Bagi kebanyakan orang, lampam mungkin sekadar spesies biasa-biasa sahaja, namun pancingan lampam yang ringkas dan santai mampu mendatangkan riuh rendah jika dilakukan secara berkumpulan.

 

Bahkan, di sesetengah tempat, lampam sungai terutamanya bersekolah cukup tinggi. Ibarat jinak di depan mata, pandai mencuri umpan, tetapi sukar untuk menangkapnya.

 

Jika kunjungan trip pancing ke tasik-tasik utama di Malaysia seperti Tasik Kenyir di Terengganu atau Royal Belum di Perak, kaki pancing semestinya meletakkan keazaman yang tinggi untuk menjerat spesies toman dan sebarau.

 

Bagi kaki trekking pula, spesies pujaan semestinya si raja sungai iaitu kelah dan juga peragut malam iaitu baung.

 

Senario Pancingan Lampam Sungai Di Malaysia

 

Iyalah, trip-trip sebegini apatah lagi ke tasik utama yang terkenal di kalangan kaki pancing wajib untuk menyenaraikan ikan target yang bernilai tinggi baik dari segi kekuatan pertarungan mahupun nilai ikan target yang rare untuk dipancing serta sedap dimakan.

 

Begitu pun, dalam kesibukan memburu ikan gred A, kunjungan ke tasik utama tidak sah jika tidak melayan keseronokan spesies lampam.

 

Pancingan lampam di tasik utama lebih santai malah teknik pancingan juga lebih santai, dan ringkas. Pancingan yang santai sebegini memang menghiburkan apatah lagi jika aktiviti tersebut dilakukan beramai-ramai. Riuh boathouse dibuatnya.

 

Senario Pancingan Lampam Sungai Di Malaysia

 

Lampam sungai atau nama saintifiknya Barbonymus schwanenfeldii memang merupakan spesies yang dikenali ramai di Malaysia.

Juga dikenali sebagai tinfoil barb, spesies lampam merupakan ikan air tawar tropika yang berasal dari Asia Tenggara dan merupakan spesies ikan daripada keluarga Cyprinidae. Spesies ini pada asalnya dijelaskan oleh Pieter Bleeker dalam genera Barbus schwanenfeldii.

 

Bagi spesies lampam, spesies ini merupakan antara spesies ikan yang penting di Asia. Pola taburan ikan lampam tertumpu di Lembah Mekong dan Chao Phraya, perairan air tawar di Semenanjung Malaysia, Sumatera serta boleh ditemui di kawasan Borneo.

 

Senario Pancingan Lampam Sungai Di Malaysia

 

Di kalangan pemancing di Malaysia, ikan lampam merupakan spesies ikan yang tidak sukar untuk diperolehi. Spot utama untuk memancing ikan lampam ialah kawasan sungai-sungai, lombong serta kebanyakan tasik di Malaysia termasuk tasik utama seperti Royal Belum dan Tasik Kenyir.

 

Biarpun dianggap sebagai spesies ikan pancingan yang biasa-biasa, memancing ikan lampam mampu memberikan keseronokan dan menimbulkan keriuhan terutama apabila memancing di kawasan yang lebih pedalaman dengan aliran sungai yang bersih.

 

Dalam industri perikanan, spesies lampam boleh dikatakan agak penting dalam beberapa cabang perikanan. Secara tradisional, spesies lampam mempunyai kepentingan yang agak tinggi bagi komuniti pinggir bandar.

 

Senario Pancingan Lampam Sungai Di Malaysia

 

Komuniti yang menjadikan spesies lampam sebagai salah satu ikan target ialah komuniti pemancing sara diri atau subsistence anglers. Berbeza dengan pemancing rekreasi, pemancing sara diri bermaksud komuniti ini menangkap sesuatu spesies ikan untuk keperluan harian, terutamanya sebagai sumber makanan.

 

Selain itu, spesies ini juga mempunyai kepentingan dalam perikanan komersial dan akuakultur. Jasanya spesies lampam diternak dalam skala yang besar untuk tujuan sumber makanan kepada komuniti setempat.

Dalam sektor perikanan ikan hiasan juga, spesies ini merupakan antara spesies ikan popular dan mudah didapati di kalangan kedai ikan hiasan.

 

Disebabkan spesies ini gemar berenang berkumpulan, biasanya lampam akan ditempatkan dengan sekumpulan lampam yang lain di dalam akuarium. Malah spesies ini antara spesies ikan yang tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi jika dibela.

 

Senario Pancingan Lampam Sungai Di Malaysia

 

Dalam pancingan sukan sekalipun, selain dipancing untuk dimakan, spesies lampam yang bersaiz kecil juga boleh dibuat umpan untuk menjerat pemangsa yang lebih besar.

 

Anak lampam adalah umpan hidup terbaik untuk menjerat baung besar, toman, mahupun sebarau. Bahkan, di Tasik Kenyir, sekiranya bermalam di atas boathouse di Lata Berua, lampam umpan mujarab untuk bottom siakap.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI