SOALAN:

 

Saya ada dua soalan untuk ditanya pada admin. Satu, sesuai atau tidak memancing dengan teknik pelampung menggunakan umpan hidup seperti tamban atau selar kuning? Jika tidak sesuai, teknik memancing apa yang sesuai untuk memancing pada waktu malam? Kedua, boleh atau tidak teknik jigging yang selalunya dilakukan pada waktu siang dilakukan pada waktu malam?

 

Soal Jawab Mancing – Kaedah Mancing Terbaik Waktu Malam?

 

JAWAPAN:

 

Memancing pada waktu malam merupakan satu kaedah yang amat saya gemari kerana lazimnya ikan-ikan monster lebih aktif pada waktu malam dan seperkara lagi, cuaca pada waktu malam lebih nyaman berbanding waktu siang. Begitu pun, ada empat kaedah atau teknik yang boleh dipraktikan untuk pancingan malam.

 

Soal Jawab Mancing – Kaedah Mancing Terbaik Waktu Malam?

 

Satu, memancing dengan menggunakan teknik apung iaitu dengan penggunaan belon, styrofoam atau pelampung memancing komersial. Memancing cara ini di laut dengan menggunakan ikan atau sotong selalunya kita akan dapat ikan seperti ikan aruan tasik, alu-alu, tenggiri, gerepoh dan banyak lagi terutamanya sekiranya kita melepaskan umpan anda lebih kurang 3-5 meter di luar kawasan cahaya lampu bot anda.

 

Kedua, memancing dengan menggunakan teknik layang (drift), di mana sebiji batu ladung kecil bersaiz nombor 2 atau 3 dipasang lebih kurang 3-4 meter dari umpan seekor ikan atau sotong.

 

Soal Jawab Mancing – Kaedah Mancing Terbaik Waktu Malam?

 

Tali utama kemudian dilepaskan lebih kurang 30-40 meter. Cara ini adalah untuk memancing di kawasan pertengahan air untuk mencari ikan gerepoh, tenggiri, ebek dan pelbagai lagi ikan sukan yang meronda kawasan pertengahan air.

 

Ketiga, teknik jigging sememangnya efektif pada waktu malam. Saya juga suka jigging pada waktu malam di mana saya selalu menggunakan jig jenis lut sinar atau luminous. Cara pergerakan mengarau perlulah pantas atau separa pantas.

 

Soal Jawab Mancing – Kaedah Mancing Terbaik Waktu Malam?

 

Keempat, satu lagi cara memancing adalah memancing dasar dengan menggunakan tanduk di mana batu ladung dibiarkan mencecah dasar laut dan diangkat lebih kurang 1 ke 2 kaki dari dasar. Sekiranya memancing ikan jenahak saya selalunya membiarkan batu ladung mencecah dasar terus. Tali perambut pula lebih kurang 1-3 meter panjang.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI