Soal Jawab Memancing – Ikatan Mata Khas Untuk Ikan Berparuh?

Share

 

SOALAN:

Ada tak ikatan khas untuk memancing ikan jenis berparuh seperti layaran atau marlin, admin? Saya tengah plan untuk try mancing ikan layaran tak lama lagi ni.

 

JAWAPAN:

Bagi pancingan ikan trofi seperti layaran atau mersuji dari keluarga billfish (ikan berparuh), ada banyak jenis ikatan yang boleh anda buat seperti nail loop knot, loop knot, Rapala knot, buffer loop knot atau Harrison’s loop knot.

 

Sekiranya anda perhatikan juga, ikatan-ikatan ini berkonsepkan loop atau mata kail yang bergerak bebas dalam simpulan gelendung. Konsep ini sebenarnya sangat bagus kerana ia berupaya memanjangkan jangka hayat ikan umpan hidup yang digunakan. Ikatan ini membolehkan umpan ikan hidup bergerak lebih bebas dan tidak banyak membebaninya.

 

Namun jika di Kuala Rompin, saya lebih gemar menggunakan ikatan Harrison’s knot pada mata kail ketika menggunakan teknik drifting belon. Seperti kita sedia maklum, ikan layaran di perairan ini adalah ikon kita dan wajib melepaskannya semula. Justeru penggunaan mata kail circle hook (mata lingkar) adalah diwajibkan, kerana ia mengurangkan kecederaan pada mulut ikan.

IKLAN