Terus terang saya katakan bahawa sehingga kini saya belum pernah lagi memancing di muara atau pantai menggunakan cacing tanah. Jadi, untuk memberikan jawapan secara tepat adalah diluar kemampuan saya.
Ads
Secara teori saya berpendapat, cacing tanah kurang sesuai untuk digunakan di perairan air masin. Saya melihat dari aspek cacing tidak mampu bertahan dengan tahap salinity tinggi. Contoh paling hampir adalah air garam digunakan untuk mengeluarkan cacing dari dalam tanah. Jika cacing tahan terhadap air garam, pasti ia tidak akan keluar dari tanah dan kemudian mati. Walau bagaimana pun cacing juga digunakan untuk memancing udang galah di kawasan air payau.
Ads
Ini menunjukkan pada tahap separuh masin dan separuh tawar sebegini, organ cacing kekal berfungsi sepenuhnya. Namun saya tidak pasti bagaimana keadaan organ dan tekstur badan cacing apabila berendam di dalam air masin. Yang pasti tempoh hayat tidak akan kekal lama.
Teori ini kekal sebagai teori sekiranya tidak dipraktikkan. Sebagai pemancing, tidak ada salah dan silapnya untuk mencuba. Saya percaya tiada siapa yang akan tertawakan anda kerana menggunakan umpan cacing untuk memancing di muara atau pantai. Melainkan mereka yang pernah mencuba dan sudah menimba pengalaman untuk tidak menggunakan lagi cacing tanah bagi pancingan air masin.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tidak semua ikan memiliki saiz besar dan kepantasan berenang untuk menyelamatkan diri dari pemangsa. Sesetengahnya dibekalkan dengan baji (duri tajam) sirip tajam untuk mempertahankan diri. Ada sesetengahnya pula dilengkapkan dengan bisa. Jom kita kenali ikan-ikan tersebut.
BAJI
Nama saintifik: Platycephalus indicus
Nama umum: Bartail flathead
Pada asasnya ikan baji tidak menggigit atau memiliki sirip berduri yang berbisa. Tetapi perlu awas pada dua baji (duri tajam) di kiri dan kanan berdekatan dengan bahagian kepala. Elakkan memegang bahagian kepala ikan ini dengan tangan kerana duri yang terselindung ini boleh melukakan tangan anda dengan mudah dan setajam pisau.
SEMBILANG
Nama saintifik : Plotosus canius
Nama umum : Gray-eel catfish
Ikan sembilang terkenal bagi kebanyakan kaki pancing yang gemar memancing pesisir pantai. Bentuknya badannya tidak bersisik dan licin. Selain itu, ikan sembilang juga mempunyai rasa yang agak sedap. Ketika mengendalikan spesies ini, kita perlu berhati-hati dengan sengat atau duri pada bahagian dorsal dan juga sepasang duri pektoralnya. Sengatan sembilang agak berbisa dan mampu mendatangkan rasa berdenyut dan sakit berterusan jika tidak dirawat segera.
BELUKANG /PEDUKANG
Nama saintifik: Hexanematichthys sagor
Nama umum: Sagor catfish
Ikan pedukang hampir menyerupai ikan duri. Ikan ini selalunya menjadi pengacau umpan dan sering dinaikkan ketika memancing di kawasan berair payau. Begitu pun, seperti ikan duri, ikan pedukang juga mempunyai duri sengat yang berbisa. Duri ini terletak di bahagian sirip dorsalnya serta pada sirip pektoralnya.
PARI
Nama saintifik: Dasyatis spp
Nama umum: Stingray
Ikan pari merupakan ikan yang berbentuk leper dan sering berada pada dasar badan air. Ketika mengendalikan ikan pari, perhatian harus diberikan kepada bahagian ekornya. Duri sengatan ikan pari yang terletak di sebalik ekornya sangat berbisa dan mampu memberikan kecederaan teruk. Sesetengah kes sengatan pari mampu membawa kepada kematian.
TALANG
Nama saintifik: Scomberoides tol
Nama umum: Needlescaled queenfish
Ikan talang lampai dewasa biasanya berlegar di permukaan air dalam kawanan kecil. Ikan ini akan memburu ikan kecil sebagai makanannya. Terdapat duri pada sirip dorsal dan sirip analnya yang sesetengahnya mempunyai toksin yang berbisa.
ARUAN TASIK
Nama saintifik: Rachycentron canadum
Nama lain: Cobia
Aruan tasik mempunyai daya larian yang begitu kuat. Spesies ini juga mampu membesar mencapai saiz gergasi. Dalam mengendalikan ikan ini terutama di atas bot yang bergerak, perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang risiko terkena sengatan durinya. Sebaris duri keras dan tajam aruan tasik yang terletak pada bahagian sirip dorsalnya boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
MAYONG
Nama saintifik: Netuma thalassina, Arius thalassinus
Nama umum: Giant seacatfish
Ikan mayong mempunyai bentuk seperti ikan duri namun saiznya lebih besar dan mampu mencapai panjang sehingga 1.8 meter. Ikan mayong juga mempunyai duri dan sengat yang berbisa serta mampu mendatangkan kecederaan. Duri utama pada sirip dorsalnya sangat tajam dan keras ditambah dengan sepasang duri pada bahagian pektoralnya.
Tidak semua pemancing sanggup untuk memancing di sungai pegunungan terutamanya lokasi yang hanya boleh diakses dengan berjalan kaki. Sekiranya anda belum pernah cuba dan ingin merasai pengalaman trekking dan memancing di sungai pegunungan, berikut disenaraikan apa yang perlu dan buat.
Stokin
Masa trekking ada tempat yang kita kena lalu kat kampung pacat, jadi pakai la stoking bola agar tak kering darah! Boleh gak celup stokin dalam dettol & keringkan untuk mencegah gigitan lintah. Tembakau jawa juga boleh digunakan sebagai pencegah serangan pacat.
Sleeping bag
Wajib bawak sebagai selimut kalau x nak sejuk menggigil. Seluar panjang, stoking bersih dan sarung tangan gak jangan lupa sebagai perlindungan dari digigit nyamuk, agas atau serangga berbisa pada waktu malam.
Beg hiking
Jangan gatal nak bawak macam2 benda yang tak perlu, buat berat jer! Bawak pakaian mudah kering kalau pergi camping 4 @ 5 hari , x perlu bawak 15 atau 49 pasang seluar, baju atau seluar dalam.
Peralatan pancing
Jangan la bawak semua set pancing, gewang, tali, batu ladung atau mata kail yang ada kt umah. Cukup bawak yang perlu sahaja. Rod pula maksima bawa dua batang sahaja.
Pakaian beribadat
Jangan lupa bawa sejadah dan pakaian bersih untuk solat kerana solat itu wajib didirikan walau di mana.
Tingkah laku
Bekas makanan dalam tin jangan dibuang merata-rata, sila tanam. Kesian kat binatang yang terpijak tin.
Sebelum kita belajar tentang teknik menjerat sotong katak, terlebih dahulu kita perlu tahu tabiat sotong ini.
Pengetahuan tentang tabiat katak akan memudahkan proses kita menjeratnya. Sotong katak merupakan sotong yang mencari makan di bahagian dasar. Jarang sekali sotong ini naik ke permukaan atas air kecuali di kawasan cetek. Sotong katak boleh dikategorikan dalam kumpulan sotong yang pemalu. Pergerakannya untuk melarikan diri juga agak lambat berbanding sotong-sotong lain.
Sotong katak menangkap makanannya secara memeluk dan menekup. Ini kerana sotong katak tidak mempunyai dua tentakel seperti sotong lain yang memburu secara menyumpit dan memegang dengan laju. Disebabkan semua tentakelnya hampir sama panjang… setiap tentakel berpotensi untuk terkena mata candat. Selalunya candat udang akan dipeluk kemas di dalam semua tantakelnya.
Sotong katak biasa bertelur di celah karang dan kerap juga dijumpai pada tali-tali bubu dan unjam laut. Telurnya berangkai-rangkai dan telur yang matang berwarna lebih gelap. Sebiji telur akan menetaskan seekor anak sotong katak.
Tip Tambahan
Warna candat yang digunakan tidak kisah. Penggunaan candat hijau dan merah, saiz candat udang 2.0 dan 2.5 di kawasan pantai berjaya memikat sotong-sotong ini.
Candat udang perlu ditarik secara perlahan atau kejutan lembut (slow jerking).
Jangan tarik terlalu laju. Badan sotong katak lebih berat menyebabkan ia gagal mengejar candat yang ditarik laju. Kalau boleh… tarik candat secara mengheret dan berhenti-henti.
Lokasi memainkan candat hampir dengan dasar.
Agak sukar menjerat katak jika candat dimainkan di tengah atau permukaan air kecuali di kawasan cetek. Peratus tarikan di kawasan dasar adalah paling tinggi.
Adakalanya tarikan berlaku ketika candat hampir hendak dinaikkan ke atas.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...