OLYMPUS DIGITAL CAMERA

 

Selain mengenali spesies hidupan marin sama ada yang boleh dipancing atau tidak, ada baiknya juga kita turut mengenali spesies hidupan yang menjadi umpan memancing. Kali ini, apa kata kita mengenali cengkerik dengan lebih dekat.

 

Cengkerik (Gryllus spp) merupakan sejenis serangga dari keluarga Gryllotapidae yang tradisinya hidup secara liar di hutan dan juga di kawasan kebun.

Ada yang panggil cengkerik sebagai jengkerik, keridik, sorok-sorok dan juga mole cricket dalam bahasa Inggeris.

Cengkerik mengeluarkan bunyi nyaring terutama pada malam hari melalui sistem tersendiri.

 

Saiz badan kira-kira 2-3 cm dengan badan mempunyai warna coklat kehitaman dan mempunyai 4 pasang kaki termasuk kaki panjang di belakang untuk melompat.

IKLAN

Matanya bersaiz besar dan jenis serangga omnivores. Makanan asasi cengkerik seperti larva, rumput, akar tanaman, cacing dan terkini makanan ternakan ayam.

 

Walau cengkerik mempunyai sepasang kepak pendek ianya jarang-jarang terbang. Secara amnya cengkerik mampu hidup di seluruh kawasan di dunia kecuali di kutub utara dan kutub selatan.

 

Serangga ini mempunyai 3 genera utama iaitu Gryllotalpa, Necurtilla dan Scaptericus. Ada cengkerik yang mengorek dalam tanah serta mempunyai sepasang kaki untuk mengorek lubang.

IKLAN

 

Ada juga cengkerik dewasa yang boleh terbang. Pembiakan cengkerik adalah cepat jika mendapat makanan dan sarang yang sesuai dan kini dikomersialkan.

 

Cengkerik secara semulajadi merupakan musuh kepada petani kerana ia merosakkan anak benih tanaman yang baru tumbuh dengan memakannya.

IKLAN

Dan secara semulajadi juga ia merupakan umpan yang sangat berkesan untuk memancing kebanyakan spesies ikan air tawar.

 

Cengkerik hidup segar dalam suhu 30 celcius dengan kelembapan antara 80-90%. Kumpulan cengkerik dimasukkan dalam kotak lut sinar dengan kira-kira 2 cm lapisan tanah dan ditutup.

Bekas perlu gelap dan warm seperti habitat semulajadi ditutup dengan kadbod. Berikan makanan ayam dan air bersih setiap dua hari jika ingin menyimpan lama cengkerik ini.

 

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI