Ikan duri pepulut adalah jenis ikan demersal di mana tumpuan pergerakan di dasar laut sahaja. Ada masa ia merayau hingga hampir kawasan gigi air mencari sumber makanan. Ikan duri pepulut sering ditemui merayau di kawasan lapang seperti persisiran pantai berpasir maupun berlumpur.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Duri Pepulut

 

Sebab itu jika memancing di kawasan lapang seperti muara dan tepian pantai ikan duri turut menjadi mangsa pemancing. Ikan pepulut bergerak dalam kumpulan kecil dan tidak tinggal di satu kawasan sahaja.

 

Delta muara Sungai Kelang umpamanya hampir serata lubuk yang dikunjungi mata pancing tidak boleh lari dari terjerat duri ini. Namun ia banyak saya perolehi di kawasan beting pasir dengan dasar yang terdapat sedikit sebanyak reba sebagai halangan.

 

Mungkin objek di dasar adalah tempat untuk ia mencari sumber makanan berbanding tempat perlindungan. Sering bergerak meneroka dasar mengikut pergerakan arus. Bagi saya ia ikan sepanjang tahun namun saya kurang arif bilakah waktu puncak ikan ini.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Duri Pepulut

 

Ikan duri pepulut tidak terus menelan umpan, tetapi akan bermain dan mengutis terlebih dahulu sebelum melarikannya. Tapi jika pepulut terlalu banyak di kawasan sama pasti rebutan terhadap umpan semakin meriah dan bertambah galak.

 

IKLAN

Daya juangnya ketika melawan pemancing mempunyai keunikkan tersendiri. Pemancing yang sudah masak dengan alunan dan riak spesies ikan duri ketika mata kail berada di mulutnya mudah mengagak ikan dari peringkat permulaan lagi. Gaya henjutan semacam pada pecutan sekata adalah ciri-ciri utama pepulut berlawan.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Duri Pepulut

 

Peralatan Dan Teknik

 

Melalui analisa saiz maksima pepulut membesar tentu secara khusus pemancing boleh congak apakah saiz dan kombinasi peralatan yang sesuai untuk menawannya. Namun begitu keserasian peralatan yang bakal digunakan pula mestilah mengambil kira faktor kedalaman air, kelajuan arus serta jenis dan teknik memancing yang bakal dijalankan.

 

Sekiranya pantai menjadi pilihan, kekili yang boleh memuatkan tangsi 20lb sepanjang 200meter amat sesuai dan perlu dipadankan dengan joran 9 kaki ke atas.

IKLAN

 

Jika mengunakan bot atau sampan untuk memancing, joran 6 kaki dengan apa jua kekili maksima 30lb sudah mencukupi. Jika padang pancing cetek dikunjungi saya lebih syorkan tangsi dipakai berbanding mengunakan tali sulam.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Duri Pepulut

 

Selaras dengan tabiat ikan pepulut yang sentiasa berada di dasar lautan, teknik memancing dasar paling efektif. Maka pemancing perlu bijak mengunakan ladung yang sesuai dengan arus semasa supaya umpan tidak hanyut.

 

Pepulut dan hampir kesemua duri tidak cerewek pasal umpan. Begitu juga dengan saiz perambut dan mata kail. Bagaimanapun untuk memastikan sentapan berakhir dengan kejayaan, saiz mata kail paling sesuai ialah no 1/0 dan 3/0 sudah dianggap besar.

IKLAN

 

Taktik Dan Teknik Memancing Duri Pepulut

 

Perambut 30lb sepanjang sekaki setengah merupakan stail kegemaran saya jika memancing di air kurang dari kedalaman 50 kaki. Tangsi 20lb-30lb paling lumrah saya gunakan untuk mana-mana teknik memancing muara.

 

Umpan

 

Kalau memancing mana-mana jenis ikan duri boleh dikatakan hampir kesemua jenama umpan disebatnya. Pepulut juga jarang dan tidak terlalu memilih umpan. Asalkan ia berada di kawasan laluan pasti tidak ditolaknya.

 

Taktik Dan Teknik Memancing Duri Pepulut

 

Dari udang hidup, perumpun, sotong cumit, jejari sotong kurita, hirisan sotong pasar, hirisan ikan pelaling, ikan beliak mata hidup dan mati, belanak dan perumpun. Paling mudah dan tidak ingin memeningkan kepala pasal umpan guna sahaja ikan pelagik seperti pelaling, selayang selar dan tamban mudah didapati di kebanyakan pasar utama.

 

Hirisan ikan-ikan pasar lebih mudah dan menjimatkan belanja jika sekadar untuk memancing suka-suka di pinggiran pantai dan muara. Hirisan jangan terlalu besar kerana pepulut tidak menelan terus umpan kerana saiz lazim kurang dari sekilo.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI