Umumnya, ramai kaki pancing mengenali spesies belanak ini sebagai antara umpan yang efektif untuk memburu spesies predator seperti siakap dan kerapu. Namun, disebalik keberkesanan dijadikan umpan, mungkin ramai juga yang tidak tahu bahawa ikan belanak ini amat lazat untuk dijadikan hidangan di meja makan (terutama bagi yang bersaiz besar).
Ads
Mana taknya, dengan isi yang padat dan berlemak, pastinya ia mampu membuka selera sesiapa sahaja. Belanak sememangnya boleh dipancing tetapi untuk memburu spesies ini bukanlah mudah, terutama bagi spesies belanak bersaiz besar yang turut dikenali dengan nama tamok, jempul dan loban.
Ads
Spesies yang bersaiz besar ini dikatakan boleh mencapai berat sehingga 2 kilogram, malah mungkin ada yang lebih besar dari itu.
Berbalik kepada teknik pancingan ikan belanak atau jempul, tamok dan loban ini, ada beberapa tips yang telah dikongsikan oleh pemancing-pemancing yang sering menduga spesies ini. Untuk makluman lebih terperinci anda bolehlah layari laman web umpan.com.my.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Menggunakan perambut tangsi amat baik walaupun ikan merah gemar kawasan reba. Perambut yang kasar mampu menahan asakan barisan gigi halus di hadapan kerana kebanyakan tanda suka menelan umpan.
Tali berkuatan 15Ib sudah memadai dengan kekuatan perambut sekitar 30Ib. Menggunakan perambut yang lebih kasar adalah bertujuan untuk mengelakkan ia terputus semasa umpan dilarikan ke kawasan yang mempunyai halangan.
Jika menggunakan bot atau sampan, joran kelas menengah atau aksi berat diperlukan dengan tali berkekuatan 25Ib hingga 30Ib dan panjang joran disyorkan ialah diantara 5 hingga 6.5 kaki. Perambut monofilament yang disyorkan antara 40Ib hingga 50Ib dan panjang perambut dua kaki ke atas.
Hirisan ikan kembung tanpa tulang, udang dan hirisan sotong boleh digunakan sebagai alternatif. Ikan ini tidak begitu cerewet pasal umpan sehingga sotong pasar turut menjadi pilihan.
Umpan hidup juga berkesan pada waktu siang seperti anak gelama, belanak dan udang. Teknik memancing ikan ‘snapper’ tidaklah begitu sukar kerana spesies ini adalah pemburu yang gemar menyentap umpan secara tiba-tiba selepas mengulumnya buat seketika.
Jangan terlalu cepat membalas joran anda kerana pada masa ini umpan baru dicengkam oleh dua gigi taring yang tajam dan belum menelan lagi. Lazimnya merah kecil akan bermain dahulu sebelum menelan dan baru ia melarikan pancing selepas sedikit kejutan dibuat keatasnya.
Balas apabila larian kedua dimulakan iaitu agak-agak beberapa saat selepas ‘alarm’ berbunyi. Lepas itu gunakan panca indera dan segala kemahiran anda supaya ia tidak terlepas dari genggaman.
Masa yang paling sesuai ialah waktu malam kerana ketika ini ia keluar untuk memburu mangsa. Namun siang juga boleh digunakan untuk memancing spesies ini jika anda tahu dimana kawasan ia berehat dan bermain terutama di kawasan habitat yang telah disebutkan.
Di kawasan pantai Barat memancing ketika air mati paling sesuai disebabkan pengaruh arus yang tidak keterlaluan kerana fakta saya hanya berpandukan pengalaman memancing merah sepang hanya di sekitar Pulau Ketam.
Memancing merah sepang yang bersaiz sekilogram banyak tertumpu di kawasan muara dan jeti/jambatan yang mempunyai air yang agak dalam. Selebihnya di siang hari ialah waktu ketika pengusaha memberi makan ikan ternakan.
Ikan luar akan turut sama tertumpu di sekitar sangkar menunggu saki baki makanan yang jatuh. Menggunakan umpan udang hidup adalah paling efektif dan semasa air bunga pasang dan semasa air menyorong surut. Jika memancing dari kawasan tebing dan muara sungai, pilih kawasan yang bertanjung dan mempunyai tunggul kayu bakau tumbang.
DENGAN menggunakan sonar, pemancing boleh mengekplorasi lebih banyak lubuk. Tidak perlu lagi menunggu ikan datang untuk memakan umpan yang disuakan, sebaliknya anda terus menjejaki di mana ‘rumah’ atau ikan yang banyak berkumpul.
Bagi nelayan laut dalam, sonar, adalah alat terpenting bagi untuk mereka mencari rezeki. Perkataan sonar berasal daripada perkataan ‘Sound, Navigation, Ranging’ (bunyi, panduan dan jarak). Jadi alat yang menggunakan bateri ini akan memaparkan apa sahaja yang ada di bawah bot termasuk ikan dan struktur muka bumi di bawah sana.
Komponennya terdiri dari pemancar (transmiter), transduser, alat penerima dan skrin paparan. Apabila ia di pasang, signal elektrik voltan rendah dari transmiter akan ditukar kepada gelombang bunyi oleh tranduser dan dipancarkan ke dalam air. Gelombang bunyi akan terpantul balik ke permukaan apabila mengenai objek dalam air. Sekali lagi gelombang bunyi ini akan ditukar kepada signal elektrik oleh alat penerima seterusnya dihantar kepada skrin paparan sama ada dalam bentuk hitam putih atau warna (lebih mahal harganya).
Sonar akan sentiasa menghantar dan menerima isyarat berulang kali dalam setiap saat. Ini kemudian akan memberi gambaran secara terus menerus pada skrin selagi pancaran bunyi dan signal elektrik tidak terganggu. Apa saja yang menghalang gelombang bunyi di dalam air akan dipaparkan pada skrin termasuk kedalaman air semasa.
Objek yang menghalang gelombang bunyi di pertengahan air sering diertikan sebagai ikan atau mungkin sampah dan sebagainya. Sonar berprestasi tinggi, merangkumi empat elemen penting iaitu pemancar berkuasa tinggi, transduser yang cekap, alat penerima sensitif dan skrin paparan beresolusi tinggi.
Di pasaran ketika ini terdapat pelbagai model dan terpulang kepada bajet anda. Bermula dari ratusan ringgit hingga mencecah ribuan ringgit. Ada yang berjenama, tidak kurang juga yang jenama ‘cap ayam’. Pendek kata lagi mahal harganya, lebih tepat dan jelas kualiti paparannya serta terdapat fungsi lain yang disertakannya.
Memancing di atas sampan atau bot (mengebot) memang mempunyai kelebihannya yang tersendiri.
Khususnya kepada kaki pancing terutama jika mahu meneroka lubuk yang lebih berpotensi tidak kiralah ditengah laut, tasik mahupun sungai.
Tetapi harus diingat, biarpun ada kelebihan memancing di atas bot, namun risiko terdedah kepada bahaya juga amat tinggi.
Berikut merupakan beberapa langkah keselamatan yang boleh diambil kira ketika memancing di atas bot:
Jaket keselamatan
Sentiasa memakai jaket keselamatan yang diikat kemas pada badan (jangan hanya menyarung pada badan tanpa mengikatnya).
Dan pastikan juga jika menggunakan jaket keselamatan berkenaan mampu mengapungkan berat anda, tidak kira jenis jaket keselamatan yang digunakan.
Minyak ekstra
Jika anda memiliki bot dan enjin sendiri, pastikan bot dan enjin berada dalam keadaan baik sebelum keluar memancing.
Begitu juga jika anda adalah seorang tekong. Jangan abaikan perkara ini. Juga pastikan kelengkapan peralatan membaiki dan minyak tambahan mencukupi.
Jaga mulut
Jaga adab dan tutur kata ketika memancing di tengah laut mahupun kawasan terpencil di sungai pergunungan.
Yang penting sekali mulut jangan CABUL! Kecuali korang memancing seorang diri.
Ribut
Waspada terhadap ancaman ribut. Jika boleh, tamatkan trip atau cari kawasan berlindung dengan segera sebelum ribut melanda.
Lampu suluh
Bawalah lampu suluh walaupun tidak bercadang untuk pulang lewat petang atau malam. Ia umpama sediakan payung sebelum hujan kerana tiada siapa yang dapat menjangkakan apa yang bakal berlaku.
Tunggul
Sentiasa waspada terhadap tunggul kayu atau kayu balak hanyut tidak kiralah di sungai atau laut. Banyak kejadian sampan terbalik gara-gara melanggar kayu hanyut.
Ribut petir
Elakkan memegang joran ketika hujan lebat atau ribut petir untuk elakkan risiko daripada terkena renjatan elektrik. Barang-barang elektronik pada bot juga boleh terjejas jika joran disambar kilat.
Jangan gelojoh
Untuk casting di dalam bot, adalah lebih baik jika pemancing bertolak ansur untuk cast dan harus sentiasa memastikan jarak yang selamat sebelum melontar gewang.
Casting di atas sampan merupakan risiko paling tinggi terkena mata tiga gewang.
Peti perubatan
Bawa peti keselamatan yang lengkap dengan ubat-ubatan dan sewaktu dengannya. Kemalangan sememangnya tidak berbau.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...