Soal Jawab Memancing –Bagaimana Nak Tahu Kekuatan & Aksi Rod Pancing??

Share

 

Setiap rod atau joran pancing biasanya akan dicatatkan aksi dan kekuatannya oleh pengilang. Oleh boleh dilihat daripada nombor kekuatan yang diberikan, kita boleh mengagak jenis aksi joran terbabit.

Contoh, jika joran memaparkan kekuatan 20Ib-30Ib maknanya kekuatan joran adalah dari 20lb di bahagian hujung (tip) hingga maksimum 30lb di pangkal joran.

 

Kalau perbezaan kekuatan tidak ketara antara 20lb hingga 30lb, joran ini adalah joran aksi perlahan dengan lenturan parabolik. Sebaliknya, jika kekuatan dipaparkan ialah 8Ib – 30Ib maknanya joran ini adalah aksi cepat dengan lenturan tertumpu di bahagian hujung terlebih dulu.

 

Semakin besar jurang perbezaan kekuatan yang dipamerkan pada sebatang joran bermakna joran berkenaan memiliki aksi cepat dan sebaliknya. Aksi ‘ultralight’ pula merujuk kepada joran kecil seperti joran udang yang kekuatannya daripada 2lb hingga 8lb Status ‘heavy action’ pula merujuk kepada joran berkekuatan melebihi 80lb atau minimum aksi hujung dengan 50lb.

 

IKLAN