis sebagai hidangan harian.
Mencegah pereputan tulang dan gigi.
Dalam daging ikan dengkis mengandung kalsium dan fosfor. Kandungan inilah yang dapat membantu mencegah proses pereputan tulang dan gigi secara alami.
Mencerahkan kulit.
Kulit liat ikan ini mengandungi banyak kolagen yang sangat diperlukan kulit manusia agar menjadi halus dan mulus. Kandungan vitamin C, D, dan E dalam kulit ikan dengkis juga dapat membantu mencerahkan kulit yang hangus dibakar ketika memancing.
Menyihatkan mata.
Mata yang sihat ialah mata yang terhindar dari rabun jauh dan rabun dekat. Oleh sebab itu mata sangat memerlukan vitamin A. Kandungan nutrisi ini dapat anda temukan dalam daging ikan dengkis. Jadi, jangan ragu-ragu memakan ikan dengkis.
Bagus untuk ibu hamil.
Kandungan lain dalam ikan dengkis ialah asid amino dan asid folat. Asid amino dapat membantu perkembangan otak janin sehingga mencegah bayi cacat kelahiran. Asid folat membantu keperluan janin agar membesar menjadi bayi yang riang dan cerdas.
Meningkatkan selera makan.
Kandungan terkuat dalam ikan dengkis dalam menambahkan selera makan ialah vitamin B1, Omega-3 dan zinc. Kandungan ini dipercaya untuk mengembalikan nafsu makan seseorang. Terutama bagi yang baru sembuh dari sakit.
Membangkitkan tenaga
Ikan dengkis mengandungi kalium yang tinggi. Dalam unsur periodik, Kalium memiliki simbol K. Kalium inilah yang berfungsi sebagai pembangkit tenaga pada tubuh yang nantinya akan bekerjasama dengan mineral lain seperti Natrium.
Penyembuh luka.
Salah satu zat yang terkandung dalam ikan dengkis susu ialah Polyunsaturated Fatty Acid (PFA) yang dikenal sebagai lemak yang baik. Lemak ini membantu mengikis plak-plak kolesterol jahat yang menempel di dinding pembuluh darah manusia. Polyunsaturated Fatty Acid juga berfungsi sebagai zat pembentuk membran sel, yang dapat membantu sembuhnya luka secara cepat.
Mengimbangkan kadar cairan dalam tubuh.
Vitamin B yang sangat banyak dalam ikan dengkis bermanfaat mengimbangkan kadar cairan dalam tubuh manusia. Jika kadar cairan dalam tubuh manusia terlalu banyak maka akan terjadi pembengkakkan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...