Jika dibandingkan teknik trolling atau menunda umpan teknik yang sedikit berbeza dengan teknik lain seperti casting atau jigging kerana ia sama sekali tidak memerlukan skill atau tenaga ketika memancing.
Atau dalam erti kata lain, teknik trolling ini merupakan teknik memancing yang paling mudah untuk diaplikasikan dengan syarat haruslah menaiki sampan atau bot.
Ads
Teknik trolling ini juga boleh dipraktikkan di sungai, muara, lombong serta laut. Sementara spesies sasaran adalah ikan-ikan pemangsa atau predator sama ada air tawar mahupun air masin.
Peralatan untuk kegunaan teknik trolling pula bergantung kepada padang pancing dan spesies yang diingin dicari.
Ads
Apa yang penting peralatan yang digunakan haruslah tahan lasak berbanding peralatan yang digunakan untuk teknik casting.
Ads
Suatu ketika dahulu teknik trolling ini amat popular diapliksan di lautan bagi memburu spesies seperti wahoo, tenggiri, alu-alu atau layaran.
Justeru peralatan aksi berat perlu digunakan. Kekili harus menyimpan tali sekurang-kurangnya 300 meter dan joran yang digunakan mestilah PE 3-4 ke atas.
Tali perambut 40-60 lb bergantung pada tali utama yang digunakan. Pemancing perlu melepaskan gewang di belakang bot 100-200 meter daripada bot dalam kelajuan tertentu.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Saya belum dapat keyakinan untuk memancing menggunakan umpan tiruan seperti gewang ikan atau udang. Boleh tak admin beri perangsang kepada saya?
JAWAPAN:
Terdapat beberapa faktor yang membuatkan ikan menyambar umpan tiruan seperti gewang. Pertamanya, oleh kerana ikan direka cipta tanpa anggota tangan dan kaki, maka ia menggunakan mulut atau anggota lain untuk menyambar, menyerang atau memeriksa gewang tersebut. Atau erti kata lainnya, ikan menyambar gewang bukanlah kerana satu sebab sahaja.
Antara faktornya ialah kerana lapar, sifat kewilayahan, tindakan pelindung, marah atau sifat cemburu. Tidak dinafikan kebanyakan ikan pemangsa menyambar gewang kerana menyangkakan gewang tersebut adalah makanannya. Oleh kerana itulah gewang direka cipta menyamai sifat-sifat ikan, udang, katak atau serangga lain yang menyerupai diet permakanan ikan pemangsa.
Faktor mempertahankan kawasan atau kewilayahan akan menyebabkan ikan bertindak dengan serangan sama ada dengan menggigit, memukul dengan kepala atau memukul ekor terhadap gewang. Justeru itu banyak terdapat kes gewang mengenai badan pemangsa dan bukan kesemuanya berada di dalam mulut.
Selain itu ikan pemangsa bertindak terhadap gewang kerana menyangka gewang tersebut adalah pemangsa yang akan memakan anak-anak jagaannya. Selebihnya adalah kerana sifat ingin tahu atau curiga. Dalam tindakan menyiasat dengan menggunakan mulut atau anggota badan yang lain itulah mata kail yang ada pada gewang menyebabkan statusnya sebagai pemangsa bertukar menjadi mangsa.
Saya ada beberapa soalan untuk ditanya. Pertama, umpan apa yang sesuai untuk memancing baung dan keli. Umpan jenis apa yang sesuai untuk ikan di kolam air tawar terutama untuk lekoh, patin dan rohu. Adakah penggunaan dedak mengikut cuaca?
JAWAPAN:
Kolam air tawar dihuni pelbagai spesies ikan yang mempunyai naluri dan diet makanan tersendiri. Namun biasanya hampir semua ikan ternakan kolam diberi makan dedak. Ada pelbagai jenis dedak untuk makanan ikan kolam air tawar.
Namun masalah ketara kepada kaki pancing ialah pemilihan jenis dedak yang terlalu banyak di pasaran dan cara memasang dedak pada mata kail. Penulis cuba rumuskan jenis umpan dan sasaran ikan yang biasa diperoleh daripada umpan berkenaan.
Cacing (hampir semua ikan kolam kecuali patin). Cengkerik (pacu, baung, keli dan tilapia). Usus/perut ayam (keli/ keli Afrika dan patin). Roti/sisa roti (tongsan, kap dan patin). Udang sungai (baung, ketutu dan tilapia).
Anak ikan (belida, toman, baung dan keli). Serangga termasuk belalang (tilapia, ketutu, keli, pacu dan baung). Katak (toman dan haruan). Dedak (patin, rohu, tongsan dan leekoh).
Antara umpan yang disebutkan, dedak paling popular dan digunakan secara meluas di kebanyakan kolam. Dedak di pasaran ada pelbagai jenis, jenama dan saiz. Ia biasanya diadun dengan telur, air belacan, air sirap, santan kelapa, sisa biskut dan macam-macam lagi.
Ada juga pemancing mencampurkan adunan pelbagai dedak supaya lebih berkesan. Ini tidak termasuk dedak yang diperam semalaman atau lebih sehingga berbau tengik untuk menarik ikan.
Bagi soalan kedua, umpan terbaik spesies yang dinyatakan adalah seperti jawapan soalan pertama. Mungkin terdapat sedikit perbezaan selera makan ikan air tawar di kolam ternakan dan ikan liar dalam air berarus.
Bagaimanapun anda disaran sentiasa mempelbagaikan jenis, adunan dan teknik mengumpan dari semasa ke semasa. Contohnya, kalau patin gemar roti, tidak semestinya kita hanya menggunakan roti.
Andaikan roti tiada, fikirkan umpan alternatif. Dengan ini, pengetahuan terutama yang kita peroleh daripada pengalaman sendiri amat berharga daripada mendengar cerita orang lain.
Sebagai pemancing kita perlu sentiasa mendalami ilmu memancing tidak ketinggalan oleh perubahan arus pemodenan. Penggunaan dedak lebih merujuk kepada jenis ikan dan teknik mengumpan. Cuaca tidak begitu besar peranannya dalam adunan dedak kecuali kita biarkan ia berhujan atau biarkan kekeringan di bawah terik matahari.
Begitu juga dengan saiz ketulan dedak yang diadun mesti bersesuaian dengan mulut ikan buruan serta saiz mata kail yang digunakan. Ada ikan aktif waktu siang dan ‘hilang’ di sebelah malam. Ada ikan aktif waktu malam dan ada juga aktif tidak mengira waktu.
SOALAN: Boleh tak admin jelaskan apakah kriteria pemilihan warna gewang untuk sesuatu situasi bagi memburu ikan idaman?
JAWAPAN: Pada amnya, gunakan gewang warna terang untuk siang hari dan gewang warna gelap untuk malam. Kita perlu ingat yang warna hitam sering berkesan, tanpa mengambil kira waktu siang.
Seperkara lagi, warna di bawah perut gewang juga perlu diberi perhatian kerana warna gelap lebih merangsang tarikan pada siang hari kerana apabila sambaran berlaku dari bawah, ia kelihatan seperti gewang tersebut bayang (silhouette). Pada waktu malam, gunakan warna di bawahnya putih aau perak.
Beberapa aspek lain juga patut diambil kira. Pada pendapat saysa, kejernihan air adalah perkara asas sebagai panduan memilih warna gewang yang betul. Ketika air jernih, gunaka warna gewang seperti kuning, kelabu atau perak.
Bagi air yang keruh dan kotor, sebaiknya gunakan gewang berwarna gelap atau terang seperti ungu, merah, perang, hitam atau emas untuk menghasilkan bayang bagi ikan pemangsa.
Manakala jika langit gelap dan berawan, gunakan gewang warna sebagaimana yang dijelaskan sebelum ini iaitu warna yang boleh menghasilkan bayang dari bawah. Gewang yang hitam, perang dan ungu adalah pilihan terbaik untuk cuaca sebegini. Pada hari gelap, gunakan warna bawah gewang putih atau perak.
Untuk langit yang cerah, gunakan warna lembut yang boleh menghasilkan bayang apabila ikan melihat dari bawah. Gewang yang berwarna putih, kelabu, kuning, asap (smoke) atau jernih disyorkan untuk cuaca sebegini dan warna gelap di bawah gewang juga boleh merangsang ikan menyambar dari bawah.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...