Dari pengalaman saya mengikut trip-trip menyandat, berani saya menyatakan bahawa kebanyakan penyandat baru tidak membuat persediaan yang secukupnya terutama dari segi ilmu menyandat sotong sebelum menyertai trip.
Ads
Ada di antaranya yang membawa joran udang dan joran tenggiri untuk menyandat sotong. Tidak kurang juga yang mula terkial-kial belajar menggunakan serek atau koyan yang sering digunakan oleh nelayan-nelayan tempatan.
Satu trip menyandat sotong satu malam melibatkan kos sewaan bot antara RM1000-RM2000. Jika kumpulan trip datang dari Kuala Lumpur, kos perjalanan, penginapan, perbelanjaan makanan dan peralatan tidak mustahil mencecah sehingga RM3000 bagi setiap kumpulan trip menyandat.
Ads
Walau bagaimanapun kos sewaan bot bergantung kepada lokasi dan tidak diseragamkan. Menjelang musim puncak, kos sewaan bot candat meningkat dengan mendadak.
Ads
Bayangkan kos dan masa yang dilaburkan tidak membuahkan hasil yang memuaskan. Sotong yang dibawa balik pun tekong dan awak-awak bot yang tolong candat. Aktiviti menyandat bukanlah sesuatu yang boleh dirancang dengan sambil lewa.
Beberapa faktor seperti pemilihan bot, penyediaan alat dan kelengkapan, pemilihan ahli kumpulan, faktor kesediaan fizikal dan mental, serta pengetahuan menyandat perlu diberi perhatian sebelum sesuatu trip.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Taman Negara Endau Rompin, terletak di sempadan Johor/Pahang, merupakan taman negara yang kedua selepas Taman Negara. Ia meliputi kawasan seluas kira-kira 80,000 hektar kaya dengan flora dan fauna eksotik, yang meliputi kawasan tadahan air sungai Endau dan Rompin, bersesuaian dengan namanya. Dalam erti kata lain, tempat ini sangat luas.
Taman ini merupakan rumah yang besar bagi spesies burung, mamalia, katak, serangga dan pelbagai eksotik orkid, herba, tumbuh-tumbuhan perubatan dan pokok-pokok. Boleh dikatakan setiap kali ekspedisi saintifik kembali dari Endau Rompin, spesis baru ditemui!
Para pengembara boleh menyaksikan haiwan monyet daun, kera ekor panjang, ungka tangan-putih, gajah, rusa, tapir dan kadang-kadang harimau serta harimau bintang dengan menjejaki laluan trek yang melalui hutan. Bagi pencinta kembara dan pengembara sungai, terdapat jeram menyeronokkan dan air terjun yang agak besar.
Untuk melindungi persekitaran yang harmoni ini, hanya kawasan-kawasan yang terhad dibuka bagi ekopelancongan. Kemasukan ke taman itu memerlukan permit khas dari Johor National Park Corporation.
Sebagai salah seorang follower Majalah Umpan (Umpanian), saya terpanggil untuk berkongsi tips memancing sejenis ikan air masin yang tidaklah sepopular ikan jenahak atau siakap. Saya nak berkongsi tips untuk memancing ikan tebal pipi.
Ikan tebal pipi adalah ikan yang menjadi rebutan pemancing di perairan Kong Kong, Johor. Bagi pemancing dari luar Johor, mereka biasanya mencari siakap yang sememangnya popular di perairan Kong Kong. Tetapi bagi pemancing tempatan, pencarian ikan tebal pipi adalah lebih menyeronokkan.
Sedikit pengetahuan asas untuk memancing ikan tebal pipi ini kita haruslah kawasan kesukaannya bermain. Ikan ni amat gemar bermain di kawasan alur dan juga karang kecil.
Jadi, untuk memancing ikan ini kita kenalah mencari alur dan kawasan berkarang kecil.
Pemancing yang tidak biasa dengan perairan Kong Kong tentu bermasalah untuk mencari kawasan ini. Dengan bantuan fishing guide, perkara ini dapat diatasi.
Dari segi umpan dan teknik memancing pula terpulang kepada diri sendiri. Lain pemancing lain umpan dan tekniknya.
Bagi saya, umpan yang sesuai untuk tebal pipi ruat bakau, ruat pasir dan perumpun sarung. Udang hidup juga boleh digunakan tetapi saya lebih gemarkan umpan ruat.
Teknik yang biasa saya gunakan ialah teknik dasar yang disertakan dengan straw. Saiz mata kail pula saya biasanya guna mata kail saiz 1 serta perambut yang halus dalam lingkungan 10-15 lb. Panjang perambut mestilah berukuran sedepa.
Dan paling penting ialah pengetahuan waktu terbaik untuk memancing. Waktu yang sesuai dan waktu galak ikan tebal pipi makan adalah ketika air bergerak pasang dan bergerak surut lembut (fasa air kecik).
Sekiranya kurang faham, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.
Adalah satu kerugian besar jika korang ke Tasik Kenyir tetapi tidak melakukan aktiviti memancing. Ini sebabnya kenapa korang harus memancing.
Pelbagai Ikan sasaran
Sebelum pergi, sasarkan dulu, apa yang anda ingin pancing atau kunjungan anda lebih kepada santai. Jika ingin casting dan seronok mencari sebarau, pilihan terbaik datangla ketika awal musim tengkujuh (November-Januari). Jika ingin mencari kelah, tengas dan ikan-ikan lain, datanglah ketika musim panas (Mac-September).
Geng Mancing
Majoriti mereka yang berkunjung ke sini biasanya adalah secara grup di antara 10-20 orang. Bagi kaki pancing yang teringin hendak ke sini, tetapi tidak ada geng jangan risau kerana permintaan untuk memenuhkan trip sentiasa sahaja ada.
Caranya rajin-rajinlah menjengah grup Whatsapp atau Facebook kerana biasanya akan ada trip memancing yang dianjurkan oleh individu tertentu dan anda boleh turut serta dan menyelit dalam trip tersebut. Secara tidak langsung anda akan mendapat kawan baru.
Jangan lupa kamera
Adalah amat tidak bermakna, jika kunjungan anda, lebih-lebih lagi yang pertama kali menjejakkan kaki ke sini, tidak membawa sebarang jenis kamera. Bagaimanakah anda mahu berkongsi momen anda datang ke sini dengan rakan-rakan jika tiada rakaman yang anda telah pun berjaya menaikkan ikan kelah 4 kg atau sebarau 2 kg? Jadi jangan lupa senaraikan kamera dalam list perancangan anda.
Berkumpul di jeti mana?
Untuk memasuki dan memancing di Tasik Kenyir hanya ada dua sahaja pintu masuk iaitu Jeti Jenagor (pintu masuk stesen TNB) di Kuala Berang dan juga Pengkalan Gawi. Rujuk dengan tekong dan ahli trip yang lain di manakah semua ahli akan berkumpul. Namun kini Pengkalan Gawi merupakan pintu masuk utama.
Waktu bertolak dan balik
Tiada waktu khusus untuk anda tiba di Pengkalan Gawi kerana ia dibuka 24 jam. Lazimnya boathouse akan bertolak dari jeti seawal 8.00 pagi. Oleh yang demikian peserta harus bertolak pada malam hari dan akan tiba di bandar Kuala Berang sekitar jam 6 pagi untuk solat subuh, sarapan dan membeli barang keperluan seperti bekalan ais dan sebagainya.
Waktu keluar dari Tasik Kenyir pula bergantung kepada perbincangan dengan pengusaha boathouse. Namun untuk tujuan keselamatan (ancaman angin lintang pada waktu petang), lazimnya boathouse akan bertolak keluar pada waktu pagi dan tiba di jeti sekitar jam 1-3 petang.
Teknik pancingan
Di Tasik Kenyir anda bebas untuk melakukan teknik apa sahaja. Kaedah pancingan dasar biasanya dari atas boathouse atau landbase di sasarkan untuk ikan kelah, toman, baung, belida. Manakala penggunaan speedboat perlu jika ingin meneroka ke lubuk-lubuk terpencil bagi mendapatkan sebarau dan toman.
Jika ramai kaki casting dalam sesebuah boathouse, bilangan speedboat akan ditambah (caj tambahan akan dikenakan) atau juga, kaki pancing boleh bawa sendiri speedboat.
Berapa banyak rod dan kekili nak dibawa? Jika menaiki boathouse, terpulang kepada anda ingin membawa seberapa banyak batang joran dan koleksi gewang selagi anda larat bawa. Selain casting, aplikasi trolling juga boleh dipraktikkan jika mahu menduga siakap Tasik Kenyir.
Untuk pancingan dasar, sebelum trip berlangsung anda boleh minta tekong sediakan umpan kelapa sawit, palet dan anak ikan. Biasanya ia telah termasuk di dalam kos memancing. Sebagai tambahan, anda boleh membawa sendiri umpan seperti anak keli, ikan kap untuk pancingan toman dan baung bersaiz gadang.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...