Soalan:

Apakah nisbah kiraan yang sesuai untuk seimbangkan sambungan tali utama (braided) dengan leader.

Bolehkah saya menggunakan tali tangsi biasa sebagai leader untuk memancing laut dalam?

 

Jawapan:

IKLAN

Sebenarnya tiada nisbah kiraan yang tetap bagi sambungan tali utama (braided) dengan leader atau perambut.

Tidak kiralah ia untuk kegunaan casting, jigging ataupun bottom fishing. Apa yang penting ialah pemilihan ketebalan serta kekuatan pada tali leader tersebut.

Sekiranya tali leader itu terlampau tebal maka jarak balingan akan berkurangan dan sekiranya pilihan tali leader itu terlampau nipis mungkin terputus apabila menggunakan gewang terlampau berat dan sebagainya.

IKLAN

 

Bagi saya nisbah yang saya pakai adalah maksimum dua kali berat tali utama. Misalnya saya menggunakan sambungan tali leader 30 lb untuk casting ikan di darat serta muara sungai dengan tali sulam 15 lb.

Dan ia bergantung juga kepada rintangan dan halangan di padang pancing tersebut. Jika tiada banyak halangan, ada kalanya saya menggunakan tali utama 15 lb dengan leader 20 lb sahaja.

IKLAN

Manakala untuk aktiviti memancing yang lebih lasak seperti popping GT, saya sepadankan  leader 80-100 lb dengan tali utama braided 50 lb.

 

Bagi soalan bolehkah saya menggunakan tali tangsi biasa semasa memancing di laut jawabnya memang boleh tetapi carilah tali yang kuat dan kurang meregang (low strech).

Namun sebaik-baiknya gunalah leader dari jenis fluoroucarbon sebagai perambut. Walaupun ia agak mahal berbanding tali tangsi biasa namun fungsinya jauh lebih bagus dan berkesan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI