Untuk pengetahuan anda, Ikan senangin selalunya aktif pada masa air pasang surut serta bila arus agak laju. Umpan yang sesuai adalah udang hidup, anak belanak, isi ikan parang atau lebih popular disebut cabuk, dan isi ikan kembung segar.
Bagi tali perambut pula saya mencadangkan tali yang agak kasar 40- 50 lb dari jenis tali fluorocarbon sepanjang 2 meter di mana mata kail jenis circle hook saiz no 2 atau 3 (bergantung pada saiz umpan).
Ads
Tali perambut disambung ke tali utama dengan kili dan dipasang batu ladung hidup (running sinker) saiz no 3 atau 6 (bergantung pada arus) pada tali utama.
Ads
Memandangkan penggunaan mata lingkar, sebaiknya apabila ikan menarik umpan, anda perlu karau tali dengan perlahan sebab sekiranya sentap dengan kuat, bimbang mata kail jenis circle hook akan terlucut dari mulut ikan.
Ads
Dan apabila melawan ikan senangin, anda perlu berjaga jaga kerana ikan senangin suka meluru ke hadapan jadi terpaksalah karau dengan kuat apabila ini berlaku. Tali pula mesti tegang sepanjang masa.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan belukang hidup di laut berlumpur berdekatan pantai dan di estuaria (badan air setengah tertutup di wilayah pesisir dengan satu sistem sungai atau lebih yang mengalir masuk ke dalamnya, serta terhubung bebas dengan laut terbuka.
Kebanyakan muara sungai ke laut membentuk estuaria namun tidak demikian jika bermuara ke danau, waduk atau ke sungai yang lebih besar). Sagor catfish ini sering merayau sama ada ke hulu atau ke hilir hingga ke sempadan air pasang tinggi.
Daripada aspek morfologi, ikan belukang merupakan ikan bersaiz sederhana. Memiliki badan licin tanpa sisik. Ia mampu membesar panjang sehingga 45 cm namun kebanyakan spesimen yang ditemui sekitar 30 cm sahaja.
Ikan belukang memiliki bentuk kepala memipih datar ke arah muncung, dilengkapi dengan tiga pasang sesungut. Sepasang sesungut yang paling panjang berada pada rahang atas, panjang mampu mencapai pertengahan sirip pektoral atau lebih.
Bahagian atau sisi atas kepala ikan belukang terbentuk keping-keping tulang umpama perisai yang berpola kasar permukaannya. Lekuk fontanel yang memanjang di tengah dahi di antara dua belah mata. Bentuk arah kepala belakang membundar, dan bentuk sirip anal umpama saya kupu-kupu.
Ikan belukang dibarisi gigi berbentuk kerucut dan tersusun dalam barisan melintang pada empat plag yang berderet di langit-langit mulut (palatum), plag gigi yang sebelah depan (plag maksilar) melengkung sempit dari sisi ke sisi.
Pada sirip dorsal dan kedua-dua sirip pektoral ikan ini masing-masing memiliki duri atau patil yang bergerigi dan berbisa. Sisi atas dan samping atau tepi badan ikan berwarna keabu-abuan gelap kecoklatan atau kebiruan, sisi bawah atau abdomen berwarna putih susu, lazimnya hadir 10 atau lebih garis-garis melintang putih keperakan, kebiruan, atau kehijauan. Semua siripnya berwarna kusam kehitaman, hanya bahagian filamen dari sirip dorsal yang berwarna terang.
Daripada aspek ekonomi, ikan belukang bukanlah ikan yang bernilai tinggi sekaligus menjadikannya ikan yang kurang di pasaran. Justeru ia tidak ditangkap secara komersial dan tiada sebarang ancaman kepupusan terhadap spesies ini.
Sementara dari sudut perikanan rekreasi pula, ikan belukang lebih dianggap sebagai ikan pengacau yang menghabiskan umpan. Namun spesimen yang kasar berupaya menghadirkan keseronokan dalam sesi memancing dan bernilai amat tinggi jika hadir di meja timbang sesuatu pertandingan memancing.
Kili ini diperbuat daripada pemutaran seutas wayar ringan dengan pembentukan satu gelung bulat dan satu lagi cangkuk berkunci. Cangkuk ini muat-muat masuk ke dalam lubang sarungnya untuk mengunci sistem. Saya masih belum dapat keyakinan untuk menggunakan kili ini tetapi dari makluman penggunanya, ia pernah mengalami kegagalan beberapa kali yang tidak dapat dijelaskan. Ia cenderung untuk terbuka tanpa sebab dan ia tidaklah kuat. Ia juga tidak mampu menahan daya sentakan mengejut dari pemangsa yang benar-benar buas. Bagaimana pun ia cukup memuaskan untuk gewang kecil kerana ia sungguh ringan.
Diperbuat daripada seutas wayar berkuatan tinggi yang dibentuk seperti alat pemegang kunci. Memang tidak boleh dinafikan bahawa kili inilah yang paling kuat. Kili ini memang yang terbaik apabila kekuatan dipentingkan untuk apa sahaja, walaupun ia ada beberapa kelemahan. Kili ini tidak didatangi dengan saiz sekecil kili lain dan tak akan muat untuk titik penyambungan yang kecil seperti jighead kerana ketebalan wayarnya berganda pada titik sambungan. Seperti norman speed clip, jika titik penyambung membabitkan wayar berdiameter lebih halus, ia cenderung untuk terselit di antara lengkok penyambung kili ini dan gewang mungkin tercabut keluar. Pemasangan split ring pada gewang boleh mengatasi masalah. Namun ia lebih sesuai untuk pancingan tugas berat.
Snap mini ini seakan cangkuk yang sangat kecil dengan lengkungan yang membulat. Ia didatangi dengan tiga saiz, namun yang terbesar tetap juga kecil saiznya. Ketebalan wayar setiap kili adalah sama. Cuma saiz fizikalnya berbeza. Anda boleh sambungkannya kepada apa saja, dari soft plastic kecil sehinggalah umpan bulu yang besar. Iacukup kuat tetapi sangat ringan, malah cukup selamat. Ia seakan tidak wujud biarpun bila disangkut pada gewang paling kecil. Namun saya tak akan gunakannya kalau pancingan itu memerlukan daya tenaga yang kuat. Beberapa kali kili ini pernah patah akibat tersangkut reba, di mana kili itu sendiri yang diandaikan tersangkut. Lantaran terlalu kecil, agak sukar untuk menanggalkan gewang daripadanya.
Kili ini berdasarkan prinsip yang sama seperti Mustad easy snap. Namun ia diperbuat daripada wayar yang lebuh tebal dan lebih panjang. Justeru saya rasa ia lebih kuat. Ia digunakan apabila merasakan mustad easy snap tidak sesuai untuk digunakan untuk kegunaan yang lebih lasak. Kekuatannya cukup menakjubkan jika dibandingkan dengan saiz dan beratnya. Anda boleh sambungkan kili ini untuk hampir semua jenis gewang. Bagaimana pun oleh kerana ia agak kecil, agak sukar untuk menyarungkannya kepada sesuatu yang menyebabkan ia perlu dikangkang lebih luas. Tambahan pula disebabkan utas wayarnya cukup kuat, maka gewang juga agak sukar dicabut keluar. Bantuan playar amat diperlukan.
Ikatan eight figure knot (8 knot) atau ikatan nombor 8 merupakan satu ikatan paling asas untuk menyambungkan tali kepada mata kail bercincin atau kili.
Ia dinamakan 8 knot berikutan satu simpulan berupa nombor 8 akan terbentuk sebelum ia diketatkan.
Jika simpulan nombor 8 tidak terhasil bermakna ikatan tersebut telah tersilap langkahnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...