Demi kelangsungan hidup, sama ada untuk menyerang hendap mangsa atau diserang pemangsa, sesetengah hidupan laut dibekalkan dengan kemampuan menyamar tahap luar biasa. Ada yang mampu menyamar dengan perubahan warna dan ada juga yang mampu menyamar ke bentuk berbeza.

 

Pygmy seahorse

 

Kuda laut Pigmi yang bersaiz sekitar 2cm ini adalah pakar penyamaran yang sangat hebat. Spesies ini hanya mula dijumpai sejak tahun 1969 disebabkan keupayaannya menggabungkan diri dengan persekitaran.

 

Sehingga kini, terdapat hanya enam lokasi di mana kuda laut ini boleh dijumpai iaitu di perairan tropika Asia Tenggara. Ia gemar berselindung di antara terumbu karang dan menyamar dengan menghasilkan benjolan pada badan.

 

Spesies Terpaling Padu Aksi Camouglage Di Lautan

 

IKLAN

Kapsul-kapsul berbentuk tiub pada kulit dan tubuh kuda laut ini benar-benar menyerupai batu karang sehingga ia sukar dilihat, disebabkan itulah penemuannya oleh ahli biologi terjadi agak lewat.

 

Camouflage crab

 

Ketam yang juga dikenali sebagai Ketam Penghias ini akan mengambil apa sahaja objek semula jadi yang berada berhampiran seperti tumbuhan dan batu laut untuk bersembunyi daripada pemangsa.

 

Spesies Terpaling Padu Aksi Camouglage Di Lautan

IKLAN

 

Jika anda cuba mencarinya, mungkin ia amat sukar dijumpai kerana cengkerangnya amat mirip dengan batu dan karang. Ketam ini juga amat pintar kerana mampu mengoyak bahan yang dijumpai dan menggosok badannya untuk bersatu dengan persekitaran.

 

Cuttlefish

 

Sotong ajaib ini mampu menyamar dan bergabung dengan batu karang, tumbuhan, rumpai laut dan tanah dengan mengubah warna kulitnya. Selain itu, ia juga berupaya menukar tekstur dan bentuk fizikal mengikut keadaan sekeliling. Apabila sotong berlawanan jantina berada berdekatan, ia boleh membezakan diri dengan menukar kepada warna yang khusus untuk menarik perhatian.

IKLAN

 

Spesies Terpaling Padu Aksi Camouglage Di Lautan

 

Mimic octopus

 

Dilaporkan tidak ada haiwan lain di atas muka bumi yang boleh menyamai kebolehan menyamar sotong hebat ini. Ia mampu menukar warna kulit dan tekstur badan untuk berasimilasi dengan persekitaran secara serta-merta.

 

Spesies Terpaling Padu Aksi Camouglage Di Lautan

 

Sotong kurita ini sebenarnya mengusik pemangsa dan menghalau mereka dengan bijak dengan mengubah diri supaya tidak menyerupai dirinya sendiri. Jika kebanyakan haiwan lain hanya mampu mengubah warna kulit, sotong ini jauh lebih mengagumkan kerana berupaya mengubah bentuk badannya juga untuk menipu pemangsa

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI