IKLAN

 

Ikan patin merupakan ikan pancingan air yang tawar paling popular di Malaysia.

Kebanyakan pemancing sukan tertumpu kepada kolam pancing komersial untuk merasai tentangan kekuatan ikan ini.

 

Selain kolam pancing komersial, sungai-sungai, lombong dan tasik juga menjadi antara lokasi tumpuan bagi pemancing di Malaysia, namun biasanya tangkapan di lokasi sebegini untuk dibawa pulang.

 

 

Bagi pemancing, ikan patin dengan saiz sekitar 6 kg merupakan saiz yang mampu memberikan tentangan kepada kaki pancing.

Sementara ikan patin yang melebihi saiz belasan kilogram sudah tidak memberi tentang yang betul-betul sengit.

 

Sementara spesies yang paling menjadi impian kaki pancing pastilah spesies Pangasionodon gigas atau Mekong giant catfish yang kita gelarkan patin Mekong kerana kekuatan dan saiz mega sebagai ikan trofi.

 

 

IKLAN

Pancingan patin Mekong sangat popular di kolam pancing komersial di Thailand.

Hari ini, ramai pengusaha kolam pancing di Malaysia sanggup melabur duit membeli dan membawa masuk spesies mega ini ke dalam kolam pancing mereka sebagai tarikan kepada kaki pancing.

 

Jadi, pemancing di Malaysia tidak perlu berhabis wang ke Thailand untuk mendapatkan lesen patin mekong kerana banyak kolam pancing di negara kita turut menawarkan spesies tersebut.

 

TEKNIK UMPAN

 

Terdapat banyak teknik pancingan dan umpan bagi memancing ikan patin. Teknik pancingan dan umpan ini berbeza bergantung kepada lokasi anda memancing spesies ini.

 

IKLAN

Patin liar (sungai/Lombong)

Bagi patin liar seperti sungai, umpan semula jadi lebih efektif kerana tabiat pemakanan patin liar berbeza dengan patin ternak.

 

Antara umpan popular patin liar termasuklah ubi kayu, buah sawit dan buah ara. Namun begitu, umpan seperti roti dan adunan atau campuran palet dan dedak masih boleh digunakan di sungai berarus perlahan, lombong atau tasik.

 

 

Patin ternak (kolam pancing komersial)

Bagi pancingan kolam pancing komersial, ikan patin di dalam kolam telah diajar memakan diet seperti dedak atau palet.

Jadi umpan seperti palet, dedak atau adunan kedua-duanya amat berkesan ditambah pula dengan pelbagai perisa pilihan seperti pandan, pisang, strawberi dan lain-lain.

 

Selain palet dan dedak, roti juga merupakan umpan ampuh untuk menjerat ikan patin di kolam pancing komersial.

 

Apa pun, rahsia untuk pancingan di kolam pancing komersial ialah anda perlu ringan mulut untuk bertanyakan tip dan panduan umpan dan teknik kepada pengusaha kolam atau pun pemancing yang lebih arif dan sering memancing di kolam tersebut.

 

Selain itu anda juga perlu rajin dalam mencuba pelbagai resipi adunan umpan ketika memancing, mana tahu umpan yang anda adunkan itu meletop dan asyik pacakkk!

 

TRIVIA

Bagi anda yang mahukan tip bagaimana membancuh umpan untuk pancingan patin kolam, apa kata anda layari portal memancing nombor satu iaitu www.umpan.com.my dan di

dalam slot UMPANPEDIA banyak dipertontonkan cara-cara untuk menghasilkan umpan memancing patin.