SOALAN:

 

Boleh tak admin tanya kata mana-mana ustaz tentang hukum menjalankan perniagaan kolam pancing berbayar? Saya rasa macam berminat nak buat bisnes ni.

 

JAWAPAN:

 

Dalam hadis Nabi SAW daripada Ibn Mas’ud r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah kamu jual ikan di dalam air, kerana ia adalah gharar.”

 

Apa yang dimaksudkan dengan gharar ialah transaksi yang tidak jelas hasilnya. Jual ikan dalam air, belum tentu berapa ekor dapat.

 

Soal Jawab Mancing – Hukum Buka Kolam Pancing Komersial?

IKLAN

 

Kalau beli ikan di pasar borong RM20, jelas berapa ekor dapat. Tapi beli ikan yang ada dalam air, belum tentu dapat seekor. Itulah maksud gharar, suatu yang tak jelas hasilnya.

 

Namun begitu, dalam konteks perniagaan memancing, caj yang dikenakan itu bukanlah untuk ikan, tetapi untuk ruang dan memancing, dan pengguna tahu dan sedar hal ini.

 

Caj juga dikenakan berasaskan tempoh masa, bukannya berapa ekor ikan yang diperoleh. Oleh itu, larangan jualan ikan di air tidak termasuk dalam konteks perniagaan kolam memancing.

 

Sekali pun begitu, unsur gharar masih wujud juga dalam perniagaan ini, kerana bagi seorang kaki pancing, mereka bukan sahaja mahu membayar untuk memancing, tetapi jika boleh mereka tetap mahu ikan dan hasil pancing.

IKLAN

 

Soal Jawab Mancing – Hukum Buka Kolam Pancing Komersial?

 

Dengan kata lain, jika tidak dapat ikan, mereka tetap rasa kecewa. Namun ini tidak bererti mereka menyesal membayar harga caj kolam memancing dan mereka tidak berkira sangat tentang hal ini.

 

Justeru, konteks gharar yang wujud dalam kes ini adalah gharar yang kecil. Dalam situasi lain, pengguna tidaklah berkira sangat jika dia dapat enam ekor, tapi kawannya dapat 10 ekor, walaupun cajnya sama, tapi jumlah ikan berbeza, pengguna umumnya tidak berkira.

 

Ini menunjukkan gharar yang wujud adalah kecil. Pada tahap ini, ia masih diharuskan kerana pengguna tidak merasa tertipu.

IKLAN

 

Untuk mengelakkan berlaku gharar yang besar, penyedia kolam perlulah sediakan jumlah ikan yang cukup.

 

Jika 20 orang memancing 5 jam, dan 20 orang itu tak dapat satu ekor pun ikan, mungkin ada yang tak kena dengan ikan-ikan dalam kolam itu, atau ikannya cuma ada 2-3 ekor sahaja.

 

Soal Jawab Mancing – Hukum Buka Kolam Pancing Komersial?

 

Jika majoriti pengguna rasa tertipu, maka dianggap wujudkan gharar yang dilarang oleh Nabi SAW dalam hadis di atas.

 

Kesimpulannya, perniagaan kolam memancing adalah harus, kerana caj yang dikenakan bukanlah kerana ikan, tetapi kerana ruang dan kemudahan yang disediakan. Namun penyedia perlulah sediakan ruang pancing yang munasabah pada anggapan pengunjung.

(Sumber: muamalat.my)

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI