Memang diakui penggunaan umpan hidup lebih berkesan kerana ia umpan betul untuk menjerat spesies predator seperti sebarau, baung besar, belida (anak ikan, udang), tenggiri (ikan kembung, tamban) toman (keli, ikan lampam).
Namun, harus diingat penggunaan umpan ada batasnya seperti umpan hidup sukar diperolehi, sukar dibawa ke mana-mana dan mudah mati. Berapa lama anda mampu mengusung dan menjaga umpan hidup sekiranya anda seorang kaki casting tegar yang memancing seharian.
Ads
Penggunaan gewang adalah revolusi oleh penciptanya yang memikirkan umpan tipu perlu dicipta kerana kaki pancing tidak terus bergantung pada umpan hidup. Mereka telah mengkaji dari segi bentuk, fleksibel renangan, bentuk dan sebagainya sehingga lahirnya pelbagai jenis bentuk, warna, jenama gewang ada di pasaran.
Ads
Ads
Secara amnya, penggunaan gewang lebih praktikal kerana ia memberi lebih kebebasan kerana tidak perlu membeli umpan hidup, segar, tidak perlu buang masa, cangkuk umpan hidup baru terutama semasa ikan sedang frenzy.
Tidak berbau, mengotorkan tangan anda, tidak perlu menyediakan bekas besar untuk simpan umpan hidup, boleh dibawa ke mana-mana sahaja serta memberikan lebih liputan kawasan ketika memancing berbanding umpan hidup yang perlu dikarau perlahan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Sotong dikelaskan di dalam kumpulan cephalopoda, subclass coleoidea, order teuthida. Terdapat dua suborders yang utama iaitu myopsina dan oegopsina. Oegopsina merupakan kumpulan sotong gergasi (giant squid).
⇒ Para saintis dan ahli biologi menganggarkan terdapat kira-kira 500 spesies sotong di dunia.
⇒ Sotong betina mampu mengeluarkan seribu biji telur setiap kali di dasar laut.
⇒ Giant squid mempunyai mata sebesar bola jaring. Korang boleh bayangkan sendiri bagaimana pula dengan saiz sotong berkenaan.
⇒ Sesetengah sotong mempunyai organ bioluminescent menyebabkan ia bercahaya dalam gelap. Oleh kerana ini sotong lebih berkesan dijadikan umpan pada malam hari berbanding ikan.
⇒ Sesetengah sotong kehilangan tantakelnya pada peringkat larva lagi.
⇒ Sotong merupakan haiwan karnivor: makan ikan, krustasia dan sotong kecil.
⇒ Sotong mempunyai 8 lengan dan hanya tantakel mempunyai penyedut ala-ala vakum berkuasa tinggi.
⇒ Sotong mempunyai 3 jantung!
⇒ Sotong berenang paling pantas di antara haiwan-haiwan invertebrata.
⇒ Kebiasaannya sotong hidup selama 1 hingga 2 tahun.
⇒ Sotong terbesar yang dilaporkan sepanjang 60 kaki dan berat 1980lbs
⇒ Nama ‘calamari’ bermaksud memasak sotong dari bahasa Greek.
⇒ Sotong paling kecil bersaiz 0.7 inci dengan berat 0.02oz
⇒ Kebanyakan sotong memancutkan dakwat bagi melepaskan diri daripada musuh
⇒ Sotong boleh menyamar mengikut persekitarannya.
⇒ Salah satu keistimewaan sotong adalah simpanan dakwat hitamnya. Selalunya sotong memancutkan dakwatnya apabila ia rasa terancam.
Jika pancutan dakwatnya terkena mata, ia akan mengakibatkan pandangan kita menjadi kabur dalam beberapa minit.
Dalam tempoh berkenaan sotong sudah mampu untuk melarikan dari dari musuhnya. Ada spesies sotong yang mampu mengawal pancutan dakwatnya untuk dilepaskan sedikit demi sedikit secara berulang-ulang.
⇒ Antara keistimewaan lain sotong ialah kewujudan chromataphores yang membantu sotong untuk menyamar mengikut warna persekitarannya.
Chromataphore juga berfungsi semasa ritual mengawan. Semasa proses menyamar, Chromataphores pada badan sotong akan menghasilkan cahaya maya yang menarik minat ketam dan ikan-ikan kecil untuk menghampirinya.
⇒ Majoriti sotong mempunyai panjang badan tidak lebih dari 40cm (24 inci). Giant squid pula mampu mencapai panjang sehingga 14 meter ( 46 kaki).
Sotong yang paling besar mampu mencapai berat sehingga 1,000 paun. Sotong Humboldt yang ganas mampu menyerang ikan jerung untuk dijadikan makanannya.
