Cara paling baik dan selamat untuk mengendali atau mendaratkan ikan pari ialah dengan menggunakan tangguk atau sauk. Jangan pula menggunakan pencangkuk kerana ia jelas akan mencederakan fizikal pari tersebut.
Namun penggunaan tangguk akan berisiko pula kepada anda. Apatah lagi jika tangguk yang dibawa kecil sementara saiz pari pula besar. Pasti sukar untuk memasukkan pari tersebut ke dalam tangguk. Oleh yang demikian, berhati-hatilah jangan sampai ada anggota badan anda tertusuk dek sengat pari.
Ads
Jika tiada tangguk dan anda memancing di pantai, anda boleh mengheret pari tersebut ke pantai dengan memegang bahagian ekornya. Pastikan pari tersebut betul-betul berada di atas darat atau gigi air. Kemudian terbalikkan pari tersebut, keluarkan mata kail yang tercangkuk pada mulutnya dan bolehlah bebaskannya dengan selamat.
Ads
Ads
Jika mata kail berada jauh di dalam tekaknya dan sukar untuk dikeluarkan, potong sahaja perambut di bahagian paling dekat dengan mulutnya. Kebanyakan mata kail boleh terurai dengan cepat di dalam air masin dan terdapat ujian yang menunjukkan bahawa ikan yang dilepaskan dengan cara ini menjamin kelangsungan hidup mereka.
Seperkara lagi jangan sesekali mematahkan duri sengatnya jika ingin dilepaskan kembali. Sengat itu merupakan senjatanya untuk memburu dan juga mempertahankan diri dari pemangsa. Perbuatan ini sering dilakukan oleh pemancing apabila mendaratkan pari meskipun tidak berhajat untuk membawanya pulang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ketika memancing di cuaca lembab dan basah, mengenakan pakaian yang tepat adalah sangat penting. Aksesori yang kalis air air yang berkualiti memberikan perbezaan sama ada ia menyeronokan atau menyeksakan.
Jika anda kekal kering dan selesa, ia akan membantu untuk anda memancing sepanjang hari. Dari semua tips untuk memancing di tengah hujan, situasi ini adalah kunci untuk mempertahankan pemikiran kekal positif.
Selama hujan ribut, gelombang pasang lebih tinggi, dan air hujan akan membanjiri kawasan daratan. Ketika ini ikan biasanya berada di mana ada pergerakan air.
Oleh yang demikian anda perlu fokus di kawasan alu air, saluran masuk atau saluran keluar air.
Aliran keluar air akan menghasilkan umpan dan ikan akan menunggu untuk memburu makanan percuma ini.
Tangkapan ikan paling produktif akan terjadi sebelum rebut berlaku, iaitu ketika tekanan barometrik rendah mendorong ikan ke hiruk-pikuk mencari makanan.
Situasi frenzy akan berakhir apabila berlakunya rebut dan ia akan kembali aktif ribut mereda dan tekanan barometer kembali menaik.
Ketika memilih umpan buatan atau gewang, pertimbangkan warna-warna cerah dan bergemerincing bunyinya.
Gewang crankbait dan permukaan (popper) mampu membantu ikan untuk menemuinya. Ini kerana apabila paras air naik dan berubah warna kekeruhan, ia akan mengurangkan visibiliti dan menyukarkan ikan untuk melihat umpan secara nyata.
Apa-apa pun keselamatan harus diutamakan. Terlebih dahulu dan periksa ramalan cuaca setempat sebelum pergi memancing.
Meskipun hujan renyai-renyai saja, ikan masih tidak berselera untuk makan ketika adanya kilat dan guruh yang menggegar bumi.
Jangan pergi ke perairan terbuka jika ada kemungkinan berlakunya ribut petir, dan pastikan anda memiliki tempat berlindung yang kukuh dan selamat untuk dikunjungi jika terjadi badai.
Masalah enjin semput sering terjadi pada enjin sangkut yang telah berusia. Namun enjin baru juga tidak terkecuali kerana jika sistem penyalur minyak tidak berfungsi dengan sempurna atau ada kebocoran.
Sekiranya enjin tidak memberi prestasi yang cemerlang semasa di pulas, semestinya ada sesuatu yang tidak berfungsi dengan baik yang menggagalkan pembakaran yang sempurna kepada piston.
Kali ini kita akan membincangkan lebih spesifik kepada penyaluran bahan bakar sehingga kepada karburetor.
Enjin sangkut menggunakan sistem pump untuk menyedut petrol kepada karburetor seterusnya menghantar kepada piston.
Sekiranya berlaku enjin semput dan terasa seperti sebu periksa bermula dari tangkiminyak hingga ke filter.
Perhatikan penutup tangki dan pastikan ia di buka supaya oksigen memasuki tangki untuk memberi ruang kepada pump untuk menyedut bahan bakar.
Bahagian kedua periksa penyambung (connector) getah dalam keadaan baik dan tidak bocor walau sekecil mana pun.
Sekiranya penyambung tadi dalam keadaan baik teruskan memeriksa bahagian getah penyalur minyak.
Sila pastikan anda menggunakan hos getah yang memang diiktiraf untuk kegunaan minyak dan bukannya air atau selain dari kegunaannya.
Ini kerana zarah molekul yang ada pada bahan bakar adalah lain daripada air dalam kelasnya.
Tekanan yang diterima juga berbeza dan ini perlu ditukar sekiranya bukan hos untuk minyak.
Bahagian ketiga yang perlu di periksa adalah pum yang boleh di picit. Sekiranya pump dalam keadaan keras setelah dipicit beberapa kali untuk memenuhkan minyak di bahagian
filter maka pump tersebut dalam keadaan baik tetapi jika ia lembut dan terasa kosong maka ada kebocoran atau pum tersebut perlu ditukar.
Bahagian keempat periksa filter dan cuci bahagian dalam filter supaya apa jua benda asing dikeluarkan dan pasang semula dengan ketat. Periksa hos masuk dan hos keluar ke karburetor dalam keadaan ketat.
Akhir sekali servis karburetor dengan membuka semua skru laluan minyak dan bersihkan menggunakan berus serta dikeringkan menggunakan angin bertekanan tinggi supaya benda asing yang melekat pada salur minyak karburetor dapat dibuang.
Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel berkenaan teknik pancingan dasar ketika bot berhanyut atau lebih popular dengan istilah menotok. Teknik menotok turut dipratikakan di kawasan lain namun ia cukup popular di perairan Pelabuhan Kelang.
Lantaran daripada itulah istilah menotok ini berasal dari perairan ini. Teknik pancingan jenis ini adalah kaedah paling selamat untuk memancing di perairan yang sibuk dengan laluan kapal dagang.
Untuk memancing dan kembali dengan hasil dan selamat, beberapa panduan dan tips ini haruslah diaplikasikan.
Tepati masa bertolak
Kebanyakan jeti bot di kawasan perairan Pelabuhan Kelang terletak di kuala dan selat sungai yang cetek. Oleh yang demikian faktor pasang surut air laut memainkan peranan sebelum anda menaiki bot.
Ini kerana jika air surut maka bot akan berhadapan untuk masuk atau keluar dari jeti. Justeru itu apabila tekong menetapkan waktu tertentu untuk bergerak, maka patuhilah waktu yang telah ditetapkan.
Ada masanya mungkin lebih awal dan ada ketikanya mungkin agak lewat dari waktu kebiasaan.
Peralatan Sesuai
Jangan segan untuk bertanya kepada tekong tentang peralatan pancing yang sesuai untuk digunakan. Ia lebih baik kelihatan seperti tak tahu apa-apa daripada berlagak pandai. Dari jenis kekili, joran, kekuatan tali, jenis perambut, mata kail dan batu ladung, sebaiknya tanyalah pada tekong kerana tekong sudah pastinya lebih arif.
Jangan kedekut umpan
Sotong kurita dan udang lipan merupakan umpan yang paling efektif di perairan ini khususnya untuk memancing ikan merah, jenahak dan kerapu. Namun harga bagi seekor umpan terutamanya sotong kurita semakin hari semakin melambung harganya.
Tetapi, jika anda terlalu berkira-kira untuk membeli dan `sayang’ untuk menggunakannya, usahlah bermimpi untuk pulang dengan hasil penuh di dalam tong.
Putus dan rabut
Mana-mana tekong pasti akan meradang apabila kejadian rabut dan putus berlaku berulang kali terutamanya di lubuk ikan merah.
Atas sebab itulah anda sangat-sangat digalakkan mendapatkan nasihat tekong terlebih dahulu terutamanya pemilihan perambut dan jenis ikatan yang bersesuaian. Jika putus juga itu cerita lain. Sekurang-kurangnya tekong tiada modal untuk menyalahkan anda lagi.
Tinjau pergerakan kapal
Jangan menunggu sehingga kapal membunyikan hon amaran sebagai tanda untuk beredar dari laluannya. Anda pula jangan bergantung kepada tekong sahaja untuk memantau kedudukan kapal yang lalu lalang di kawasan anda berhanyut.
Ada kalanya tekong terlepas pandang juga. Bila mendapati ada kapal yang bergerak ke arah bot, cepat-cepatlah beritahu tekong walaupun ikan sedang galak membaham umpan di lubuk berkenaan.
Elak tidur serentak
Ada ketikanya tekong akan terlelap juga ketika berhanyut terutamanya jika menotol pada waktu malam. Kalau lihat tekong tertidur ataupun sememangnya tidur untuk seketika, jangan pula ikut sama tidur. Lagi parah kalau kesemua ahli trip ikut sama tidur.
Dan ia akan menjadi tragedi lebih parah jika kapten kapal dagang yang sedap bergerak laju ke arah anda juga tertidur.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...