Ada sesetengah pemancing begitu berbangga dengan kejayaan mendaratkan ikan monster dengan menggunakan set pancing ringan. Malah tanpa sedikit pun rasa bersalah menghebahkan perkara tersebut kepada netizen. Dalam pada masa yang sama dia turut teguh memperjuangkan amalan tangkap dan lepas.
Sememangnya tidak dinafikan ikan mega boleh dinaikkan dengan menggunakan peralaran ultra ringan apatah lagi peralatan ringan. Tetapi, bagaimanakah caranya? Tentu saja dengan bersusah payah dan mengambil masa yang panjang. Bagaimana pula dengan tahap survival ikan tersebut walaupun berjaya dilepaskan kembali dalam keadaan selamat.
Ads
Selamat pada tafsiran kita, kalau ikan tersebut mampu untuk berenang, maka ia akan selamat. Sedangkan apa yang terjadi kepada ikan tersebut selepas 5 minit atau satu jam kemudian tiada siapa pun yang pasti dan ambil tahu.
Ads
Ads
Bagi seorang pengamal sukan memancing atau sport fishing, apatah pendukung amalan tangkap dan lepas, menaikkan ikan sukan dengan menggunakan peralatan ringan atau ultra ringan sebenarnya bukanlah sesuatu yang wajar untuk dibanggakan.
Sebaliknya ia hanya mendedahkan kejahilan diri. Sebenarnya banyak lagi keburukan di sebalik penggunaan set peralatan yang tidak tepat tanpa mengira apa saja spesies buruan. Sebagai pemancing, kita tidak sewajarnya mementingkan kepuasan diri semata-mata tanpa memikirkan impak negatif terhadap ikan yang dipancing.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Mengikat mata kail atau swivel dengan menggunakan perambut berdiameter besar banyak mendatangkan masalah kepada pemancing. Ramai yang gagal mengikatnya dengan kuat dan tidak terlucut dengan mudah.
Pitzen knot sebenarnya adalah satu ikatan yang kukuh ini amat sesuai untuk mengikat mata kail bercincin atau swivel menggunakan flourocarbon atau nylon yang tebal.
Tutorial 1
Boleh gunakan tali sulam atau tangsi untuk ikatan ini.
Tutorial 2
Masukkan hujung tali kira-kira sejengkal lebih melalui lubang cincin.
Tutorial 3
Lalukan hujung tali di bawah tali utama.
Tutorial 4
Buatkan lingkaran dengan menindan hujung tali ke atas tali utama.
Tutorial 5
Lilitkan hujung tali pada kedua-dua tali.
Tutorial 6
Lilitkan sekurang-kurangnya empat lilitan.
Tutorial 7
Masukkan hujung tali pada lingkaran pertama yang dihasilkan tadi.
Tutorial 8
Tarik hujung tali sehingga satu ikatan terhasil.
Tutorial 9
Tarik pula tali utama dan ketatkan ikatan pada cincin.
Tutorial 10
Potong lebihan hujung tali dan ikatan telah siap dihasilkan.
Seperti yang kita ketahui, keadaan pasang surut air dipengaruhi oleh graviti bulan. Oleh yang demikian, keadaan Supermoon atau Lunar Perigee ini menjadikan tarikan graviti bulan menjadi lebih tinggi dan kuat lantas menjadikan paras air di bumi meningkat naik atau dikenali sebagai ‘supertide’. Keadaan ini seterusnya mencetuskan fenomena air pasang besar.
Dalam beberapa hal, terdapat juga fenomena air pasang besar yang agak abnormal. Sebagai contoh, beberapa tahun lalu di kawasan perairan Pantai Timur telah berlaku fenomena air pasang besar ini. Keadaan ini menyebabkan paras air meningkat secara mendadak malah berlaku ketika musim tengkujuh.
Paras air meningkat dan melimpah telah mengakibatkan banjir dan beberapa siri kemusnahan setempat. Paling terkesan akibat fenomena sebegini pastinya di kawasan yang berhampiran dengan sungai dan laut.
Bagi kaki pancing, keadaan pasang surut air pastinya antara perkara yang dititikberatkan terutama ketika merancang sesuatu trip pancing di laut. Pasang surut air serta musim sememangnya mempengaruhi spesies ikan di sesuatu kawasan.
Namun sebaik-baiknya soal keselamatan haruslah diutamakan ketika memancing. Baik di lautan atau di hutan, jika keadaan seperti berisiko untuk memancing, hentikan aktiviti memancing dan pulang atau cari tempat berlindung.
Sebagaimana ikan terubuk, ikan belida juga mempunyai banyak tulang halus dan berselirat. Namun dagingnya amat manis dan enak, apatah lagi isinya dijadikan fishball atau bebola ikan dan dibuat sup. Namun untuk menghasilkan bebola ikan belida, korang perlulah tahu cara atau teknik untuk menyiangnya dengan betul.
Tutorial 1
Buang sisik ikan sehingga licin dan bersihkan.
Tutorial 2
Mulakan proses buang perut dengan memotong bahagian insang.
Tutorial 3
Belah serapatnya pada tulang hingga ke hujung (seperti proses untuk membuat filet).
Tutorial 4
Keluarkan perut serta bersihkan darah yang melekat pada tulang dan buang bahagian kepala.
Tutorial 5
Belah sehingga ikan terpisah menjadi dua bahagian.
Tutorial 6
Belah pula bahagian isi ikan masih bertulang.
Tutorial 7
Cedok atau kikis isi ikan dengan menggunakan sudu mengikut arah atau selari dengan tulang-tulangnya.
Tutorial 8
Akhir sekali asingkan saki-baki tulang halus yang masih melekat isi ikan. Isi ikan kemudian sudah boleh dibentuk seperti bebola atau apa saja bentuk yang anda suka. Bebola ikan tidak perlu dicampur tepung untuk memejalkannya.
Tip Tambahan:
Badan ikan belida boleh juga dipukul dengan kayu papan dengan perlahan bagi membolehkan tulang halusnya melekat pada kulit. Dengan cara ini maka proses untuk mengasingkan isi dan tulang lebih mudah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...