SOALAN:

 

Saya masih baru dalam dunia casting gewang. Jadi saya mohon penjelasan tentang perbezaan antara gewang selaman cetek dan selaman dalam? Terutama dari segi penggunaannya. Bila masa nak guna gewang selam cetek dan selam dalam.

 

JAWAPAN:

 

Paling mudah untuk mengetahui spesifikasi sesuatu jenis gewang adalah dengan cara melihat corak bip atau lidahnya. Tahap atau status selaman sesuatu gewang bergantung kepada reka bentuk lidah gewang.

IKLAN

 

Soal Jawab Mancing – Mohon Pencerahan Kegunaan Gewang Selaman Cetek Dan Dalam?

 

Jika lidah gewang besar dan menirus 30 darjah ke bawah bermakna ia adalah selaman dalam.  Semakin besar atau panjang lidah gewang bermakna semakin dalam renangannya.

 

IKLAN

Bagi selaman cetek, saiz lidah adalah kecil dan menegak ke bawah sehingga 80 darjah. Kadangkala ia berbentuk `L’ kecil. Lazimnya spesifikasi gewang ini tertera pada kotak pembungkus. Deep runner membawa maksud selaman dalam dan shallow runner pula membawa maksud selaman cetek.

 

Soal Jawab Mancing – Mohon Pencerahan Kegunaan Gewang Selaman Cetek Dan Dalam?

 

IKLAN

Sementara bagi fungsi kegunaan ini pula merujuk kepada kedalaman air. Bagi gewang selaman cetek, ia boleh digunakan digunakan di kedua-dua paras kedalaman air. Ia berfungsi untuk memikat pemangsa yang mencari makan di pertengahan air atau di bawah permukaan air.

 

Manakala gewang selaman dalam hanya sesuai digunaikan di kawasan air yang dalam. Sekiranya ia digunakan di perairan yang cetek maka ia menyodok dasar atau tersekat. Jika menyasarkan pemangsa yang mencari makan di dasar air maka gewang selaman adalah pilihan yang tepat.

 

Soal Jawab Mancing – Mohon Pencerahan Kegunaan Gewang Selaman Cetek Dan Dalam?

 

Namun, kebanyakan dasar perairan negara kita dipenuhi dengan struktur atau objek yang akan menjadi halangan kepada selaman gewang. Atau dalam erti kata lain gewang tersebut akan mudah tersangkut.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI