Light jigging kini sudah menjadi trend yang popular di kalangan pemancing di Malaysia kerana ia senang untuk dimainkan. Kebanyakan perairan di Malaysia adalah sesuai untuk mempraktikkan kaedah ini dan setup yang diperlukan hanyalah set yang ringan. Jigging sepanjang hari tangan pun tak letih.

 

JIG

Bentuk dan berat jig yang sesuai digunakan bergantung diet ikan sasaran dan kelajuan arus air. Walaubagaimana pun jig yang sesuai digunakan sekitar berat 30gram – 80gram dan 7cm hingga 13cm.

 

JORAN

Terdapat banyak joran dan jenama yang mengeluarkan joran untuk Light Jigging di pasaran ketika ini. terpulang pada cita rasa dan bajet masing-masing. Setiap kaki pancing pasti ada jenama joran ataupun kekili yang digemari. Anda boleh memilih spec joran PE0.5-1.0 hinggalah PE2-4.

 

KEKILI

Ads

Untuk teknik light jigging kekili mendatar amatlah sesuai digunakan. Kekili model siri 2000-3000 SW (saltwater) merupakan kekili yang sepadan dengan gaya teknik loght jigging.

 

TALI

Bagaimana memilih tali. Teknik light jigging sebenarnya tidak memerlukan tali braided yang kasar seperti 30lb atau 40lb. Penggunaan tali yang lebih kecil diameter lebih sesuai kerana ia lebih sensitif dan tidak dibawa oleh arus. Contohnya, jika di perairan yang memerlukan penggunaan jig berat (50 g dan ke atas), bolehlah menggunakan tali braided 30lb.

Manakala di lokasi yang memerlukan kita menggunakan jig ringan 9sekitar 20g dan ke bawah, cukuplah hanya menggunakan tali 15lb lebih sesuai jika kita menggunakan jig 50g ke atas. Manakala untuk penggunaan jig 20g dan ke bawah, cukuplah dengan menggunakan tali braided 15lb.

Ads

Majoriti untuk penggunaan tali untuk light jigging adalah dari 10lb semaksimum 20lb sahaja. Bahkan, ada juga kaki pancing yang berani menggunakan tali di bawah 10lb.

Kebanyakan pemancing baru mungkin tersilap apabila memilih tali braided 30lb-40lb dengan alasan tidak senang putus apabila tali bergeser dengan karang atau batu semasa kita bertarung dengan ikan, kalau pakai 50-60lb tali pun putus juga.

Jika kita menggunakan tali braided lebih kasar, sebenarnya tali akan lebih senang dibawa arus dan ini memaksa kita untuk menggunakan jig yang lebih berat, walhal di lokasi tersebut, jig yang efektif adalah bersaiz kecil.

 

LEADER

Ads

Bagaimana memilih leader atau tali perambut. Semestinya perambut flourocarbon adalah yang terbaik untuk jigging kerana ia lebih berkesan. Penggunaan perambut flourocarbon tidak memerlukan yang kasar. 15lb-25lb sudah mencukupi untuk light jigging.

 

TEKNIK JIGGING

Setiap pemancing teknik jiggingnya adalah berbeza dari segi karauan laju atau lambat, henjutan pendek atau panjang dan akan memainkan aksi jig yang berlainan. Tidak ada cara yang betul atau salah dari teknik jigging selagi cara yang dipraktikkan boleh mendapatkan ikan.

Memang teknik teras jigging diajar dengan satu karauan satu henjutan. Tepai ia boleh dimainkan dengan cara cepat, sederhana, perlahan atau berhenti dalam beberapa saat. Kita kena tahu juga serba sedikit cara pemakanan ikan.

Spesies yang lariannya laju seperti GT, tenggiri, yu, wahoo ia lebih suka mengejar mangsanya dengan cepat. Jenahak, kerapu, merah lebih suka menerkam mangsanya dengan cara yang perlahan. Manakala pencarian spesies kegemaran saya, iaitu ebek menggunakan teknik karau, henjut dan berhenti beberapa saat sebelum memulakan langkah berkenaan berulang kali

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI