Admin akui bagi sesetengah malah ramai juga para pemancing yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang spesies ikan kuku. Terutamanya pemancing di sebelah pantai barat Semenanjung kerana spesies ikan kuku ini lebih mudah ditemui di pantai timur serta di Borneo.
Ads
Sementara pemancing di pantai timur semenanjung juga pula tidak ramai yang terlibat dengan aktiviti memancing ikan yang berhabitat di kawasan berbatu atau berstruktur di pesisiran pantai dan muara. Untuk penjelasan tentang ikan kuku, anda boleh layari laman web Umpan.
Ads
Untuk memancing ikan kuku ini kita perlulah tahu diet pemakanannya. Ikan kuku menjadikan krustasia dan sesiput antara makanan utamanya. Jika perhati barisan gigi ikan kuku maka kita akan percaya kenapa ikan ini menjadikan siput teritip sebagai makanannya.
Waktu terbaik memancing ikan kuku ialah ketika air bergerak pasang. Oleh yang demikian, carilah lubuk berstruktur atau berbatu yang berpotensi akan menjadi kawasan ikan kuku berlegar mencari makanan apabila ditenggelami air pasang.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Tahniah kerana berani dan tidak malu untuk bertanya. Ia adalah satu pembelajaran yang bagus untuk anda menaikkan ilmu dalam arena memancing ini.
Situasi yang anda alami sebenarnya dialami oleh ramai pemancing. Dan saya memahaminya dengan amat jelas situasi tersebut.
Dalam pancingan haruan terutamanya mengilat atau casting menggunakan umpan hidup (katak) dan gewang, situasi di mana haruan menyambar umpan ketika ia sudah hampir tiba ke pemancing adalah sesuatu yang lumrah.
Dalam soal ini, sedikit kesulitan sekiranya menggunakan umpan katak berbanding gewang. Jika menggunakan gewang, sentapan atau strike boleh dilakukan secara terus. Sebaliknya jika menggunakan umpan katak, kejadian rabut atau tidak lekat sering berlaku.
Bagi mengatasi masalah ini, sebaiknya dibiarkan beberapa saat sebelum melakukan sentapan. Caranya ialah dengan memberi tali terlebih dahulu.
Bila mendapati ada pergerakan tali keluar dari kekili barulah melakukan sentapan. Dan bagi mengelakkan kejadian rabut dan mata kail terpelanting ke arah pemancing maka lakukan sentapan ke arah sisi badan.
Jika mata kail terpelanting sekalipun ia tidak akan mengenai mana-mana anggota badan pemancing.
Sebaiknya amalkan teknik strike ke arah sisi badan dalam apa juga keadaan sekali pun kerana ia adalah lebih selamat.
Sesetengah peminat dan pemancing teknik ini dianggap lebih moden kerana tiada pengunaan umpan alami sama sekali. Anda tidak perlu risau mengenai kesegaran umpan serta jenis umpan tersebut.
Yang perlu ialah semangat, kombinasi peralatan yang sesuai serta pelbagai set umpan tiruan yang beraneka rupa, jenama, jenis dan tentunya harga. Kalau hanya satu gewang sahaja yang dibawa anda dikira belum digelar caster atau jigger tegar.
Selain itu skill dan kemahiran mengendalikan gewang bermata tiga ini perlu dipertingkatkan agar kes tersangkut pada anggota badan pemancing lain dapat dihindarkan. Tak sanggup rasanya untuk bayangkan mata tiga popper tersangkut pada bahagian kepala!
Gerepoh banyak diburu dengan teknik moden ini ketika air besar iaitu 26hb hingga 4hb Hijrah dan 13hb hingga 18hb Hijrah. Waktu ini air akan pasang awal pagi dan waktu petang di mana GT akan meronda di kawasan tepian batu atau pulau tatkala air pasang.
Teknik casting gewang serta menunda adalah paling efektif. Ringkasan di sini ialah pengaruh dan faktor cahaya bulan juga perlu dirujuk jika inginkan hasil yang lebih positif. Paling mudah ketika waktu bulan gelap.
Jika anda berminat untuk GT saiz yang lebih besar melalui teknik pancingan asas, dapatkan anak ikan tetanda saiz setengah kg, mata kail 5/0 hingga 10/0 (pakai 2 mata) dengan perambut 100Ib dan dilengkapi dengan wayar atau kabel 7X7 pada bahagian hadapan perambut.
Saya syorkan jenis ini kerana ia lembut dan mudah diikat. Hanyutkan anak tetanda tanpa pemberat terutama di kawasan tebing pulau dengan kedalaman air 30 meter.
Selain itu umpan yang biasa juga digunakan ialah kombinasi sotong cumit segar, kembong, ikan terbang, pelaling, selayang serta tamban. Jenis umpan segar terutama untuk yang hidup mudah diperoleh dengan teknik apollo serta disauk pada waktu malam.
Pasific seabream turut dikenali dengan nama black bream, goldsilk seabream, picnic seabream dan juga pikey black bream. Ia dikelaskan dalam kumpulan nama sea bream atau porgies. Dikhususkan dalam keluarga Sparidae, dalam genus Acanthopagrus dan dengan nama spesies Acanthopagrus pacificus.
Ia juga merupakan spesies ikan yang berpopulasi tinggi di kebanyakan muara Australia. Spesies yang berkembang biak ini tidak menjadi sasaran penangkapan secara meluas oleh para nelayan dan kurang dieksploitasikan dalam sukan perikanan rekreasi.
Spesies marin air cetek ini dipercayai bermigrasi ke muara-muara dari Mei hingga September untuk bertelur dan waktu puncak musim bertelur berlaku dari Julai hingga Ogos. Spesimen terbesar yang pernah direkodkan sepanjang 35 cm namun ia mampu membesar sehingga 60-70 cm.
Ikan kuku boleh ditemui perairan air payau, muara dan teluk, kuala sungai dan kadangkala memasuki bahagian air payau sehingga sempadan air tawar. Ikan kuku juvenil mendiami teluk dan muara yang berstruktur sebagai perlindungan. Lazimnya ikan kuku bergerak secara solo atau berkumpulan kecil namun akan bermigrasi dalam kumpulan yang besar.
Begitu juga di Malaysia, spesies kuku ini tidak diburu secara komersial oleh nelayan dan aktiviti perikanan rekreasi juga tidak meluas. Malah boleh dikatakan ramai pemancing kurang mengenalinya apatah lagi menjadikan ikan kuku sebagai spesies sasaran dalam aktiviti memancing. Hakikatnya, dengan memahami habitat dan tabiat pemakanannya, pancngan ikan kuku boleh menjadi satu aktiviti memancing yang menyeronokkan.
Berikutan habitatnya yang kurang gemar berada di kawasan terbuka sebaliknya lebih banyak ditemui di kawasan berstruktur seperti kawasan berbatu dan tukun, kawasan pesisir pantai bertambak dan muka kuala merupakan kawasan terbaik untuk memancing spesies ini.
Ikan kuku atau Pasific seabream juga adalah spesies dengan tabiat pemakanan pengutip dasar dan menyambar. Udang, ketam dan ikan yang turut menjadi dietnya amat sesuai digunakan sebagai umpan.
Dari aspek teknikal memancing pula, ikan kuku boleh dipancing dengan teknik dasar serta apungan hanyut. Berikutan sifatnya yang gemar mendiami kawasan berstruktur, kelengkapan peralatan memancing haruslah tahan lasak dan kurang risiko sangkut pada sebarang struktur terutamanya batu berteritip.
Begitu juga dengan tindak balas pemancing apabila umpan diragut oleh spesies kuku ini. Respon yang lambat dari pemancing akan berhadapan dengan kegagalan kerana ikan kuku akan segera melarikan diri ke kawasan berbatu atau reba apabila tertancap mata kail.
Seperkara lainnya, ikan kuku turut berkongsi habitat dengan spesies lain seperti siakap merah dan tetanda. Maka melalui aktiviti memancing ikan kuku anda juga berpeluang untuk mendaratkan spesies yang lebih bernilai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...