Menurut satu kajian, peratus pemancing yang menyukai aktiviti memancing pada waktu malam adalah lebih tinggi berbanding waktu siang.
Kebanyakannya memilih faktor cuaca yang tidak panas sebagai penyebab utama dan selebihnya percaya ikan monster lebih mudah ditawan pada waktu malam.
Walau bagaimana pun ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan jika anda ingin memancing pada waktu malam. Perkara paling penting ialah aspek keselamatan.
Ads
⇒ Sebaiknya gunakan baju berlengan panjang dan dan seluar panjang untuk menghindari daripada gigitan nyamuk dan agas.
⇒ Gunakan lampu suluh kecil untuk kegunaan kecemasan seperti membuka mata kail pada mulut ikan. ini kerana tidak semua kolam pancing menyediakan pondok yang ada lampu.
Ads
⇒ Sesetengah serangga seperti agas, gigitannya boleh menyebabkan kudis. Tetapi paling bahaya adalah nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi.
Ads
⇒ Gunakan penyembur nyamuk untuk menghindari gigitan nyamuk atau sebarang produk kesihatan lain.
⇒ Selain untuk selesa dan paling penting mengelakkan anda dari terkena demam denggi atau malaria.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Joran atau rod pancing merupakan salah satu daripada alatan terpenting yang digunakan untuk memancing. Oleh yang demikian ia memerlukan penjagaan yang teliti bagi memanjangkan usianya. Joran bukan sekadar perlu dijaga ketika sedang digunakan malah turut penting ketika proses logistik atau penyimpanan.
Tip #1
Selepas memancing di laut atau air masin, bilas cincin-cincin joran dengan air paip secukupnya sebelum disimpan bagi mengelakkan cincin berkarat akibat pembentukkan garam.
Tip #2
Sebaiknya elakkan dari mengepam atau menaikkan joran melebihi 90 darjah ketika bertarung dengan ikan bagi memelihara backbone atau tulang belakang joran.
Tip #3
Sapukan baby oil pada blank (batang joran) dan cincin bagi memanjangkan usianya khususya jika sering memancing ketika panas.
Tip #4
Elakkan dari menegakkan joran secara tegak (90 darjah) ketika meletakkannya pada pancang atau rod holder kerana sentapan kasar ikan boleh menyebabkan tip (hujung joran) patah.
Tip #5
Berikan perhatian apabila membawa joran terutama joran 1 piece kerana sering berlaku tip joran patah kerana kemalangan di dalam kereta.
Tip #6
Sebelum membuat balingan, sentiasa perhatikan belakang anda tip joran cukup mudah patah sekiranya mata kail atau umpan yang akan dilontar tersangkut pada sesuatu objek.
Tip #7
Pastikan juga berat umpan yang anda gunakan sepadan dengan skala kemampuan joran anda untuk menampungnya.
Tip #8
Jangan sesekali menarik tali pancing yang tersangkut di dalam air dengan menggunakan joran kerana dengan mudah joran akan patah.
Tip #9
Seboleh-bolehnya gunakan sauk atau gancu untuk mendaratkan ikan walaupun ikan tidaklah sebesar mana.
Tip #10
Jangan terlalu mudah bagi pinjam pada kawan… terutamanya kawan yang baru belajar memancing tanpa pengawasan.
Sebagai salah seorang follower Majalah Umpan (Umpanian), saya terpanggil untuk berkongsi tips memancing sejenis ikan air masin yang tidaklah sepopular ikan jenahak atau siakap. Saya nak berkongsi tips untuk memancing ikan tebal pipi.
Ikan tebal pipi adalah ikan yang menjadi rebutan pemancing di perairan Kong Kong, Johor. Bagi pemancing dari luar Johor, mereka biasanya mencari siakap yang sememangnya popular di perairan Kong Kong. Tetapi bagi pemancing tempatan, pencarian ikan tebal pipi adalah lebih menyeronokkan.
Sedikit pengetahuan asas untuk memancing ikan tebal pipi ini kita haruslah kawasan kesukaannya bermain. Ikan ni amat gemar bermain di kawasan alur dan juga karang kecil.
Jadi, untuk memancing ikan ini kita kenalah mencari alur dan kawasan berkarang kecil.
Pemancing yang tidak biasa dengan perairan Kong Kong tentu bermasalah untuk mencari kawasan ini. Dengan bantuan fishing guide, perkara ini dapat diatasi.
Dari segi umpan dan teknik memancing pula terpulang kepada diri sendiri. Lain pemancing lain umpan dan tekniknya.
Bagi saya, umpan yang sesuai untuk tebal pipi ruat bakau, ruat pasir dan perumpun sarung. Udang hidup juga boleh digunakan tetapi saya lebih gemarkan umpan ruat.
Teknik yang biasa saya gunakan ialah teknik dasar yang disertakan dengan straw. Saiz mata kail pula saya biasanya guna mata kail saiz 1 serta perambut yang halus dalam lingkungan 10-15 lb. Panjang perambut mestilah berukuran sedepa.
Dan paling penting ialah pengetahuan waktu terbaik untuk memancing. Waktu yang sesuai dan waktu galak ikan tebal pipi makan adalah ketika air bergerak pasang dan bergerak surut lembut (fasa air kecik).
Sekiranya kurang faham, anda boleh hubungi saya untuk maklumat lebih lanjut.
Ramai yang panik apabila disengat lebah kerana bimbang dengan kesan gigitan tersebut. Setelah disengat lebah, lakukan beberapa langkah ini sebagai cara mengatasi bisa sengatan tersebut.
Cabut penyengat secepat mungkin
Setelah disengat lebah, segera lepaskan penyengat yang tertinggal di kulit secepatnya atau dalam waktu 30 saat. Anda dapat menggunakan kuku, pinset atau sebagainya. Lakukan ini dengan hati-hati agar tidak memecah kantung racun tersebut. Dengan melakukan hal ini, anda telah membatasi jumlah racun yang masuk ke aliran darah.
Tanggal cincin atau gelang
Jika memakai cincin dan mengalami sengatan di bahagian jari atau sekitarnya, segera tanggalkan cincin tersebut. Hal ini untuk menghindari efek pembengkakan yang akan berlaku.
Cuci bahagian yang Disengat
Setelah melepaskan penyengat dari permukaan kulit, cuci bahagian tersebut dengan air dan sabun.
Tuam dengan ais
Selanjutnya, anda boleh tuam denga ais pada bahagian terkena sengat untuk mengurangi pembengkakan.
Dapatkan rawatan segera
Bila anda mengalami tanda dan gejala reaksi alergi berat atau anafilaksis, segera dapatkan rawatan perubatan di pusat kesihatan berdekatan.
Apa nak buat jika diserang lebah ketika berada di sungai atau hutan sedang memancing?
Terjun ke dalam air dan cuba selam seberapa lama yang boleh.
Jangan pukul lebah yang menyengat anda, kerana ia akan menjadikan keadaan bertambah lebih teruk.
Jangan membatukan diri, ini adalah cara yang salah, kerana lebah akan terus menyerang jika anda membatukan diri
Lari seberapa laju yang mungkin dan seberapa jauh yang boleh, kerana lebah hanya akan menyerang jika merasakan diri mereka diancam, dan pastikan anda berlari berlawanan arah dari arah anda diserang.
Jika anda berkhemah di lereng bukit, jangan lari menuruni lereng bukit,kerana ia amat merbahaya, pastikan anda lari mengikut permatang bukit ataupun jalan bukit.
Seandainya anda tidak mampu lari, cuba capai selimut, kain khemah, sleeping bag, fly-sheet, ataupun apa sahaja yang boleh dibuat selimut, selimutkan diri anda dan batukan diri, tapi cara ini amatlah tipis keberkesanannya.
Rebahkan diri ke atas tanah, cuba ambil daun-daun kering, dan litupi badan anda dengan daun-daun kering serta cuba ambil tanah dan timbuskan tubuh anda.
Tutup telinga dan hidung anda seboleh-bolehnya ketika berlari, kerana lebah lebih cenderung untuk menyengat bahagian-bahagian di kepala.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...