Pada pendapat saya, rasanya kita tidak perlulah meletakkan apa-apa jenis minyak pada tali sulam atau braided kerana beberapa perkara. Pertamanya, saya percaya kebanyakan tali sulam sudah memiliki bahan tersendiri untuk melindungi tali tersebut.
Keduanya, ada kemungkin juga minyak yang akan digunakan nanti mempunyai bauan yang mungkin akan menakutkan ikan.
Ads
Lebih rugi jika bahan di dalam minyak tersebut boleh menyebabkan atau mungkin akan merosakkan tali tersebut.
Ads
Sekiranya ingin tali sulam tahan lama dan kuat, memadai dengan melakukan proses selenggara selepas menggunakan tali sulam tersebut. Paling utama basuhlah tali tersebut dengan air yang bersih selepas memancing, tidak kiralah menggunakannya di air tawar apatah lagi lagi air masin.
Ads
Dan selepas digunakan beberapa kali dalam tempoh tertentu, tali benang dikeluarkan dan di masukan balik dari belakang iaitu tali yang di belakang kekili dialih ke hadapan. Ia bertujuan bagi tali digunakan maksimum yang mungkin.
Perkara lain, kebanyakan tali benang telah pun disaluti lilin khas sejak di awal penghasilannya bagi tujuan kelancaran dan juga melindungi permukaan tali benang tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Teknologi pembuatan enjin sangkut dan juga pengangkutan laut telah menemui satu cara di mana satu alat yang diberi nama anod yang berfungsi menyerap hakisan pada badan enjin atau kapal dengan mengorbankan alat ini.
Bagi sebuah enjin sangkut ia dilekatkan menggunakan skru di bahagian bawah sirip bagi menyerap kadar hakisan di bahagian enjin bot. Saiznya adalah mengikut enjin sangkut dan juga alat ini dilekatkan pada badan kapal-kapal besar bagi mengurangkan hakisan pada seluruh badan kapal.
alaupun ia kecil namun peranannya sangat besar dan mampu memberi ketahanan yang lebih lama sesuatu besi yang terdedah kepada air laut. Bagi enjin sangkut yang menggunakan starter terdapat arus elektrik yang mampu membuang plak dari air masin agar tidak melekat pada bahagian enjin dan terus menghakis badan enjin.
Harganya mengikut saiz enjin dan hanya perlu diganti apabila alat tersebut menjadi kecil atau pecah. Ia terdapat di pengedar enjin sangkut atau bengkel membaiki enjin. Anod ini lebih cepat teroksida semasa enjin digunakan di kawasan air payau dan air masin.
Sebaiknya gunakan baju berlengan panjang dan dan seluar panjang untuk menghindari daripada gigitan nyamuk dan agas. Apatah lagi jika anda memiliki kulit jenis sensitif. Sesetengah serangga seperti agas, gigitannya boleh menyebabkan kudis. Tetapi paling bahaya adalah nyamuk aedes yang boleh menyebabkan demam denggi.
Gunakan penyembur nyamuk untuk menghindari gigitan nyamuk atau sebarang produk kesihatan lain. Selain untuk selesa dan paling penting mengelakkan anda dari terkena demam denggi atau malaria.
Gunakan lampu suluh kecil untuk kegunaan kecemasan seperti membuka mata kail pada mulut ikan. ini kerana tidak semua port memancing seperti kolam pancing menyediakan pondok yang ada lampu. Jika memancing di port liar, lampu suluh adalah kelengkapan wajib!
Mencandat sotong juga merupakan salah satu pekerjaan turun-temurun oleh nelayan tradisional yang kekal sehingga kini. Dan ia juga merupakan suatu aktiviti rekreasi marin yang sangat popular. Mencandat sotong memerlukan kemahiran, pengalaman, ilmu dan pengetahuan yang tinggi.
Seperti yang anda sedia maklum, sotong merupakan makanan laut utama rakyat Malaysia, selain ikan. Permintaan sotong semakin meningkat kerana cara sotong diproses dan dipromosikan juga semakin bertambah maju.
Selain ia dijual segar, sotong juga dijual dalam bentuk kering, bentuk bebola, makanan segera dan ditinkan. Sotong merupakan hasil laut yang penting bagi Malaysia.
Dan sejak akhir-akhir ini, aktiviti untuk menangkap sotong semakin mendapat tempat bukan sahaja daripada kalangan rakyat biasa tetapi juga pemimpin tertinggi negara.
Cara yang biasa digunakan untuk menangkap sotong dengan menggunakan candat. Populariti mencandat sotong bermula pada tahun 1980-an kerana sumber sotong yang banyak dan publisti yang semakin meluas.
Selain itu, peningkatan taraf hidup masyarakat Malaysia telah membolehkan mereka memperuntukkan sebahagian hasil pendapatan mereka bagi tujuan rekreasi.
Ramai dalam kalangan anak nelayan atau penduduk yang mendiami kawasan persisiran pantai akan mengambil peluang untuk keluar mencandat sotong bersama-sama saudara-mara atau rakan-rakan, setiap kali balik bercuti.
Aktiviti mencandat sotong bukan sahaja terhad kepada golongan nelayan semata-mata, bahkan semua golongan masyarakat.
Semua jenis sotong hanya hidup di laut. Habitatnya bermula dari pinggir laut sehinggalah ke kawasan yang berkedalaman 5000m.
Semua spesies sotong amat sensitif terhadap perubahan kualiti dan suhu air. Kitaran hayat hidup sotong sangat pendek. Di Malaysia, kawasan persisiran pantai merupakan habitat utama kebanyakan spesies sotong.
Oleh itu, sebelum memulakan rekreasi mencandat sotong , anda seharusnya tahu tentang maklumat tentang pelbagai panduan dan petua berkaitan persediaan diri serta peralatan mencandat, agar tidak menghadapi sebarang masalah semasa mencandat sotong nanti kerana rekreaksi di laut tidak sama dengan rekreasi di darat.
Walaupun sesorang itu amat hebat dengan kegiatan rekreaksi di daratan tetapi apabila berada di laut anda mungkin lemah akibat mabuk laut.
Laut yang berombak kecil dengan arus yang sederhana sesuai untuk mencandat kerana sotong biasanya tidak banyak jika laut tenang.
Spesies sotong yang biasa dicandat pada waktu siang ialah sotong torak, sotong ketupat, sotong biasa dan sotong mengabang. Jika kandang sotong ditemui, tangkapan juga agak memuaskan tetapi tidaklah sehebat mencandat pada waktu malam.
Peralatan mencandat seperti joran dan koyan boleh digunakan. Cara mencandat pada waktu malam adalah dengan memasang lampu di kiri dan kanan bot. Ini adalah kerana sotong lebih aktif pada waktu malam amat peka terhadap cahaya lampu atau api.
Sotong akan bergerak ke lokasi yang bercahaya dan akan terus berada di situ untuk tempoh beberapa lama.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...