Ads

Soal Jawab Memancing – Jenis & Warna Jig Bagi Perairan Dalam??

 

Jigging merupakan salah satu teknik yang cukup digemari oleh kaki pancing masa kini. Antara sebabnya ialah besi jig mudah untuk dibawa dan penggunaannya terbukti berkesan. Jig direka dengan kepelbagaian bentuk, aksi dan mempunyai tarikan warna yang memukau. Jig tidak diberikan sentuhan warna hanya untuk merambang mata pemancing untuk memilihnya.

 

Dewasa ini, pemancing gemar menggunakan teknik jigging kerana besi jig mempunyai daya ketahanan yang unggul selagi tidak lebur disebabkan perambut dipotong atau tersangkut. Tetapi, jika anda menggunakan besi jig, salah satu faktor kejayaan anda mungkin terletak pada pemilihan warna.

Ads

 

Perlu diingat warna pada badan jig berbeza di dalam air berdasarkan bagaimana penetrasi cahaya ke dalam air pada masa itu. Faktor warna jig memainkan peranan penting ketika unjunan untuk menarik perhatian ikan.

Ads

 

Pemilihan warna jig sangat kritikal bergantung kepada kedalaman air. Jadual ini mungkin membantu anda dan memberikan alternatif pilihan untuk memilih warna jig yang sesuai mengikut kedalaman kawasan pancingan anda.

Ads

 

Warna jig di atas berdasarkan penetrasi cahaya pada kedalaman tertentu. Namun tidak salah untuk kaki pancing memilih warna-warna berbeza dari warna berkenaan. Selalulah bertanyakan kepada yang arif dan juga tekong sebelum anda turun jigging.

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...