⇒ Sotong bernafas menggunakan insang seperti ikan dan kebanyakkannya mampu hidup selama tempoh lebih kurang setahun. Sotong suka hidup di kawasan panas dan hanya sedikit hidup di kawasan yang sejuk dan dalam.
Bagi kebanyakan orang, lampam mungkin sekadar spesies biasa-biasa sahaja, namun pancingan lampam yang ringkas dan santai mampu mendatangkan riuh rendah jika dilakukan secara berkumpulan.
Bahkan, di sesetengah tempat, lampam sungai terutamanya bersekolah cukup tinggi. Ibarat jinak di depan mata, pandai mencuri umpan, tetapi sukar untuk menangkapnya.
Jika kunjungan trip pancing ke tasik-tasik utama di Malaysia seperti Tasik Kenyir di Terengganu atau Royal Belum di Perak, kaki pancing semestinya meletakkan keazaman yang tinggi untuk menjerat spesies toman dan sebarau.
Bagi kaki trekking pula, spesies pujaan semestinya si raja sungai iaitu kelah dan juga peragut malam iaitu baung.
Iyalah, trip-trip sebegini apatah lagi ke tasik utama yang terkenal di kalangan kaki pancing wajib untuk menyenaraikan ikan target yang bernilai tinggi baik dari segi kekuatan pertarungan mahupun nilai ikan target yang rare untuk dipancing serta sedap dimakan.
Begitu pun, dalam kesibukan memburu ikan gred A, kunjungan ke tasik utama tidak sah jika tidak melayan keseronokan spesies lampam.
Pancingan lampam di tasik utama lebih santai malah teknik pancingan juga lebih santai, dan ringkas. Pancingan yang santai sebegini memang menghiburkan apatah lagi jika aktiviti tersebut dilakukan beramai-ramai. Riuh boathouse dibuatnya.
Lampam sungai atau nama saintifiknya Barbonymus schwanenfeldii memang merupakan spesies yang dikenali ramai di Malaysia.
Juga dikenali sebagai tinfoil barb, spesies lampam merupakan ikan air tawar tropika yang berasal dari Asia Tenggara dan merupakan spesies ikan daripada keluarga Cyprinidae. Spesies ini pada asalnya dijelaskan oleh Pieter Bleeker dalam genera Barbus schwanenfeldii.
Bagi spesies lampam, spesies ini merupakan antara spesies ikan yang penting di Asia. Pola taburan ikan lampam tertumpu di Lembah Mekong dan Chao Phraya, perairan air tawar di Semenanjung Malaysia, Sumatera serta boleh ditemui di kawasan Borneo.
Di kalangan pemancing di Malaysia, ikan lampam merupakan spesies ikan yang tidak sukar untuk diperolehi. Spot utama untuk memancing ikan lampam ialah kawasan sungai-sungai, lombong serta kebanyakan tasik di Malaysia termasuk tasik utama seperti Royal Belum dan Tasik Kenyir.
Biarpun dianggap sebagai spesies ikan pancingan yang biasa-biasa, memancing ikan lampam mampu memberikan keseronokan dan menimbulkan keriuhan terutama apabila memancing di kawasan yang lebih pedalaman dengan aliran sungai yang bersih.
Dalam industri perikanan, spesies lampam boleh dikatakan agak penting dalam beberapa cabang perikanan. Secara tradisional, spesies lampam mempunyai kepentingan yang agak tinggi bagi komuniti pinggir bandar.
Komuniti yang menjadikan spesies lampam sebagai salah satu ikan target ialah komuniti pemancing sara diri atau subsistence anglers. Berbeza dengan pemancing rekreasi, pemancing sara diri bermaksud komuniti ini menangkap sesuatu spesies ikan untuk keperluan harian, terutamanya sebagai sumber makanan.
Selain itu, spesies ini juga mempunyai kepentingan dalam perikanan komersial dan akuakultur. Jasanya spesies lampam diternak dalam skala yang besar untuk tujuan sumber makanan kepada komuniti setempat.
Dalam sektor perikanan ikan hiasan juga, spesies ini merupakan antara spesies ikan popular dan mudah didapati di kalangan kedai ikan hiasan.
Disebabkan spesies ini gemar berenang berkumpulan, biasanya lampam akan ditempatkan dengan sekumpulan lampam yang lain di dalam akuarium. Malah spesies ini antara spesies ikan yang tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi jika dibela.
Dalam pancingan sukan sekalipun, selain dipancing untuk dimakan, spesies lampam yang bersaiz kecil juga boleh dibuat umpan untuk menjerat pemangsa yang lebih besar.
Anak lampam adalah umpan hidup terbaik untuk menjerat baung besar, toman, mahupun sebarau. Bahkan, di Tasik Kenyir, sekiranya bermalam di atas boathouse di Lata Berua, lampam umpan mujarab untuk bottom siakap.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...