Apabila memancing di hutan, kurangkan bercakap kerana takut kita berkata atau melakukan sesuatu yang tidak betul tanpa kita sedar. Kita harus sedar setiap langkah gerak geri kita diperhatikan, cuma kita tidak nampak.

 

Tapak Kaki Binatang

Harus diingat, pemangsa utama rusa adalah harimau. Selalunya apabila ada rusa, dibelakangnya harimau mengikut. Apabila ternampak kaki rusa atau kelibatnya, jangan berasa seronok dapat melihat rusa sebesar kereta kancil. Kemungkinan besar sang belang menanti di belakang. Silap-silap rusa ditinggalkan, anda yang dia tunggu.

 

Antara Petua & Etika Mancing Di Hutan Banat

 

Bau-Bauan Semerbak

Hutan bukanlah tempat untuk kita membeli belah atau bergaya. Hutan adalah tempat di mana penghuninya mempunyai seribu ragam. Ada haiwan yang alah pada wangian, ada juga yang tertarik pada wangian. Deria bau yang ada pada haiwan sangatlah hebat.

Bukan seperti manusia, hanya mampu mengesan bau beberapa meter sahaja. Kebanyakan haiwan mampu mengesan bau berkilometer jauhnya. Andai wangian tersebut menarik haiwan yang tidak berbahaya, anda bernasib baik.

 

IKLAN

Elak bawa telur atau daging

Selalunya apabila berkhemah di dalam hutan, dua benda ini jarang dibawa kerana pada dasarnya ia adalah makanan jin. Pernah terjadi sekumpulan pendaki yang mendaki membawa sepapan telur untuk digoreng apabila tiba di puncak. Apabila malam untuk sesi makan malam, mereka terkejut kerana semua telur yang masih elok, apabila dipecahkan didapati isinya kosong. Daging pula merupakan penarik untuk haiwan-haiwan datang kerana baunya yang kuat, lagi-lagi apabila dipanggang.

 

Antara Petua & Etika Mancing Di Hutan Banat

 

Taman Permainan Bunian

Orang tua selalu berpesan, “Jangan digayut akar berjuntai, nanti ada teman mengintai”. Nampak menarik bila kita ternampak akar pokok yang berjuntai seperti dalam filem Tarzan tu.

Tetapi harus diingat, kebiasaannya ia adalah tempat jin bermain. Salah satu tempat bermain dan bergayut bagi makhluk jin adalah akar yang berjuntai. Apa jadi apabila tempat permainan kita diganggu orang luar? Pasti akan timbul rasa tidak puas hati.

IKLAN

 

Antara Petua & Etika Mancing Di Hutan Banat

 

Nama Panggilan

Sepanjang berada di dalam hutan, kurangkan menyebut nama haiwan secara terus. Contohnya gajah, boleh dipanggil Paklong. Seperti ketika zaman sekolah, ada panggilan tertentu kepada rakan-rakan yang hendak dikutuk tanpa dia tahu. Sama juga apabila berada di dalam hutan.

Jika berjalan secara berkumpulan, jangan suka menjerit ataupun memanggil nama kawan.Takut-takut ada benda lain yang menyahut. Benda ini banyak kali terjadi pada pendaki ataupun kaki pancing.

 

IKLAN

Antara Petua & Etika Mancing Di Hutan Banat

 

Lebihan Makanan

Apabila memasak, pastikan kuantitinya sesuai dengan kehendak perut anda. Jangan ada sisa makanan yang ditinggalkan ataupun lebihan makanan yang tidak dimakan. Kebanyakan haiwan amat peka pada bau makanan. Sama juga bagi haiwan seperti beruang, harimau dan lain-lain. Jangan terkejut ketika tidur, khemah anda diselongkar beruang ataupun gajah.

 

Antara Petua & Etika Mancing Di Hutan Banat

 

Buat Unggun Api

Kebanyakan orang melihat unggun api digunakan untuk memasak, memanaskan air dan sebagai pencahayaan. Seeloknya, sediakan kayu api yang mencukupi untuk sepanjang malam dan jangan biarkan unggun api terpadam sehingga terbitnya fajar. Andai terdapat ahli kumpulan seramai 4 orang, pastikan terdapat 4 batang kayu yang berbara. Ia boleh dijadikan sebagai senjata andai harimau, beruang atau gajah datang melawat.

 

Antara Petua & Etika Mancing Di Hutan Banat

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI