Oleh kerana spesies jelawat liar semakin sukar dipancing, pemancing digalakkan untuk mengamalkan konsep tangkap dan lepas bagi spesimen yang bersaiz kecil dan terlalu besar bagi memastikan spesies ikan ini dapat meneruskan kelangsungan hidupnya.
mpan yang biasanya digunakan bagi memancing jelawat ialah cacing, ulat buluh, serangga kecil seperti cengkerik dan juga ikan kecil. Selain itu, sawit juga antara umpan popular bagi menjerat jelawat.
Antara cara penggunaan umpan sawit ialah dengan menggunakan perambut yang panjang dan teknik sawit sate iaitu sawit diracik nipis dan dicangkukkan pada mata kail sehingga ke
perambut lebih kurang sejengkal. Selain itu anda boleh cuba gunakan teknik dengan cangkukkan 6-10 mata kail kecil pada sebiji atau 2 biji buah sawit.
Ads
Selain umpan di atas, anda boleh cuba gunakan ikan pin-pin sebagai umpan dengan mencangkukkan mata kail pada bahagian kepala ikan tersebut sebelum dimainkan dalam air dalam posisi melawan arus.
Bagi penggunaan umpan tiruan, anda boleh menggunakan sesudu mikro atau spinner dan pasti lebih mencakup dengan padanan set ultralight.
Ads
Selain itu, penggunaan dry fly dengan menggunakan teknik pancing layang juga berkesan dalam menjerat ikan ini.
Tahukah anda, gewang juga boleh digunakan untuk menjerat ikan ini, sama ada top water, selaman dalam atau minnow.
Ads
Syaratnya, anda perlu ketahui ada jelawat di sana dan cubalah mainkan aksi gewang tersebut dengan perlahan dan senyap.
Banyak rekod yang telah dibuat oleh kaki pancing menggunakan gewang, sama ada casting dari landbase, bot ataupun trolling.
Selain sesudu dan spinner kecil, anda boleh cuba menggunakan umpan soft plastic bagi memancing ikan ini.
Cubalah pelbagai jenis warna berdasarkan spot atau lokasi pancing anda, mana tahu giliran anda untuk naikkan spesies ikan jelawat bersaiz besar. Baru namanya rezeki!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Menurut satu kajian, peratus pemancing yang menyukai aktiviti memancing pada waktu malam adalah lebih tinggi berbanding waktu siang.
Kebanyakannya memilih faktor cuaca yang tidak panas sebagai penyebab utama dan selebihnya percaya ikan monster lebih mudah ditawan pada waktu malam.
Walau bagaimana pun ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan jika anda ingin memancing pada waktu malam. Perkara paling penting ialah aspek keselamatan.
⇒ Sebaiknya gunakan baju berlengan panjang dan dan seluar panjang untuk menghindari daripada gigitan nyamuk dan agas.
⇒ Gunakan lampu suluh kecil untuk kegunaan kecemasan seperti membuka mata kail pada mulut ikan. ini kerana tidak semua kolam pancing menyediakan pondok yang ada lampu.
⇒ Sesetengah serangga seperti agas, gigitannya boleh menyebabkan kudis. Tetapi paling bahaya adalah nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi.
⇒ Gunakan penyembur nyamuk untuk menghindari gigitan nyamuk atau sebarang produk kesihatan lain.
⇒ Selain untuk selesa dan paling penting mengelakkan anda dari terkena demam denggi atau malaria.
Ikan talang adalah ikan lautan tropika yang popular sebagai sasaran pemancing berikutan memiliki tenaga, kepantasan dan aksi akrobatik berulangkali di luar permukaan air dalam usahanya untuk melepaskan mata kail yang tersangkut pada mulutnya.
Ikan talang secara umumnya hidup di laut luas dan mendiami perairan pantai dan sering didapati berenang secara berkumpulan.
Ikan talang bersaiz kecil atau juvenil boleh ditemukan di muara sehingga sempadan air payau.
Manakala talang dewasa biasa ditemukan mendiami kawasan perairan terbuka berhampiran dengan terumbu karang atau tanjung.
Ikan talang boleh dipancing dengan mengunakan umpan hidup, umpan potongan ikan, pelbagai jenis umpan tiruan serta jig. Jika menggunakan umpan hidup (ikan, udang atau sotong) bolehlah gunakan teknik apungan, pertengahan air ataupun dasar.
Walaupun talang adalah ikan pelagik, yang mencari makanan di permukaan dan pertengahan air, talang turut meronda hingga ke dasar laut yang cetek.
Disebabkan talang merupakan ikan pelagik atau pemangsa, maka ia turut boleh dipancing dengan menggunakan gewang tiruan dengan teknik casting, popping, trolling dan jigging. Untuk kepuasan sebenar memancing talang disarankan menggunakan set peralatan ringan.
Biarpun talang tidak memiliki gigi tajam seperti tenggiri atau alu-alu namun ia memiliki mulut atau bibir kasar yang boleh memutuskan tali perambut.
Oleh yang demikian penggunaan perambut fluroucarbon adalah lebih baik berbanding perambut nylon atau monofilamen.
Sekiranya kawasan tersebut ada kewujudan tenggiri maka bolehlah guna perambut dawai sebagai insuran walaupun untuk memancing talang.
Sebut sahaja Taman Negeri Perak atau Royal Belum, tergambar satu panorama indah mengenai sebuah landskap hutan semula jadi yang indah. Ia diberi pengiktirafan sebagai ‘Diraja’ oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada 2003. Seterusnya ia diwartakan di bawah Enakmen perbadanan Taman negeri Perak 2001 oleh kerajaan Perak pada 17 April 2007.
Kawasan yang diwartakan seluas 117,500 hektar. Dianggarkan, Royal Belum memiliki lebih 3,000 spesies flora selain 64 spesies paku-pakis, 62 spesies tumbuhan berlumut dan 23 jenis ikan sungai yang menjadikan kawasan hutan termasuk sungai serta tasik sebagai habitat. Ia juga dikenal pasti sebagai Kawasan Alam Sekitar Sensitif di bawah Pelan Fizikal Malaysia 2005 kerana menjadi tempat perlindungan gajah, harimau belang, badak sumbu dan tapir.
Sebagai lembah Hutan Tropika dara terbesar dan tertua di Semenanjung dan berusia lebih 130 juta tahun , ia lokasi penting kawasan perlindungan burung, terutama burung enggang. Namun, tidak mudah atau sewenang-wenangnya untuk memasuki Royal Belum melainkan perlu memohon permit dahulu dari Perbadanan Taman Negeri Perak sebelum memasukinya.
Caranya, jika untuk tujuan memancing, minta sahaja guide atau tekong menguruskan permitnya. Manakala untuk tujuan santai boleh minta pengurusan hotel yang terdapat sini membuatnya untuk anda dan selepas mendaftar masuk, pihak berkuasa akan merekodkan bila anda masuk dan keluar.
Lubuk memancing Bagi kaki pancing tegar, Royal Belum memang dianggap lubuk terbaik. Bahkan daripada susunan ranking lokasi pancingan tasik di negara ini, ada yang berani mengatakan, Royal Belum atau disebut juga Temenggor Utara lebih baik dari Tasik Kenyir kerana populasi ikannya seperti sebarau, toman, kelah, kejor, tengas, temoleh, kalui, baung masih banyak.
Untuk kaki casting tegar yang ingin mencari sebarau, toman, pilihan terbaik ke Sungai Tiang, Papan, Kenarong dan Sungai Kejar. Servis yang terbaik ialah menggunakan khidmat speedboat dan tidur di wakaf yang telah disediakan. Manakala untuk pancingan santai bersama kaum keluarga atau rakan-rakan, pilihan terbaik adalah menyewa boathouse sambil menyusuri tasik ini sehinggalah ke Sungai Kejar.
Bagi kaki pancing berhasrat mencari kelah, trekking ke hulu sungai adalah terbaik. Lokasinya ialah berjalan kaki dari tapak perkhemahan Sungai Kejar, melalui Sungai Ketir, Berting, Sanghur hingga ke Sungai Laho. Purata perjalanan 4-8 jam. Semakin menghala ke hulu, semakin bertemulah anda dengan lubuk-lubuk kelah, tengas, kejor yang bisa menggetarkan tangan apabila umpan yang dilontar dilarikan ganas oleh penghuni lubuknya.
Waktu sesuai Sebenarnya Royal Belum boleh dikunjungi bila-bila masa sahaja sepanjang tahun. Apa yang penting, adalah apa target spesies yang anda sasarkan. Secara umumnya, bulan April hingga Julai dianggap waktu terbaik memancing kelah kerana ketika ini musim panas. Untuk merasai bagaimana kuatnya penangan toman Royal Belum, waktu ini juga dianggap sesuai.
Manakala musim tengkujuh, Oktober hingga Januari merupakan saat yang paling sesuai atau pesta untuk kaki casting mencari sebarau atau ikan trofi, iaitu badong kerana kumpulan ini biasanya kan lebih kerap ‘boiling’ untuk mencari makanan. Pokok pangkalnya, perlulah sentiasa berhubung dengan rakan atau tekong yang biasa di kawasan ini, terutama bila waktu ‘paling sesuai’ (kerap hujan, panas terik, air naik tinggi) atau ‘tidak sesuai’ (air tasik surut teruk, rumput telah masam, harimau bawa anak).
Teknik Memancing Di Royal Belum
Casting
Kesemua jenis aksi gewang (floating, sinking, suspending) disyorkan wajib ada dalam kotak gewang. Tapi bergantung juga dengan lokasi dan spesies yang disasarkan. Untuk yang baru berjinak dengan kaedah ini, bolehlah minta pendapat rakan kaki casting. Tidak perlu membeli gewang secara banyak dalam satu-satu masa. Sebaiknya beli sedikit demi sedikit dan beli mengikut warna dan jenis gewang ‘killer’ sahaja.
Spoon- Satu lagi item wajib ada, kerana ada masanya, sebarau memandang sepi gewang anda dan sedang boiling jauh dari speedboat. Pastikan warna-warna ‘killer’ (gold, silver) berat 7-18 gram mesti bawa.
Mengenai teknik persembahan, cubalah tanyakan otai-otai, sama ada perlu karau laju, perlahan, jerk, light jigging.
Bottom
Untuk kaki bottom, bawalah apa sahaja yang anda perlukan di sini, terutama tapa (baung), anak ikan kap, emas (baung besar, belida), cengkerik (baung, kalui), cacing tanah (baung, ikan terbul) dan anak keli (toman).
Tahukah anda?
Di sebalik nama Royal belum itu sendiri, nama Belum itu diambil daripada nama asal perkampungan Melayu, iaitu Kampung Belum Lama yang meliputi enam perkampungan kecil yang wujud sejak tahun 1952 lagi. Bahkan, belum itu sendiri sebenarnya diambil daripada bunyi yang dihasilkan oleh sejenis belalang besar berwarna hijau yang menghuni hutan ini yang mengeluarkan bunyi belum, belum, beluuummm!.
Sejarah juga pernah mencatatkan kawasan ini diwartakan sebagai kawasan hitam pada tahun 1984 kerana berlakunya ancaman pengganas komunis. Aktiviti ketenteraan dan kem tentera yang terdapat di sini berfungsi sebagai menjaga kawasan sempadan bagi menghalang sebarang aktiviti pencerobohan dan penyeludupan membawa keluar hasil hutan terutama kayu gaharu yang banyak terdapat di sini.
Sesiapa yang berhajat berkunjung ke sini untuk tujuan rekreasi, anda perlu mendapatkan permit terlebih dahulu dari Perbadanan Taman negeri Royal Belum dan perlu patuh terhadap peraturan sepanjang berada di sini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...