Kejayaan dalam pertarungan hebat dengan raja sungai pergunungan ini umpama satu lagenda! Kelah akan menguji kemahiran anda hingga ke titisan keringat terakhir.

Sebelum anda mampu menaiki podium dan menjerit lantang tanda kejayaan, anda haruslah khatam dahulu ilmu memburu kelah ini.

 

Mengendap Lubuk

 

Kelah merupakan sejenis ikan yang amat liar dan sensitif kepada persekitarannya.

Ia mudah takut dan cabut lari dengan pantas sekiranya ternampak gerakan bayangan.

Jadi, anda perlu bergerak serendah mungkin dan gunakan pakaian yang boleh menyamari alam persekitaran seperti warna hijau atau biru gelap.

 

Jangan timbulkan sebarang gangguan atau bunyi yang tidak diingini seperti mengharung air ataupun terlalu kerap melontar umpan.

Sekilas pergerakan joran juga boleh memeranjatkannya. Jadi, cuba bergerak di bawah bayangan pokok.

IKLAN

 

Persembahan Umpan

 

Lontarkan umpan ke sudut yang anda fikir kelah berada. Nampak senang bukan? Tetapi sebenarnya ia tidak semudah yang disangka.

Kelah sentiasa bergerak bergantung kepada masa dan yang pelik, tabiatnya berbeza di antara satu sungai dengan sungai yang lain!

 

Mempelajari tabiat kelah akan memakan masa beberapa hari.

Jadi, jangan sangka begitu mudah untuk mendapatkan walau seekor kelah pada kali pertama memancingnya kecuali sekiranya anda pergi bersama dengan pemancing kelah yang berpengalaman di sungai tersebut.

IKLAN

Dan anda pasti mengalami pengalaman pahit yang pemah dialaminya.

 

Realiti Umpan

 

Gunakan umpan yang kelah biasa makan tetapi bukan mudah untuk memilih yang terbaik.

Makanan semula jadi kelah ialah buah-buahan hutan asli seperti buah neram, maris, ara, perah, jambu air dan buah mata lembu.

 

IKLAN

 

Jika terdapat salah satu musim buah tersebut, kelah hanya memakan sejenis buah sahaja dan tidak akan memakan benda lain.

Jadi, anda perlu menyampaikan umpan buah tersebut mengikut keadaan semula jadi kalau tidak lebih baik balik ke rumah.

 

Jika bukan musim buah tersebut, anda akan berpeluang menggunakan umpan yang lain.

Yang penting, bawa umpan dalam jumlah yang banyak kerana anda perlu merangsang kelah terlebih dahulu supaya biasa dengan umpan tersebut, dengan cara menabur umpan ke lubuk berkenaan selama satu atau dua hari.

 

Antara umpan kegemarannya ialah ubi kayu, kelapa sawit dan biji getah yang dibakar.

Sekarang ini, buah kelapa sawit merupakan umpan yang paling popular kerana mudah didapati dengan banyak serta berbau kuat dan sangat berkesan walaupun dalam air yang keruh.

(Sumber: Aznir malik)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI