Spesies salema porgy atau nama saintifiknya Sarpa salpa (S. salpa) ialah sejenis ikan bream. Ikan ini boleh ditemui di perairan Atlantik Timur serta Laut Mediterranean dari Cyprus hingga ke Afrika Selatan.
Jalur berwarna emas pada badan ikan cow bream ini merupakan antara tanda pengenalan utama ikan ini. Spesies ini dilaporkan mampu menyebabkan simptom halusinasi.
Ads
Simptom halusinasi ini pernah dilaporkan dalam tahun 2006 apabila 2 orang lelaki memakan menu ikan ini di sebuah restoran di Mediterranean. Beberapa minit setelah memakan spesies S. salpa ini, mereka mulai tidak sedarkan diri dan berhalusinasi.
Ads
Simptom tersebut berlarutan selama 36 jam sebelum mereka kembali normal. Menurut mangsa, pengalaman ketika simptom halusinogen begitu menakutkan bagi mereka. Mereka menjelaskan melihat visual-visual dan suara-suara yang sukar dijelaskan setelah memakan ikan tersebut.
Ads
Begitu pun, menurut kajian saintifik, dalam kes sebegini, penyebab halusinogen bukanlah akibat daripada ikan S. salpa secara langsung. Simptom halusinogen setelah memakan ikan ini sebenarnya berpunca daripada alga dan phytoplankton tertentu yang menjadi diet utama bagi S. salpa ini.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Berasal dari Sungai Xingu, Brazil. Ciri khas memiliki warna dasar hitam pekat dan lingkaran putih bersih yang menyelimuti kulit bahagian atas tubuhnya, ini alasannya ikan pari tersebut juga sering dinamakan polkadot stingray. Ia mendiami dasar sungai dan sesekali muncul ke permukaan air untuk mencari makan. Makanannya terdiri dari ikan-ikan kecil, udang, ketam dan kerang. Harga mahal kerana sangat rare dan susah untuk diternak.
Jenis ikan pari air tawar ini memiliki corak warna yang hampir sama dengan polkadot stingray. Pari Leo X Motorola Stingray sama-sama berasal dari Brazil, tetapi terdapat perbezaan pada warna dasarnya. Leo X Motorola Stingray memiliki warna dasar coklat muda dengan bintik lingkaran berwarna kuning yang terlihat lebih besar di bahagian tengah badan, sementara bahagian tepi memiliki pola lingkaran kuning kecil dan rapat.
Pari ini berasal dari negara Amerika Selatan seperti Peru, Colombia, dan Brazil. Seperti namanya, Flower Stingray memiliki corak warna kulit menyerupai bunga kembang. Keunikan lainnya terdapat pada ukuran ekor ikan pari yang biasanya panjang tetapi jenis ikan pari air tawar ini hanya memiliki ekor setengah dari panjang tubuhnya.
Ikan pari ini dinamakan tiger stingray kerana memilki corak warna menyerupai kulit harimau bintang. Panjang maksimum ikan ini 1meter dan hanya ditemui di negara Venezuela, Amerika Selatan. Selain memiliki corak warna yang cantik, ikan pari harimau air tawar ini lebih lincah dan agresif dalam pergerakan dibandingkan jenis pari lain pada umumnya.
Memang negeri Amerika Selatan merupakan gudang dari sebahagian besar jenis ikan pari hiasan air tawar di dunia. Ikan ini dinamakan Parnaiba River Stingray kerana hanya boleh ditemui di Sungai Parnaiba, Brazil. Keunikannya terdapat pada warna dasar coklat dengan pola lingkaran berukuruan kecil yang memenuhi tubuhnya. Selain itu ekor ikan pari ini sangat panjang melebihi ukuran tubuhnya.
Ia dinamakan seperti itu kerana memiliki kulit atas belakang yang mulus dan hampir menyerupai jenis flower stingray. Bezanya terdapat pada pola corak warnanya. Pola warna ikan pari ini lebih mirip belakang seekor kura-kura kerana memiliki pola yang kurang beraturan sehingga membuatnya lebih unik dan memiliki kesan tersendiri di mata para penggemar ikan pari air tawar hiasan.
Sebenarnya pari air tawar ini memiliki pola yang hampir sama dengan polkadot stingray. Bezanya terdapat pada warna dasar dan bintik lingkaran berwarna kuning keputihan. Namanya berasal dari corak warna kulit yang menyerupai bentuk gigi putih kekuningan besar. Ikan ini juga berasal dari Amerika Selatan, Brazil. Makanan bigtooth river stingray adalah ikan, udang, dan ketam.
Seperti yang anda sedia maklum, sotong merupakan makanan laut utama rakyat Malaysia, selain ikan.
Permintaan sotong semakin meningkat kerana cara sotong diproses dan dipromosikan juga semakin bertambah maju.
Selain ia dijual segar, sotong juga dijual dalam bentuk kering, bentuk bebola, makanan segera dan ditinkan. Sotong merupakan hasil laut yang penting bagi Malaysia.
Dan sejak akhir-akhir ini, aktiviti untuk menangkap sotong semakin mendapat tempat bukan sahaja daripada kalangan rakyat biasa tetapi juga pemimpin tertinggi negara.
Cara yang biasa digunakan untuk menangkap sotong dengan menggunakan candat. Populariti mencandat sotong bermula pada tahun 1980-an kerana sumber sotong yang banyak dan publisti yang semakin meluas.
Selain itu, peningkatan taraf hidup masyarakat Malaysia telah membolehkan mereka memperuntukkan sebahagian hasil pendapatan mereka bagi tujuan rekreasi.
Ramai dalam kalangan anak nelayan atau penduduk yang mendiami kawasan persisiran pantai akan mengambil peluang untuk keluar mencandat sotong bersama-sama saudara-mara atau rakan-rakan, setiap kali balik bercuti.
Aktiviti mencandat sotong bukan sahaja terhad kepada golongan nelayan semata-mata, bahkan semua golongan masyarakat.
Semua jenis sotong hanya hidup di laut. Habitatnya bermula dari pinggir laut sehinggalah ke kawasan yang berkedalaman 5000m.
Semua spesies sotong amat sensitif terhadap perubahan kualiti dan suhu air. Kitaran hayat hidup sotong sangat pendek. Di Malaysia, kawasan persisiran pantai merupakan habitat utama kebanyakan spesies sotong.
Oleh itu, sebelum memulakan rekreasi mencandat sotong , anda seharusnya tahu tentang maklumat tentang pelbagai panduan dan petua berkaitan persediaan diri serta peralatan
mencandat, agar tidak menghadapi sebarang masalah semasa mencandat sotong nanti kerana rekreaksi di laut tidak sama dengan rekreasi di darat.
Walaupun sesorang itu amat hebat dengan kegiatan rekreaksi di daratan tetapi apabila berada di laut anda mungkin lemah akibat mabuk laut.
Laut yang berombak kecil dengan arus yang sederhana sesuai untuk mencandat kerana sotong biasanya tidak banyak jika laut tenang.
Spesies sotong yang biasa dicandat pada waktu siang ialah sotong torak, sotong ketupat, sotong biasa dan sotong mengabang.
Jika kandang sotong ditemui, tangkapan juga agak memuaskan tetapi tidaklah sehebat mencandat pada waktu malam.
Peralatan mencandat seperti joran dan koyan boleh digunakan. Cara mencandat pada waktu malam adalah dengan memasang lampu di kiri dan kanan bot.
Ini adalah kerana sotong lebih aktif pada waktu malam amat peka terhadap cahaya lampu atau api.
Sotong akan bergerak ke lokasi yang bercahaya dan akan terus berada di situ untuk tempoh beberapa lama.
Terdapat pelbagai cara untuk mengikat tali pancing pada kail. Ada yang senang tapi tak kuat. Ada yang kuat tapi tak senang pulak nak buat. Basic hook knot merupakan salah teknik ikatan mata kail yang bukan sekadar mudah untuk dipelajari bahkan juga satu ikatan yang kuat. Sama ada mata kail diikat dengan perambut nylon atau tali sulam, kedua-dua boleh diikat dengan kemas dan kukuh.
Tutorial 1
Masukkan tali perambut kira-kira sejengkal melalui lubang cincin mata kail. Sebaiknya masukkan hujung tali melalui arah belakang mata kail.
Tutorial 2
Masukkan kembali hujung tali perambut melalui lubang cincin arah hadapan. Jangan ditarik habis kerana ia menyebabkan tali terkeluar dari lubang cincin.
Tutorial 3
Hujung tali itu kemudiannya dimasukkan ke dalam simpulan yang terhasil tadi.
Tutorial 4
Kecilkan simpulan pertama yang terhasil tadi dengan menarik bahagian punca tali perambut utama.
Tutorial 5
Mulakan lilitan dengan bahagian hujung tali perambut pada teras mengarah ke mata kail.
Tutorial 6
Lakukan sekurang-kurangnya 5 kali lilitan dan masukkan hujung tali perambut ke dalam simpulan kedua tadi.
Tutorial 7
Basahkan lilitan tali perambut dan tarik kedua-dua tali perambut perlahan-lahan.
Tutorial 8
Sila pastikan lilitan tersusun kemas kemudian barulah tarik ikatan sehingga kemas. Potong lebihan tali dan ikatan telah siap.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...