Ikan mahseer amat sinonim dengan negara India kerana nama mahseer itu sendiri dipetik dari bahasa Hindi iaitu mahasir atau ahaser. Sementara pemancing British yang menetap di India menamakan kumpulan ikan mahseer ini sebagai salmon India. Terdapat banyak spesies dan subspesies mahseer di India dan berikut merupakan spesies yang diiktiraf oleh saintis India.
Orange fin mahseer atau humpback mahseer boleh ditemui di Sungai Cauvery dan cawangannya. Spesies ini masih belum diberi nama saintifik dan sebelum ini dirujuk sebagai Tor Mussalah, nama yang tidak diterima oleh beberapa ahli taksonomi.
Hasil penyelidikan terkini menunjukkan bahawa spesies ini (yang terbesar daripada genus Tor mampu mencapai melebihi 45 kg) boleh menjadi terancam walaupun ia tidak lagi tertera pada Senarai Merah IUCN. Spesies ini boleh layak untuk menjadi “fauna mega” oleh IUCN dan sangat memerlukan pemuliharaan dan pengurusan stoknya.
Ads
Golden mahseer (kelah emas) atau nama binomialnya Tor putitora ditemui di sungai-sungai Himalaya. Ia merupakan mahseer terulong yang dicari oleh penggemar pancingan mahseer seluruh dunia.
Blue Fin mahseer atau Deccan mahseer (kelah biru) atau nama binomialnya Tor khudree pertama kali digambarkan oleh Sykes dari timur sungai Mota Mola Pune. Spesies ini juga ditemui di sungai-sungai lain di Deccan Plateau.
Ads
Red finned mahseer (kelah sirip merah) atau nama binomialnya Tor tor ditemui di sungai-sungai India tengah.
Ads
Chocolate mahseer atau copper mahseer (tengas?) atau nama binomialnya Neolissochilus hexagonolepis banyak terdapat di rantau Himalaya dan Semenanjung India.
Malabar Mahseer atau nama binomialnya Tor malabaricus ditemui di Ghats Barat.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Sebut sahaja elemen yang menjadi obsesi kepada kaki pancing, hampir semuanya ada pada spesies haruan.
Daripada elemen keterujaan apabila deburan sambaran kail, sifat karnivor dan agresif ikan ini mahupun kemampuan mengembalikan nostalgia lama, ikan haruan tidak dapat disangkal merupakan spesies kebanggaan pemancing di Malaysia.
Boleh dikatakan lebih separuh dari kaki pancing Malaysia, khususnya geng casting bermula dengan tangkapan ikan ini.
Tidak hairanlah spesies haruan memang cukup dikenali oleh kaki pancing di Malaysia tak kira yang bergelar otai atau yang baharu setahun jagung.
Kata orang kalau tak kenal spesies haruan ni, boleh bikin malu. Sedangkan yang bukan kaki pancing pun kenal akan spesies berkepala ular ini, lagikan kita yang hari-hari mengail.
Pancingan ikan haruan mampu membuatkan kaki pancing menjadi gian dek kerana kejutan hentaman pada umpan atau gewang.
Kaki pancing memang mengakui pancingan spesies snakehead ini mempunyai tarikannya tersendiri.
Spesies haruan juga merupakan spesies ikan pemangsa dan tarikan agresifnya secara tiba-tiba cukup membuatkan jantung anda berdebar-debar.
Terdapat dua cara pancingan haruan yang popular iaitu menggunakan umpan tiruan atau pun umpan hidup.
Bagi istilah umpan hidup, umpan yang popular digunakan ialah katak, anak ikan, cicak, cacing, udang sungai atau cengkerik. Katak merupakan umpan semula jadi yang paling popular.
Penggunaan katak boleh dilakukan dengan teknik merendam, unjunan atau pun mengilat.
Selain itu banyak teknik pancingan menggunakan umpan semula jadi boleh digunakan untuk pancingan haruan.
Antaranya ialah teknik pelampung, rawai, taut dan juga tajur yang merupakan antara teknik tradisional yang popular.
Tetapi bagi kaki casting tegar, teknik mengilat menggunakan umpan tiruan paling diminati. Sebab itulah muncul pelbagai jenis, rupa, bentuk, nama, istilah dan variasi umpan jenis ini sama ada diperbuat daripada kayu, getah, plastik dan sebagainya.
Contohnya, katak rambutan, spinnerbait atau janggut, jump frog, katak getak, gewang minnow, gewang permukaan, soft plastic dan sesudu antara gewang tiruan yang boleh
digunakan untuk menjerat ikan haruan. Ini menunjukkan haruan memang merupakan spesies yang tidak memilih gewang malah hampir kebanyakan gewang mampu menaikkan spesies ini.
Mengilat atau casting haruan agak mudah kerana haruan gemar kepada benda bergerak. Namun, sekiranya anda menemui spot yang dikenal pasti ada haruan tetapi tiada sebarang aksi sambaran, tip berikut boleh dicuba.
1. Lontar gewang dan buatlah karauan laju tiga hingga empat kali. Kemudian ubah kepada karau perlahan sambil melakukan henjutan pada gewang secara perlahan.
2. Sekiranya menggunakan jump frog atau soft frog, selang-seli kadar karauan sambil mengenjut gewang yang digunakan.
3. Lakukan karauan perlahan kemudian berhenti dan biarkan gewang pegun seketika. Kemudian lakukan henjutan dan teruskan dengan karauan perlahan.
4. Jika masih tiada sambaran, tukar pula gewang atau soft frog aksi tenggelam. Karau perlahan-lahan disulami henjutan kecil.
Ikan tongsan loma atau ikan air tawar segar (sebanyak mana yang nak dibuat)
Garam (bergantung pada berapa banyak ikan)
Beras goreng tanpa minyak (disangai dan ditumbuk halus)
Cara membuat pekasam:
Bersihkan ikan dan toskan airnya semalaman.
Ambil ikan yang telah ditos tadi, salutkan dengan garam keseluruhan ikan tersebut.
Susun ikan tersebut dalam bekas kedap udara (disimpan lebih kurang 2 ke 3 hari).
Pantau jangan sampai ada air (ikan itu mesti dikeringkan selalu airnya).
Selepas 2 ke 3 hari, ambil ikan tadi dibasuhkan & bilaskan serta ditoskan supaya kering.
Salut ikan yang telah ditos tadi dengan beras goreng dan simpan 2 ke 3 minggu, Baru boleh dimakan ikan itu (lagi lama disimpan, lagi elok menjadi ikan pekasamnya)
Nota Tambahan:
Pastikan jika ikan didapati ada air di bawah bekasnya, buang airnya supaya ikan kering tetapi lembab.
Pastikan juga supaya bekas yang digunakan tidak dimasuki lalat atau langau kerana bila dihinggapi ditakuti ikan akan berulat.
⇒ Simpan Ikan di dalam suhu bilik, tidak perlu di dalam peti ais. Sekiranya selepas 3 minggu bila ia telah menjadi ikan pekasam, sekiranya mahu simpan dalam jangka masa yang lebih lama barulah boleh disimpant dalam peti ais.
Memang rugi kalau bertandang ke CWS tapi tidak memancing. Memancing saja tapi tak tau umpan atau teknik yang betul pun rugi jugak sebab tak dapat nak rasa strike. Jadi kami perturunkan sedikit ilmu yang kami perolehi ketika bertandang ke CWS ini.
Sekiranya nak strike ikan peacock bass atau PB, spin fly paling popular digunakan di sini. Hasilnya memang terbukti mencakup berbanding gewang-gewang lain. Tapi kalau nak lagi power, boleh saja bawak anak ikan kap atau pimpim. Memang laju PB mengejar umpan anak ikan.
Sewa bot untuk dapatkan PB bersaiz besar. Dengan bot kita boleh meneroka lebih banyak lubuk yang ada dan boleh mengejar ‘boiling’. Putih mata jawabnya bila menebing dan tengok ikan boiling nun jauh di tengah lubuk.
Kawasan pelantar yang menjadi tempat simpanan bot dan belakang gelanggang tenis menjadi antara tempat terbaik memburu PB bersaiz kasar jika memancing secara landbase. Kawasan yang dilitupi teratai menjadi port terbaik memburu haruan dan toman.
Jika ingin memancing atau memburu rohu, jelawat dan temoleh… korang boleh layan di balkoni resort sahaja. Sediakan umpan terbaik memburu spesies ini seperti dedak, palet atau hirisan sawit.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...