Ads

Soal Jawab Mancing – Cara Mancing Di Lubuk Berbatu Dan Berkarang?

 

SOALAN:

 

Saya ingin tahu bagaimana caranya untuk memancing di tepi laut yang banyak karang dan kawasan berbatu. Khususnya teknik bagi mengelak batu ladung dari tersangkut?

 

JAWAPAN:

 

Pancingan di tepian berbatu dan karang adalah kawasan berpotensi menjinakkan ikan juga paling kerap tersangkut. Batu atau karang di situ menjadi kegemaran ikan berlindung dan memburu mangsa. Namun begitu, ia mendatangkan masalah kepada pemancing lebih-lebih lagi jika kita memancing dari tebing atau pantai.

Ads

 

Soal Jawab Mancing – Cara Mancing Di Lubuk Berbatu Dan Berkarang?

 

Masalah sangkut adalah lumrah di kawasan sebegini lebih-lebih lagi jika memancing dasar. Ia hampir tidak dapat dielakkan sepenuhnya jika kawasan batu itu ada karang dan teritip. Walaupun tiada jalan penyelesaian mutlak, pemancing boleh mengamalkan beberapa teknik bagi menewaskan ikan.

 

Ads

Gunakan teknik pancing apollo di mana ladung di bahagian bawah sekali. Jika tidak mahu kehilangan ikan, tangsi yang diikat pada ladung mesti lebih halus daripada perambut untuk mata kail dan tali utama.

 

Oleh kerana ladung mencecah dasar, peluang untuk ia sangkut adalah tinggi. Jika tersangkut, pemancing masih boleh menyelamatkan kail dan ikan kerana tali lebih halus bagi mengikat ladung, akan putus terlebih dulu. Berikutan harga ladung semakin mahal, guna bahan lain seperti batu dan skru terbuang sebagai ganti.

 

Ads

Teknik tanpa ladung juga sesuai jika kawasan itu lemah arusnya atau arus menolak ke arah laut. Umpan seperti isi ikan dipasang terus hingga menutupi seluruh mata kail dan di lontar ke sasaran.

 

Soal Jawab Mancing – Cara Mancing Di Lubuk Berbatu Dan Berkarang?

 

Umpan akan mengambil masa untuk sampai ke dasar. Ketika menjunam, umpan menjadi sasaran ikan dan pemancing perlu mengarau tali jika ada tanda sambaran yang biasanya berlaku pertengahan air dan kawasan di mana kadar sangkut mata kail adalah minimum.

 

Teknik menggunakan pelampung memerlukan pemancing bijak menentukan kedalaman air setempat. Untuk teknik ini jika umpan dapat dilabuhkan kira-kira 0.5 hingga 2meter dari dasar potensi sambaran adalah tinggi. Jika terlalu rendah atau jauh ke dasar kemungkinan sangkut pada karang.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan tip memancing, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Tak Kumpau Punya!

Buat Perkara Ini Jika Hujan Ketika Mancing

 Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...