Saya masih baru belajar mancing di laut dan setahu saya, ikan tamban dan selar cukup popular dijadikan umpan memancing jika memancing di kelong. Soalan saya ialah ada tak ikan lain yang boleh dijadikan umpan jika kita memancing di laut lepas?
Ads
JAWAPAN:
Ikan-ikan pelagik seperti tamban, selar, selayang sememangnya sinonim dan banyak digunakan sebagai umpan di kalangan kaki pancing. Ia diguna secara meluas sama ada pancingan di pesisir pantai atau di laut dalam. Namun beberapa spesies ikan kecil lain yang dipancing juga boleh dijadikan umpan yang mujarab.
Ads
Spesies ikan demersal (ikan dasar) yang dipancing boleh dibuat umpan ialah ikan gelama dan bebolos. Dua spesies ikan ini sangat sesuai dan popular untuk dijadikan umpan pari dan senangin bagi pancingan pesisir pantai.
Ads
Caranya, ikan ini boleh digunakan seekor ataupun boleh menggunakan hirisan isinya yang dicangkuk pada mata kail. Saya sendiri pernah menggunakan umpan hirisan ikan belanak dan ia amat efektif dan lambat habis sekiranya digetu ikan kecil, kerana isinya yang agak liat.
Selain itu ikan-ikan bersaiz besar seperti tongkol atau ikan parang juga boleh dijadikan umpan. Ia boleh digunakan secara seekor atau dijadikan hirisan. Apa yang penting kesemua ikan ini haruslah dalam keadaan segar jika ingin dijadikan umpan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Aku ada kemusykilan sikit ni admin. Aku memang minat casting jadi banyaklah gewang dah aku kumpul. Masalahnya, boleh ke gewang yang biasa aku casting sebarau toman peacock bass ni digunakan casting kat perairan air masin?
Betul ke semua gewang boleh digunakan untuk casting air tawar dan air masin ataupun terdapat gewang yang khas untuk perairan air masin sahaja?
JAWAPAN:
Boleh… sebenarnya semua gewang boleh digunakan untuk memancing di air masin dan tawar! Apa yang jadi tak boleh adalah sikap dan persepsi kita sendiri. Kita sendiri yang mewujudkan sempadannya dan mengkelasifikasikan gewang tersebut.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, semua gewang dicipta untuk menarik perhatian ikan bagi melihat,mendengar atau merasai pergerakan gewang tersebut. Oleh demikian ia boleh digunakan di mana-mana pun. Cuma, penggunaan gewang tersebut haruslah realistik dengan spefisikasi sesuatu gewang.
Contohnya, jika kita hendak casting ikan jenahak yang merupakan ikan demersal yang mencari makan di dasar, sudah pastinya kita janganlah menggunakan gewang permukaan atau selaman cetek. Gewang selaman dalam atau sinking crankbait yang biasa digunakan untuk target sebarau dan toman pun boleh digunakan.
Seperkara lain yang perlu diambil perhatian adalah mata kail yang digunakan pada gewang tersebut yang mungkin perlu ditukar sekiranya hendak digunakan di kawasan air masin. Mata kail yang ada pada gewang yang berwarna perak adalah untuk air masin dan tawar manakala warna coklat atau gelap adalah hanya untuk air tawar ini pun sebab karat sahaja.
Saya sering memancing di kuala sungai atau muara dan saya selalu berdepan masalah dengan ikan buntal yang suka sangat memotong tali pancing saya. Saya tau memang itu kerja si buntal. Admin ada sebarang tip bagi mengelakkan ikan buntal memotong tali pancing? Saya dah rasa tekanan sangat dah ni.
JAWAPAN:
Jika disenaraikan musuh-musuh pemancing maka ikan buntal akan tersenarai sebagai musuh nombor satu pemancing. Bagaikan ada sumpahan antara pemancing dengan ikan buntal, gangguan ini tidak pernah terhenti sehingga kini.
Ikan buntal merupakan spesies ikan yang amat memeningkan kepala ramai pemancing termasuklah admin sendiri. Sehingga kini admin masih lagi mencari sebab utama kenapa si buntal ni suka sangat memotong tali pancing. Kelakuannya tak ubah seperti penguatkuasa di dalam air.
Admin masih tertanya-tanya adakah disebabkan oleh warna tali pancing, gerakannya di dalam air atau disebabkan bunyi yang dihasilkannya. Walau bagaimana pun hanya satu cara sahaja untuk mengelakkan ini berlaku iaitu dengan menggunakan tali pancing dari jenis tali sulam (braided).
Ketika saya memancing di kuala dan muara sungai sama ada memancing ikan atau udang galah, sememangnya kerap berlaku di mana tali pancing (tali tangsi atau mono) dipotong begitu sahaja tanpa sebab.
Namun apabila menggantikan tali tangsi dengan tali sulam, perkara tersebut tidak lagi berlaku. Jadi, anda dinasihatkan menggunakan tali sulam bagi mengatasi tekanan yang dialami itu.
Sekiranya kita akan bermusafir, adakah wajib ke atas kita berpuasa?
JAWAPAN:
“Dan sesiapa yang SAKIT atau dalam MUSAFIR maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain.”
(Surah al-Baqarah, ayat 2:185)
➡ Disyaratkan hendaklah musafir itu kerana suatu perkara yang mubah, bukan maksiat, atau pun menolong suatu perbuatan maksiat.
➡ Disyaratkan juga hendalah musafir itu bermula sebelum terbitnya fajar sadiq.
➡ Jika dia berpuasa dalam keadaan bermukim, lalu dia musafir pada siang harinya, maka haram baginya untuk berbuka telah disyariatkan ke atasnya untuk berpuasa, melainkan jika berlaku darurat seperti sakit.
(Tau ke korang? Nabi Muhammad SAW pernah tidak berpuasa ketika bermusafir)
“Jika engkau berbuka maka itu adalah rukhsah daripada Allah, dan jika engkau berpuasa maka itu lebih afdal.”
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...