SOALAN:

Sudah lama saya perhatikan joran pancing mempunyai bilangan cincin yang berbeza. Ada joran yang banyak cincin dan ada yang sedikit bilangannya. Ada juga saya lihat pemancing ubah suai joran dengan meletakkan hingga lebih 10 cincin pada joran baitcasting mereka. Boleh tak admin jelaskan berapa banyak bilangan cincin yang sesuatu untuk joran?

 

JAWAPAN:

IKLAN

Terlebih dahulu elok juga kita tahu fungsi cincin pada joran. Tujuan utama cincin utama (guide) pada joran adalah untuk mengelakkan tali pancing dari terkena atau tergesel pada batang joran semasa lontaran yang akan menyebabkan kurang jarak balingan serta kemungkinan terputus tali semasa balingan.

 

Begitu juga semasa melawan ikan ia mengurangkan geseran pada tali dan membantu lenggokan joran. Ini diperlukan sekiranya kita hendak mengurangkan geseran yang akan menghindarkan jarak semasa casting dan semasa melawan ikan.

IKLAN

 

Satu lagi fungsi cincin utama (guide) pada joran adalah ia berfungsi sebagaimana laras dalam senapang di mana ia dapat membantu hala tuju ketepatan gewang kita (di sinilah di mana kita perlu menambah cincin sekiranya perlu). Tapi saya rasa kebanyakan joran yang berjenama mampu memberi ketepatan tanpa menambah cincin.

IKLAN

 

Terdapat juga beberapa jenis cincin yang menyalut di gelenggang cincin utama (guide). Jenis salutan ini adalah dari besi, seramik, SIC, ‘rollers’ dan lain lagi yang membantu mengurangkan haba yang berlaku semasa geseran yang terjadinya apabila kita bergelut tarik menarik dengan ikan.

 

Cincin juga membantu memberi rangsangan pada joran kepada pemancing semasa ikan makan umpan serta mampu menambah jarak balingan sekiranya cincin yang digunakan dengan itu dari jenis yang ringan serta bermutu. Dan kesimpulan lain pula, semakin banyak cincin pada joran maka ia akan menambah kekuatan pada joran tersebut.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI