Soft plastic (SP) merupakan salah satu umpan tiruan atau gewang yang sudah lama bertapak di negara kita namun popularitinya tidaklah sehebat gewang replika ikan dan jig. Namun di negara barat ia merupakan umpan tiruan yang meluas penggunaannya sama ada pancingan air tawar mahupun air masin. Sementara di negara kita ia lebih banyak digunakan di arena pancingan air tawar sahaja.
Ads
Ia mungkin bersangkut paut dengan gaya pancingan dan ikan sasaran yang sesuai dipancing dengan penggunaan SP. Secara teknikalnya, soft plastik sangat berbeza jika dibandingkan dengan hard lure namun sangat efektif memikat ikan.
Ads
Dengan teknik yang betul, soft plastic dapat digayakan mirip dengan diet ikan pemangsa. Selain alunan lembut yang menggoda, modal yang diperlukan tidak terlalu tinggi dan soft plastik juga terbukti sebagai salah satu umpan yang terbaik.
Ads
Hari ini, ramai pemancing kita sudah menggemari dan faham cara penggunaan SP dan ia dipraktikkan dengan meluas khususnya penggemar spesies snakehead terutamanya haruan. Malah dengan keberkesanan SP ini memikat spesies haruan yang sebelum ini sinonim dengan penggunaan umpan alami seperti katak hidup membuatkan makin ramai pemburu haruan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Menghindari kemalangan di atas jalan air merupakan suatu yang penting kerana semakin ramai pengguna termasuk pemancing menggunakan kenderaan air seperti sampan, bot atau kapal. Lebih-lebih lagi membawa sendiri sampan atau bot di laluan air yang sibuk seperti kawasan selat pelabuhan yang sempit, atau suak-suak yang dipenuhi bot pemancing.
Situasi bot sesama bot
Tiga situasi umum di mana kapal atau bot akan sampai pada keputusan navigasi ketika mendekati satu sama lain sama ada berselisih, melintas dan memotong.
Peraturan berselisih
Jika meragui arah masing-masing, bertindaklah dengan melencong ke arah kanan. Tindakan ini akan menghindari masalah yang paling umum pertembungan dengan kapal.
Laluan air tidak seperti jalan raya yang memiliki lorong masing-masing. Oleh yang demikian, hanya dengan memutar kemudi ke arah kanan saja dapat mengelakkan kedua-dua bot bertembung.
Peraturan Melintas
Ketika dua kapal menyeberang di hadapan antara satu sama lain (umpama persimpangan jalan), kapal di sebelah kanan dianggap sebagai Stand-On Vessel (kekal haluan) dan kapal lainnya dianggap sebagai Give-Way-Vessel (kapal beri jalan).
Stand-On Vessel (kapal di sebelah kanan) akan terus berjalan lurus. Sementara Give-Way Vessel melakukan navigasi di sekitar kanan kapal lainnya.
Penggunaan hon juga digunakan jika perlu sebagai isyrat tambahan sebagaimana ketika berselisih.
Peraturan Memotong
Ketika melewati kapal di hadapan, bunyikan hon pendek untuk memberi isyarat keberadaan anda dan kemudian berikan jarak yang lebar dan lewati kapal di sebelah kanan jika memiliki ruang.
Jika navigasi tidak memungkinkan memotong di sebelah kanan, maka sekali lagi bunyikan hon dengan dua bunyi pendek dan memotong dengan meluaskan ruang di sebelah kiri.
(Catatan: Peraturan-peraturan ini khusus untuk dua kapal besar bertemu satu sama lain di atas air. Aturan berbeza untuk kapal lain yang lebih kecil seperti perahu layar.
Kapal yang lebih besar harus memberi laluan kepada bot lebih kecil untuk membuat pusingan dan melencong dari arah kapal kecil seperti bot memancing dan sebagainya)
Peraturan bunyi hon
Turn Starboard (belok ke kanan) – Hon pendek
Turn Port (belok kiri) – Dua kali hon pendek
Going Astern (backing up) – Tiga kali hon pendek
Danger (to warn other boats of hazard ahead) – Lima kali hon pendek
Backing up from Dock – Sekali hon panjang
Penanda Navigasi
Red Buoys (boya merah) – Tandai sisi kanan saluran saat menuju hulu atau kembali dari laut lepas.
Green Buoys (boya hijau) – Tandai sisi kiri saluran saat menuju hulu atau kembali dari laut lepas.
Non-Lateral Markers (usually on white buoy with orange lines) – Penanda bukan lateral (biasanya dengan boya putih dengan garis oren)
A square means information (things like fuel, or docks).
A diamond means danger and avoid that area (shallow or rocks).
A circle means controlled area, use caution (like a no-wake zone).
A diamond with a cross means exclusion area (no boats allowed).
Boleh tak admin buat sedikit huraian tentang pemilihan gewang untuk sebarau berdasarkan kesesuaiannya di kawasan air dalam, air cetek serta kepelbagaian lokasi padang pancing?
Asas utama menggewang ialah kita perlu mengenali spesies buruan. Sebarau yang diketahui mendiami sungai, empangan dan tasik boleh membesar sehingga 4 kilogram
(satu saiz yang jarang sebarau dapat mencapai tahap ini kerana masalah tangkapan berlebihan). Saiz yang lumrah diperdaya dengan gewang adalah 500gm hingga 1.5kg.
Untuk sebarau 200gm hingga 500gm, cuba gewang kecil 5cm atau dipanggil gewang mikro tanpa mengira jenama.
Set pancing aksi ringan paling sesuai digunakan. Perhatikan struktur tempat ikan bermain. Kalau air cetek, guna gewang selaman cetek atau permukaan manakala air dalam guna gewang selaman dalam seperti jenis minnor.
Warna gewang turut memainkan peranan terutama warna yang seakan ikan sasaran. Warna oren mendominasi pilihan pemancing kerana ia seakan warna anak toman/haruan.
Sebarau memang pantang melihat anak toman. Justeru, warna gewang oren, merah atau emas mudah dan cepat disambar mangsa.
Bagaimanapun warna kekuningan turut menarik minat sebarau asalkan kena pada tempat dan waktunya. Seni lontaran, gaya karauan dan halaju karaun gewang turut memainkan peranan meningkatkan sambaran.
Jangan terlalu banyak melontar secara blindcast kerana bimbang akan menakutkan ikan serta memberi impak terhadap minat ikan menerjah gewang.
Tetapi yang penting, kalau kita pergi trip memancing seboleh-bolehnya jangan hanya membawa satu gewang. Cuba bawa beberapa jenis dengan kombinasi dan warna berlainan.
Buat penilaian melalui pengalaman sendiri -cabang ilmu yang terbaik dari sumber yang kita boleh percayai 100%. Kalau cerita orang lain tentu lebih hebat dari apa yang sebenarnya berlaku.
Saya pernah diberitahu salah satu cara untuk melepaskan gewang yang tersangkut di dalam air jika tiada penyelamat gewang ialah dengan cara menjentik tali pancing.
Ada juga yang menyebutnya menjentik gewang. Saya tidak pasti sama ada admin pernah mendengar perkara ini perkara ini atau tidak, yang pasti cara ini tidak berkesan pada saya.
Apa pendapat admin?
JAWAPAN:
Sekiranya admin tidak memahami maksud teknik menjentik tali atau gewang sebagaimana yang dimaksudkan, sudah tentu admin menjentik dahi sendiri untuk memberikan pendapat.
Jika menurut kefahaman admin, sebagaimana yang dijelaskan juga teknik menjentik tali bagi melepaskan gewang yang tersangkut, hanyalah satu usaha atau ikhtiar sahaja.
Dalam erti kata lain ia bukanlah satu formula yang terbukti berkesan. Tapi elok juga admin jelaskan sedikit kaedah ini khusus untuk sesiapa yang belum memahaminya.
Apabila gewang tersangkut (melanggar objek di dalam air), pemancing perlulah menegangkan tali pancing, kemudian dengan menggunakan jari tarik tali (seperti menarik getah lastik atau seperti memetik gitar) dan lepaskan kembali.
Dengan cara demikian, leader yang digunakan akan bertindak seperti spring untuk menendang keluar mata kail yang tersangkut pada objek.
Namun terdapat beberapa perkara yang memungkinkan kaedah ini gagal. Pertama, ia pasti gagal untuk dilaksanakan jika menggunakan tali mono atau tangsi sepenuhnya.
Begitu juga jika menggunakan mata tunggal kerana lazimnya mata tunggal akan lebih solid benamannya pada objek.
Atau kita melakukan strike atau stroke yang kuat sewaktu gewang terlanggar objek atau reba kerana menyangkakannya ia disambar ikan.
Atau objek yang menyebabkan gewang tersangkut bukanlah reba pokok, sebaliknya objek lain yang sememangnya sulit untuk dilepaskan seperti pukat atau karung guni.
Admin sendiri pernah berhadapan dengan situasi dan mempratikkan kaedah ini dengan hasil yang berbeza. Ada yang berjaya dan tidak kurang juga yang terpaksa merelakan pemergian gewang kesayangan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...