Ketika anda menurunkan candat, pastikan anda menurunkan candat twist terlebih dahulu. Turunkan secara perlahan-lahan.
Tindakan tergesa-gesa akan menyebabkan tali anda akan berpintal. Proses meleraikannya memang menyeksa batin kerana orang lain sedang sibuk menaikan sotong sambil memprovokasi emosi anda.
Jika sotong memegang candat anda, layan seperti biasa dengan drag kekili dilaras mengikut berat sotong. Jika anda menggunakan serek (koyan), rapatkan tali pada tepi bot dan lepas tali secara terkawal jika henjutannya semakin keras dan kuat.
Ads
Bila tiada tarikan… anda perlu tarik tali perlahan-lahan. Jangan tarik sotong seperti menarik ikan… jika bernasib baik anda akan dapat double atau triple.
Ads
Selepas sotong pertama dinaikkan. Jangan membuang masa… turunkan candat dengan segera. Sotong torak makan mengikut pergerakan arus. Jika kumpulannya berada di bawah bot anda, semua pemancing akan merasa tarikan sotong.
Untuk menaikkan semangat anda, bayangkan sotong berkenaan akan menjadi sotong bakar yang enak apabila anda tiba di daratan nanti.
Ads
Jangan terkejut jika sotong jenis lain juga dinaikkan. Sotong yang biasa bermain bersama sotong torak termasuklah sotong ketupat dan sotong jarum. Sotong mengabang sangat jarang dan hampir tiada kerana sotong ini suka bermain di kawasan berstruktur. Begitu pun kadang kala ada pemancing yang dapat juga.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa katak hidup adalah umpan paling digemari oleh ikan haruan. Untuk memancing ikan haruan terdapat beberapa kaedah yang disyorkan iaitu teknik bottom (umpan di dasar), permukaan air (tajur) dan juga casting (baling tarik).
Selain daripada katak, anda boleh mencuba umpan hidup seperti cicak, belalang, cengkerik, anak ikan, udang dan cacing. Jika anda seorang yang suka kaedah casting (baling tarik), katak hidup adalah umpan paling laris disambar oleh ikan haruan.
Bau katak amat disukai oleh ikan haruan jadi baling umpan anda ke arah spot yang sama berulang kali bagi menarik minat ikan haruan keluar daripada tempatnya. Ikan haruan juga memburu makanannya bila ia terlihat pergerakan di dalam air mahupun di permukaan air.
D ipasaran terdapat umpan tiruan yang menyerupai katak sebenar. Jadi, anda boleh guna katak tiruan (soft frog / jump frog ) tersebut sekiranya bekalan untuk mendapatkan katak sebenar tiada ataupun habis dijual. Seeloknya beli katak tiruan sebagai simpanan yang patut ada dalam kotak memancing anda.
Selain dari katak hidup atau katak tiruan, ikan haruan juga boleh dipancing dengan menggunakan gewang, soft plastic, spinnerbait (janggut), dan spoon.
Oleh kerana habitat ikan haruan terkenal kerana mendiami kawasan air yang berumput, sempit dan sebagainya, penggunaan perkara di atas adalah tidak digalakkan kerana mata kail akan mudah tersangkut. Kecuali tempat tersebut lapang dan tiada halangan.
Adalah lebih baik untuk menggunakan katak tiruan yang mempunyai mata kail yang tersorok (kalis sangkut).
Jangan terlalu khuatir tahap keberkesanan katak tiruan kerana ianya telah terbukti dan amat popular penggunaannya pada masa kini.
Pesanan terakhir sebelum anda memburu ikan haruan sentiasa ingat bahawa setiap lapangan memancing yang anda pergi adalah berbeza dari segi umpan dan potensinya.
Sentiasa bersiap sedia dengan umpan yang kami cadangkan dan ianya harus anda miliki.
Kawasan estuari dari muka kuala hingga ke perairan air payau merupakan padang pancing kegemaran ramai kaki pengilat atau kaki casting di negara kita ini. Terdapat banyak spesies pemangsa yang menyambar gewang namun kami pilih sebahagian daripadanya yang merupakan buruan utama.
Blackbass (Kanai/Tembaring)
Tidak dapat disangkal lagi ikan kanai atau tembaring dan lebih popular dengan nama singkatan BB (black bass) merupakan spesies paling agresif membaham dan menghancurkan gewang.
Hanya kerana ia boleh ditemui di beberapa lokasi di perairan Sabah, ia tidak menduduki carta paling atas spesies muara yang paling banyak diburu. Namun bagi pengilat tegar teknik casting ini, ia merupakan lesen yang wajib diperolehi walaupun hanya sekali.
Barramundi (Siakap/Kakap Putih)
Tak dapat dinafikan lagi ikan siakap atau barramundi merupakan spesies sasaran casting nombor satu di muara. Ia juga disebabkan oleh kewujudannya yang bertaburan di merata muara seluruh negeri hingga ke Sabah dan Sarawak.
Kepuasan sebenar bagi kaki casting ialah melihat aksi akrobatiknya dalam usaha meloloskan diri apabila tercangkuk mata kail.
Mangrove Jack (Siakap merah/MJ)
Walaupun saiznya tidak mampu mengatasi ikan siakap atau kakap putih, namun siakap merah atau mangrove jack (MJ) tetap menduduki ranking antara teratas spesies sasaran casting muara.
Sebagaimana siakap putih, ia juga spesies yang mudah ditemui di serata negeri dan aksinya melarikan gewang ke celah-celah bangkar kayu merupakan cabaran menyeronokkan bagi kaki casting.
Ladyfish (Bandang)
Ikan bandang atau lebih popular dipanggil ladyfish merupakan ikan yang paling mencabar kesabaran pengilat. Selain taburan yang kurang meluas, ia juga antara ikan yang sulit untuk didaratkan.
Rahangnya yang bertulang keras dan kemampuan melibas gewang dari mulutnya membuatkan ia sukar untuk didaratkan. Namun ia memberikan satu kepuasan yang unik kepada sesiapa yang berjaya menewaskannya walaupun bersaiz kecil.
Tarpon (Bulan)
Ikan bulan atau tarpon bolehlah dianggap sebagai lesen P bagi pengilat muara. Selagi belum berjaya mendaratkannya, maka anda belum boleh memiliki lesen penuh. Bagi lokasi yang mudah untuk mendaratan siakap dan MJ, ikan bulan hanya dianggap sebagai hiburan semata.
Tetapi dalam method pancingan ultralight, ia merupakan spesies yang cukup menyeronokkan dan spesies sasaran utama.
Golden Snapper (Jenahak/Jenak)
Sebagaimana spesies siakap merah, ikan jenahak juga menjadikan kawasan estuari membiak dan membesar sebelum berhijrah ke laut lepas apabila matang. Namun, berbanding siakap merah yang lebih mudah, untuk memperolehi jenahak adalah lebih sukar.
Sebaliknya ia lebih mudah jika dipancing dengan teknik dasar atau casting dengan menggunakan umpan hidup. Atas sebab itu ia adalah satu bonus jika berjaya menjinakkan jenahak.
Hanya kaki pancing yang mengenali semua jenis sotong popular yang terdapat di perairan negara kita. Atas sebab itulah ramai yang tidak mengenali langsung apa itu sotong katak. Kalau tak pernah pegang, Apatah lagi menyiangnya.
Ada juga yang menyangka sotok katak ini tidak boleh dimakan walaupun pada hakikatnya sudah berkilo-kilo sotong yang masuk ke mulutnya tanpa mengetahui spesies sotong apa yang sebenarnya mereka makan.
Berbeza dengan spesies sotong lain, sotong katak agak istimewa dan berbeza kerana memiliki tulang yang keras. Disebabkan tulang keras tersebut maka cara untuk menyiang sotong ini juga berbeza dengan sotong lain.
Cara menyiang sotong katak
Apa yang perlu dilakukan mula mula sekali ialah keluarkan tulang sotong tu. Caranya, belah mantel (kulit dan isi sotong) belakang sotong tu.
Kulit sotong tu agak liat sikit, jadi korang kenalah berhati hati sikit takut pisau melukakan tangan. Kemudian tarik keluar saja tulang tersebut.
Selesai masalah tulang sotong, seterusnya bahagian yang perlu dikeluarkan ialah bahagian isi perutnya.
Bahagian ini pun perlu berhati-hati juga terutamanya tentang kantung dakwat sotong tu. Elakkan dari kantong dakwat pecah kerana nak mencuci dakwatnya setangki air pun tak cukup.
Bagi mereka yang ingin menggunakan dakwat hitam dalam masakan, bolehlah masukkan bersama sama sotong katak ni.
Ada sesetengah orang memang suka keunikan rasa dakwat sotong ni. Manis katanya. Namun, jangan terkejut kalau lauk yang dibuat tu semuanya macam masak kicap.
Seterusnya bahagian kepala sotong pula, adalah dinasihatkan atau sebaiknya buanglah mata dan mulut sotong. Terutama paruhnya yang tajam di mulutnya itu.
Maka siaplah sudah cara menyiang sotong. Disebabkan isi sotong ini agak tebal dan liat maka sebaiknya ia dipotong kecil-kecil. Dan cara untuk melembutkannya pernah disiarkan sebelum ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...