Bolehlah dianggap mereka ini bersaudara rapat yang banyak berkongsi persamaan seperti rupa dan habitat. Namun masih banyak juga perbezaan antara kedua-dua spesies ini.

Perbezaan yang paling ketara antara tebal pipi dan gerut-gerut ialah pada bahagian pipi (operculum) dan warna sirip.

 

Gerut-gerut mempunyai bahagian setara di muka, pipi atau bahagian penutup insang rata dan tidak menonjol keluar.

Memiliki warna badan perak keemasan, warna tompok-tompok hitam pada bahagian atas dan bahagian ekor berwarna putih dan hitam di bahagian hujung.

 

 

Beza Antara Gerut-Gerut & Tebal Pipi!!

 

IKLAN

Manakala tebal pipi mempunyai bahagian penutup insang membengkak pada tulang pipi serta menonjol keluar.

Badan berwarna perak dan kekuningan di bahagian bawah terutama sirip dorsal, sirip bahagian bawah badan dan sirip kaudal atau ekor.

Kombinasi warna badan lebih cantik dari gerut-gerut, mempunyai serta badannya lebih gempal.

 

Kebiasaannya gerut-gerut juvenil mudah diperoleh dan dianggap sebagai pengacau umpan oleh pemancing.

Ini jarang berlaku kepada tebal pipi juvenil mungkin disebabkan ini kerana gerut-gerut mempunyai beberapa spesies berlainan walaupun bentuk hampir sama dan bilangannya lebih banyak dari tebal pipi.

IKLAN

baca juga perbezaan ikan belida & selat

 

Spesimen gerut-gerut yang mudah diperolehi sekitar 100 hingga 500 gram.

Untuk memperoleh spesies yang lebih besar, biasanya ditemui di perairan yang lebih dalam di bahagian paloh atau laluan alur utama sungai atau terkeluar sedikit dari muara terutama serta kawasan pulau pesisiran pantai. serta laut bebas.

Sementara tebal pipi jarang ditemui di perairan cetek dan saiz yang biasa diperoleh agak besar dari 1 hingga 3 kg.

 

IKLAN

Dari segi rasa pula, tebal pipi mempunyai isi yang lebih sedap berbanding gerut-gerut dan harganya juga begitu.

Namun agak sukar untuk mendapatkan tebal pipi di pasaran kerana ia amat sukar diperoleh berbanding gerut-gerut.

(Sumber: Zulkifflee Hussin / Olahan : Admin Umpan)

 

 

baca juga perbezaan snap swivel & swivel

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI