Kawasan-kawasan perairan air masin berstuktur tiang seperti jambatan atau jeti memancing merupakan lubuk untuk memancing. Lazimnya kawasan sebegini menjadi kediaman banyak spesies ikan air masin. Namun untuk menjinakkan ikan-ikan di kawasan ini perlulah mempraktikkan taktik dan teknik yang tepat.

 

Kawasan Lubuk

Tidak perlu membuat lontaran umpan jauh dari kawasan struktur bertiang kerana lazimnya ikan-ikan sasaran berlegar di kawasan berstruktur untuk memburu makanan. Memadai hanya lepaskan umpan ke bawah mengikut arus keluar dari bawah jambatan atau jeti. Kecuali terdapat kawasan berstruktur lain yang perlu membuat lontaran jauh.

 

Taktik & Teknik Mancing Dari Port Tinggi

 

Fasa Air

Sebaiknya ketika air pasang kecil atau air bani. Atau dalam erti kata lain sewaktu arus tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. Jangan lepaskan peluang memancing ketika air mula bergerak pasang atau mula bergerak surut. Warna air juga perlu dipantau. Elakkan dari memancing ketika air terlalu keruh atau terlalu jernih.

 

Tempoh Waktu

Sebagaimana memancing di tengah laut atau sungai, waktu awal pagi sehingga matahari naik dan lewat petang sehingga matahari terbenam merupakan tempoh aktif ikan-ikan predator mencari makanan. Sementara waktu malam pula sesuai untuk mencari ikan-ikan yang aktif mencari makan pada waktu malam.

 

Taktik & Teknik Mancing Dari Port Tinggi

 

Umpan Sesuai

Sebaiknya gunakan umpan yang terdapat di kawasan tersebut seperti udang, kurita, belanak atau tamban. Jika tak dapat umpan hidup, gunakan umpan yang masih segar. Selain itu boleh juga guna umpun-umpun atau perumpun. Umpan tiruan seperti gwang, soft plastic atau jig juga boleh digunakan untuk aktiviti casting.

 

Kelengkapan Peralatan

 

Joran

Joran aksi sederhana 7-10 kaki panjang. Tak perlu joran melebihi 10 kaki panjang kecuali terdapat lubuk-lubuk berjauhan yang berpotensi.

 

Taktik & Teknik Mancing Dari Port Tinggi

 

Kekili

Kekili siri 2000-5000 dengan tali sulam atau tangsi 20lb hingga 40lb. Pastikan kekili khusus untuk kegunaan air masin.

 

Perambut

Perambut batu hidup batu mati dipadankan dengan mata kail lingkar. Perambut Y atau cabang dan perambut apollo.

 

Tip Keselamatan

 

Amat penting untuk memantau sebarang aktiviti ikan di permukaan air. Jika terlihat kawanan ikan kecil-kecil atau aktiviti pemangsa membaham ikan-ikan kecil, cuba lontarkan umpan ke kawasan tersebut setepat mungkin.

 

Taktik & Teknik Mancing Dari Port Tinggi

 

Sebaiknya pacak atau ikat joran pada sesuatu objek yang pegun dan kukuh sekiranya tidak memegang joran. Walaupun bertujuan memancing gelama menggunakan umpan perumpun namun tidak semestinya hanya gelama sahaja yang mengambil umpan tersebut.

 

Sebaiknya memancinglah secara berteman atau ketika ada pemancing lain di kawasan tersebut. Selain ia dapat membantu sekiranya memperoleh ikan bersaiz besar, ia turut dapat menjamin keselamatan sekiranya berlaku insiden yang tidak diingini.

 

Pakailah pakaian dan alas kaki yang bersesuaian dengan keadaan persekitaran bagi mengelakkan berlakunya sebarang kecederaan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI