Sentiasa berhati-hati dengan kehadiran binatang liar yang terdapat di sini. Gajah antara haiwan yang banyak berada di persekitaran Sungai Keniam. Terkini, terdapat renjer yang ditempatkan di Lata Said, bertujuan mengawasi kehadiran pemburu haram dan pencari kayu gaharu oleh pendatang asing, terutama dari Thailand.
Masyarakat Asli yang terdapat di sini, adalah dari suku Batek. Antara lubuk popular adalah Perkai, Rincing, Cangkung, Petai, Rawa, Panjang, Batu Terubung dan puluhan lagi lubuk kecil yang lain.
Ads
Kasut getah adalah kasut yang sesuai untuk trekking, memijak batuan dan meredah sungai. Pastikan anda memakai saiz yang tepat. Tidak terlalu longgar atau ketat.
Ads
Pakai stoking panjang untuk mengelakkan gigitan pacat dan pakai pakaian yang ringan dan bawa pakaian yang mudah kering.
Ads
Sentiasa berhubung dengan tekong sebelum bertolak terutama teknik pancingan dan apa yang perlu dibawa. Untuk pancingan dasar ikan kelah, gunakan tali tangsi 15lb ke atas dan tidak melebihi 35lb. Gunakan mata kail saiz sederhana sahaja saiz 12-14. Kekili spinning yang disyorkan bersaiz 3000 ke atas dan rod medium action.
Kepada kaki casting, sentiasa cari lubuk berpotensi. Lontaran gewang atau sesudu perlulah mengikut arus atau sisi arus. Celah batu besar, reba kayu, celahan pokok tumbang ke dalam air, kawasan lata, cegar dan pertemuan cabang sungai antara spot terbaik mendapatkan hasil.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikatan ini merupakan sejenis ikatan yang banyak diguna pakai oleh pemancing berpengalaman. Kelebihan ikatan ini ia tidak terlalu membebankan simpulan sekaligus membuatkan ia mampu bertahan ketika ditekan hebat oleh ikan. Cara menyiapkannya juga tidak terlalu rumit malah korang boleh menghafalnya hanya sekali buat.
Tutorial 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin mata kail.
Tutorial 2
Lingkarkan perambut dengan mengarahkan hujungnya kembali ke lubang cincin yang sama.
Tutorial 3
Masukkan sekali lagi hujung perambut supaya terbentuk dua lilitan pada teras lubang cincin mata kail.
Tutorial 4
Lingkarkan pula hujung perambut pada perambut utama menghala ke pangkalnya.
Tutorial 5
Lakukan kira-kira 5-7 lilitan pada perambut utama.
Tutorial 6
Arahkan hujung perambut dan masukkan ke dalam gelung yang terbentuk pada mata kail.
Tutorial 7
Dengan kedua-dua tangan pegang perambut utama, mata kail dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 8
Perlahan-lahan tarik perambut utama dan juga bahagian hujung perambut.
Tutorial 9
Tarik dengan kuat sehingga terbentuk satu ikatan pada cincin mata kail.
Tutorial 10
Potong lebihan hujung perambut dan ikatan sudah pun disiapkan.
Gabungan bahan perisa dan kelapa boleh dijadikan umpan yang kuat untuk memancing terutamanya ikan patin di kolam air tawar. Berikut merupakan salah satu resepi umpan yang boleh korang cuba. Nak cari bahan keperluan pun tak susah.
Bahan keperluan:
Pelet 920 (2kg)
Strawberi Papa Paste (100ml)
Jus jambu batu merah HLT (100ml)
Esen nenas Makassar (50ml)
Air soya perisa jagung (1 kotak besar)
Mauripan (1 paket)
Air kelapa tua peram (150ml)
Kelapa parut (1 biji)
(Idea asal: Naz Damaift)
Cara penyediaan:
Tutorial 1
Masukkan pelet ke dalam bekas bancuhan yang sesuai.
Tutorial 2
Masukkan separuh kotak air soya perisa jagung ke dalam pelet (gaul sehingga pelet menyerap sepenuhnya air soya tersebut).
Tutorial 3
Masukkan kesemua bahan (kecuali kelapa parut) termasuk baki air soya ke dalam pelet dan gaul hingga sekata dan sebati.
Tutorial 4
Setelah itu masukkan pula kelapa parut dan gaul lagi sekali sehingga sekata.
Tutorial 5
Masukkan pelet ke dalam bekas kedap udara atau plastik yang diikat kejap dan peram selama 3 hari sebelum digunakan di mana-mana kolam pancing air tawar.
Ikatan nail loop knot atau ikatan simpulan jarum merupakan satu ikatan menyambungkan perambut atau tali utama pada swiwel atau mata kail yang memiliki lubang cincin. Ia ikatan yang bagus jika menggunakan umpan hidup seperti anak ikan. Namun ikatan ini agak sukar dipraktikkan sekiranya menggunakan perambut yang keras seperti flourocarbon.
LANGKAH 1
Masukkan hujung tali perambut ke dalam lubang cincin kira-kira sejengkal atau lebih.
LANGKAH 2
Letakkan straw minuman air kotak yang tetapi keras (anggaran 3-4 inci) atau di tengah-tengah tali perambut tersebut.
LANGKAH 3
Dengan menggunakan bahagian hujung tali perambut sejengkal itu buatkan lilitan pada tali utama dan straw tersebut.
LANGKAH 4
Pastikan lilitan yang dilakukan itu bergerak ke arah lubang cincin mata kail bukannya ke arah mata kail.
LANGKAH 5
Buatkan lilitan tersebut sekurang-kurangnya 5 lilitan. Semakin banyak lilitan maka semakin kuatlah ikatan yang dihasilkan.
LANGKAH 6
Masukkan hujung tali ke dalam straw minuman hingga keluar di hujungnya pula.
LANGKAH 7
Tarik keluar straw tersebut dan ketepikannya. Peranan straw sudah tidak diperlukan lagi dalam ikatan ini.
LANGKAH 8
Tarik hujung tali perlahan-lahan sambil menjaga atau menyusun simpulan agak tidak bertindan atau berpintal.
LANGKAH 9
Kemaskan simpulan yang dihasilkan dengan seketatnya. Jika perlu basahkan simpulan terlebih dahulu.
LANGKAH 10
Potong lebihan tali setelah berpuas hati dengan kekemasan ikatan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...