SOALAN:

Saya ada terlihat reel dengan drag maksima 14kg! Kalau tak silap saya la. Maknanya, kalau saya guna reel ni makna ia sesuai untuk tarik ikan bersaiz 14 kg dan ke bawah atau macam mana?

 

JAWAPAN:

Sistem tegangan (drag system) yang terdapat pada kekili berfungsi memberi tekanan maksima (pressure) kepada ikan agar ia letih dan mengurangkan pecutannya.

Dengan itu ia dapat menyelamatkan tali pancing dari keluar sepenuhnya dari gelendung dan menjimatkan tenaga pemancing juga.

 

Ia tidak bermakna had berat ikan tangkapan, tetapi tekanan yang kita dapat letakkan pada ikan supaya ia cepat letih dan senang mengawalnya.

IKLAN

Sistem tegangan ini perlu disiap sediakan sebelum kita mula memancing dan diperiksa dari semasa ke semasa .

 

Cara untuk siap sedianya adalah dengan menarik tali utama yang disiapkan bersama kekili dan joran dengan penggunaan mesin pemberat yang diikat atau sambung pada mesin pemberat pada tegangan yang di perlukan.

Seorang untuk memegang joran dan seorang lagi untuk mengangkat joran sehingga berat tegangan dicapai.

 

IKLAN

Perlu diingatkan juga berat tegangan tali perambut serta tali utama mestilah melebihi 20% dari berat tegangan yang disiapkan sediakan.

 

Secara ringkas pengertian maksima drag:

Keadaan spool pada kekili dikunci habis, kemudian talinya dipaksa keluar dan dalam berapa tarikan maksimasehingga menyebabkan spool itu berputar.

Maksudnya, jika kekili yang mempunyai max drag 14 kg, bererti spool dimatikan kemudian jika talinya ditarik dengan kekuatan di bawah 14 kg maka spool tidak bergerak tetapi jika lebih dari 14 kg makanya spoolnya bergerak.

IKLAN

 

Max drag boleh dikatakan berfungsi dan juga boleh dikatakan tidak berfungsi tergantung pada penilaian kita masing-masing. Biasanya reel dikelaskan berdasarkan beberapa siri.

Umumnya adalah : Siri 1000 = 2.5kg, 2500 = 4 kg, 5000 = 5 kg, 6000 = 5 kg, 8000 = 8 kg, 10000 = 8 kg. Ini adalah umum bukannya kemestian.

Tetapi kebanyakan kekili mempunyai max drag sebagai demikian kecuali reel yang di design untuk kekuatan drag yang benar benar tinggi.

 

Lazimnya orang selalu cakap, kekili yang mempunyai max drag yang lebih tinggi maka lebih bagus reel atau kekili tersebut.

Namun saya tidak berpendapat sedemikian. Apa yang penting sebenarnya adalah keseimbangan. Ia bergantu kepada ikan jenis apa yang hendak dipancing.

Contohnya, jika korang menggunakan kekili dengan kekuatan drag 14 kg, padahal hanya untuk memancing di kolam tilapia, rasanya tidak perlulah guna kekili macam tu.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI