Memandangkan ikan tapah merupakan spesies demersal atau ikan yang mencari makan di paras dasar perairan sungai atau tasik, maka gewang yang sesuai digunakan adalah gewang mampu berenang pada paras lantai atau dasar sungai.
Oleh yang demikian kita harus membuat sedikit kerja rumah bagi mengkaji tahap kedalaman sesuatu sungai terlebih dahulu. Ini penting agar gewang yang digunakan dapat menyelam pada kedalaman tepat di mana tapah berada.
Ads
Walau bagaimana pun boleh dikatakan sungai-sungai kita terutamanya yang menjadi habitat tapah sekitar 5 meter sahaja, oleh yang demikian gewang yang mampu berenang hingga paras 3 hingga 5 meter harus menjadi pilihan. Atau dalam erti kata lainnya, gewang selaman dalam adalah lebih efektif daripada gewang selaman cetek.
Ads
Ads
Bagi pilihan warna gewang pula, ia perlu disesuaikan dengan karakter air. Jika sungai berair hitam atau gelap disarankan menggunakan gewang berwarna cerah (contoh, fire tiger) dan jika air jernih pula sebaiknya gunakan gewang berwarna neutral.
Seperkara lain yang harus dilupakan, memandangkan tapah adalah spesies nokturnal atau aktif mencari makan pada waktu malam, yang mana fungsi sensor getaran lebih efektif daripada visual, maka gewang yang memiliki kombinasi getaran (rattlin) paling berkesan untuk digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Musim layaran ketika itu berada di puncak dan banyak bot-bot yang turut sama berada di kawasan berdekatan kami. 15 minit pertama berhanyut, joran Penn 30-80 terus melentur dan serta merta tali Spectra merah dalam gelendung Shimano Baitrunner 6500 berdesup keluar.
Sebaik sahaja layaran mula menghambur di permukaan, joran diserahkan kepada Mike untuk aksi seterusnya. Jeritan kepuasan Mike tidak berhenti sebaik sahaja melihat layaran melompat tetapi berterusan hingga ikan berjaya didaratkan. Dalam pada di akhir pertarungan, kekili Shimano Baitrunner pula memuntahkan tali.
Brett menjadi insan kedua pagi itu ditemukan jodoh dengan layaran. Dua ekor layaran kurang dari sejam pertama adalah petanda baik. Setelah dilepaskan kedua layaran tersebut, tekong Rais bergerak perlahan mencari kawanan burung camar. Layaran tidak berada di satu kawasan kerana ia banyak menghabiskan masa mengikut kawanan ikan pelagik.
Apabila camar dikesan, saya pula akan mengesahkan kehadiran layaran melalui pemerhatian sekeliling. Kelibat layaran mudah diamati pada waktu musim puncak. Sebaik bot berhenti, saya akan membuat lontaran sejauh mungkin umpan selar hidup ke arah kawanan burung. Beberapa kali selepas umpan di lontar jauh, layaran terus menerkam dan melarikan umpan.
Dalam keadaan spool kekili longgar ketika itu, banyak juga kes rabut dan mata kail tidak tersusuk kemas di mulut ikan. Apa yang hendak dirisaukan, pastinya ada lagi strike yang menunggu. Cuma kena rajin berusaha. Setiap kali selepas umpan dilontar jauh, saya akan menunggu seketika jika ada layaran ambil umpan di tangan.
Sementara Rais akan hulurkan umpan setelah saya selesai melabuhkan dua joran pertama. Bila joran mengena, ucapan “Who’s next?” dan terus sahaja joran bertukar tangan untuk berentap dengan layaran.
Sebelah pagi sahaja kesemua mereka sudah dapat lesen layaran. Hari pertama kami memperolehi lebih dari 12 strike, 8 didaratkan. Bila semua puas, hari pertama diakhiri lebih awal.
Hari Kedua
Kini tumpuan diberikan sepenuhnya untuk teknik pancing layang di samping sesi popping dan casting sebagai selingan. Sebagaimana yang di ketahui New Zealand mempunyai ramai peminat pancing layang. Mereka membawa joran wt9 dalam usaha menjerat layaran. Begitu juga pelbagai warna dan saiz set fly yang disiapkan awal mengikut info yang mereka ketahui.
Saya pula cuba mengumpan layaran dengan penggunaan popper tanpa mata kail. Teknik ini dapat memujuk layaran supaya hampir dengan bot agar mereka dapat melayangkan umpan. Setengah hari dihabiskan dengan banyak belajar mengenai kesilapan beberapa langkah penting. Namun saya boleh puji sikap mereka, sering membincangkan di mana silap dan pembetulan yang perlu di buat.
Malah kebetulan hari kedua amat payah mengesan layaran mengekori popper di belakang bot. Tugas tekong mengemudi bot perlahan mencari kumpulan camar, saya akan meninjau di belakang bot manakala dua pemancing akan lontar popper sebelum dua lagi bersedia dengan set pancing layang.
Tengahari kami berehat seketika sebelum menyambung semula sesi pada jam 2 petang. Pusingan kedua ini masing-masing mengambil peranan yang perlu bagi menjayakan misi menjerat layaran dengan set fly. Setelah berjaya mengesan layaran mengikuti bot, dua popper kiri dan kanan dilontar dalam usaha memujuk layaran.
Ketika layaran jelas kelihatan di belakang bot, Brett dan Mark masingmasing memulakan tugas mereka. Satu hayunan set fly jatuh hampir dengan layaran, satu, dan dua fly ditarik lembut. Tidak semena ia mendapat sambutan, “Yes fish on,” ujar Mark. Belum sempat sorakan lain menyampuk, layaran terus melayang ke permukaan sambil melakukan perkara yang tak ingin kami lihat.
Mata kail fly dimuntahkan dengan mudah. Kecewa lagi. Tekong kemudiannya bergegas ke kawasan kawanan burung yang berdekatan setelah ikan terlucut. Proses memikat diulangi seperti sebelumnya. Strike kedua dengan set layaran menjadi milik Brett pula. Sambil menahan larian ikan, yang lain tumpang seronok. Ikan yang pada mulanya jelas kemudian samar-samar dan terus hilang dari pandangan kami.
Joran ditampung oleh Brett yang masih diasak layaran. Sekali lagi kami kecewa apabila mata kail yang digunakan sekali lagi terlucut ketika waktu hampir di penghujung pertarungan. Hajat oleh geng Newzie ini untuk menewaskan layaran dengan pancing layaran belum tertunai.
Selama kami memancing di sini geng ini cukup riang, hilai ketawa dan kutuk mengutuk antara mereka menjadi bualan. Bahkan mereka tidak menunjukkan rasa kecewa apabila gagal dan semangat kesukanan cukup tinggi. Paling kuat bersorak ialah Mike setiap kali adanya strike.
Saya masih tak faham bagaimana mata tiga gewang boleh lurus bila terkena ikan. Orang kata, kalau kena ikan besar barulah mata tiga boleh lurus. Tapi saya pernah dapat ikan haruan lebih kurang sekilo saja, bila tengok salah satu mata tiga dah lurus. Tali tak pulak putus. Kalau tali yang putus tu saya fahamlah sebab tali tidaklah sekuat mata tiga.
JAWAPAN:
Saya andaikan maksud kuat (tali tidaklah sekuat mata tiga) adalah sifat fizikalnya. Sudah tentulah mata kail yang diperbuat daripada logam lebih kuat berbanding tali pancing yang diperbuat daripada nylon atau fabrik. Jika hiris dengan pisau sudah pasti tali akan putus tetapi mata kail tidak terjejas langsung.
Dalam pertarungan antara peralatan memancing memancing dengan ikan (ikan bersaiz besar khususnya), point yang lemah itulah yang akan tewas. Jika peralatan memancing kuat, maka ikan akan tewas tetapi jika ikan lebih kuat makan peralatan pancing yang tewas dulu.
Peralatan pancing itu pula terbahagi kepada beberapa bahagian seperti kekili, joran, tali, kili dan mata kail. Jika kekuatan peralatan ini tidak seimbang maka salah satu daripadanya akan tewas ketika bertarung.
Dalam kes saudara ini terbukti mata tiga itulah titik yang paling lemah. Justeru itulah ia melurus. Namun saudara masih beruntung kerana hanya mata kail yang melurus dan ikan pun berjaya didaratkan.
Boleh tak admin terangkan kepada saya cara-cara untuk menjaga peralatan pancing supaya tahan lama? Maksud saya mampu bertahan elok untuk yang lama sehingga 10 atau 20 tahun. Sebabnya saya tengok set saya baru dua tiga tahun dah ada yang rosak.
JAWAPAN:
Apa saja peralatan pasti ada tempoh masa kegunaannya. Begitu jugalah alatan pancing. Namun ia masih mampu bertahan lama jika kita tahu mengguna dan menjaganya dengan baik. Bagi penjagaan alatan pancing termasuk alatan terminal amat penting untuk jangka hayat yang panjang.
Secara asasnya, penjagaan perlu dibuat setiap kali selepas anda memancing terutama di kawasan air masin. Pastikan set pancing dibilas dengan air tawar termasuk tali dan cincin rod. Selain itu, pastikan anda membuat servis kekili anda secara berkala iaitu menambah minyak dan gris apabila merasakan kayuhan sudah tidak lancar.
Satu perkara lain yang jarang pemancing teliti ialah kesesuaian padang pancing dengan alatan pancing yang digunakan. Sekiranya kita memancing di laut contohnya, pastikan alatan pancing khusus untuk kegunaan air masin. Tidak kiralah sama ada kekili, joran atau peralatan lain.
Sekiranya kita tidak memancing untuk satu tempoh yang panjang, pastikan barangan pancing yang disimpan itu telah dibersihkan sepenuhnya. Apa saja kekotoran yang melekat pada barangan pancing akan menyebabkan ia terdedah pada kerosakan apatah lagi jika dibiarkan untuk tempoh yang lama tanpa digunakan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...