Tanduk atau spreader rigs merupakan salah satu alatan terminal yang digunakan khususnya untuk pancingan dasar atau bottom, lazimnya bagi sesi pancingan laut dalam.
Ini bermakna tanduk amat penting sebagai sebahagian daripada aksesori lengkap peralatan pancing dan semasa memancing.
Ads
Biasanya tanduk diperbuat dengan pelbagai jenis dan bentuk serta material. Ada tanduk yuang diperbuat daripada besi tahan karat atau stainless steel, ada yang menggunakan bahan pvc atau getah, dan ada diperbuat daripada tanduk kerbau air yang asli!
Tanduk berfungsi untuk menghalang tali perambut dan umpan daripada terbelit pada tali sulam atau biasa disebut dengan istilah panjat pokok.
Ads
Sekiranya kejadian panjat pokok ini berlaku ia akan menyebabkan kita umpama menunggu buah yang tak gugur kerana ikan buruan pastiknya tidak berminat kepada umpan yang terbelit pada tali.
Ads
Selain itu tanduk juga dapat menghalang batu ladung daripada jadi terkubur dan menjadi batu karang.
Ini kerana jika tersangkut pada karang, perambut mata kail sahaja yang putus. Batu ladung malah tanduk juga masih selamat sekiranya tali utama yang menyambungkan tanduk tidak putus.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
SOALAN: Bolehkah jig dan gewang digunakan untuk memancing dari atas kelong, rumah rakit atau tepi sangkar ikan? Apakah warna gewang paling sesuai untuk menawan, sekali gus menewaskan siakap atau senangin di kawasan terbabit?
JAWAPAN:
Tiada masalah untuk anda cuba menggunakan jig atau gewang di kelong, rumah rakit atau sangkar ikan. Sebaliknya bukan saja boleh malah anda harus mencuba teknik pancingan ini apabila mengunjungi padang pancing sebegini. Selain gewang dan jig, anda juga boleh candat (egi) untuk mencandat sotong terutamanya sotong mengabang.
Namun penggunaan jig dan gewang selaman bergantung kepada kesesuaiannya dengan keadaan paras dan dasar air. Struktur di dalam juga perlu diperhatikan juga kerana jika banyak terdapat kalangan di dalam air ia akan menyebabkan risiko gewang atau jig tersangkut adalah tinggi.
Bagi penggunaan warna gewang pula, tiada warna khusus yang boleh diperkatakan kerana persembahan gewang dan persekitaran air turut memainkan peranan. Bagaimanapun, bagi siakap liar, warna biru boleh dikatakan antara warna yang paling popular.
Adalah bonus sekiranya, anda terlihat deburan air atau melihat ikan kecil seolah melarikan diri. Segeralah baling gewang setepat yang mungkin kerana ia petanda ikan besar dan di muara, prospek utamanya berkemungkinan besar adalah siakap.
Untuk senangin, anda boleh menggunakan jig kecil sama ada dengan cara cast jigging (menggunakan mikro jig) atau mengunjunnya dari atas sangkar (bergantung di manakah lokasi sangkar). Melalui kaedah ini, besar kemungkinan, spesies lain juga boleh dijerat seperti kerapu, baby GT, siakap merah yang mungkin berada di bawah tiang-tiang kelong atau rumah rakit.
Pengalaman penulis sendiri pernah menaikkan siakap liar dengan menggunakan spoon atau sesudu di tepi sangkar ikan. Di rumah rakit dan kelong pula penulis mendaratkan alu-alu dan kerapu menggunakan gewang. Dengan menggunakan mikro jig pula pernah mendaratkan ebek, senangin dan kerapu. Dan dengan menggunakan candat pula di kelong hampir semua jenis sotong sudah berjaya didaratkan.
Boleh tak admin ceritakan serba sedikit tentang ikan KUKU dan bagaimana cara untuk memancingnya?
JAWAPAN:
Admin akui bagi sesetengah malah ramai juga para pemancing yang tidak mengetahui lebih mendalam tentang spesies ikan kuku. Terutamanya pemancing di sebelah pantai barat Semenanjung kerana spesies ikan kuku ini lebih mudah ditemui di pantai timur serta di Borneo.
Sementara pemancing di pantai timur semenanjung juga pula tidak ramai yang terlibat dengan aktiviti memancing ikan yang berhabitat di kawasan berbatu atau berstruktur di pesisiran pantai dan muara.
Untuk memancing ikan kuku ini kita perlulah tahu diet pemakanannya. Ikan kuku menjadikan krustasia dan sesiput antara makanan utamanya. Jika memerhatikan barisan gigi ikan kuku maka kita akan percaya kenapa ikan ini menjadikan siput teritip sebagai makanannya.
Waktu terbaik memancing ikan kuku ialah ketika air bergerak pasang. Oleh yang demikian, carilah lubuk berstruktur atau berbatu yang berpotensi akan menjadi kawasan ikan kuku berlegar mencari makanan apabila ditenggelami air pasang.
1,496lb! Itulah angka berat seekor tuna sirip biru yang mengatasi semua rekod dunia dan tuna tersebut dipancing di sini pada tahun 1979.
Ikan tuna sirip biru yang selalu ditangkap di kebanyakan tempat lain biasanya mempunyai berat sekitar 800lb yang dianggap besar, namun di perairan Kanada ini anda boleh menaikkan tuna seberat sekitar 1000lb dengan peratusan yang lebih tinggi.
Memancing di sini biasanya tidak jauh dari daratan. Setiap bot memancing di sini biasanya dilengkapi dengan kerusi untuk pertarungan, namun jika anda mampu berdiri ketika menahan asakannya, apa salahnya. Di sini, undang-undang tangkap dan lepas berkuatkuasa untuk tangkapan tuna sirip biru. Namun bot kini dibenarkan untuk mengambil satu atau dua tangkapan.
Black Marlin (CAIRNS, AUSTRALIA)
Jika anda penggemar dan merupakan pemancing yang mahu memburu black marlin atau gelarannya ‘Black gold’, apa kata anda terbang menuju ke Cairns. Cairns yang terletak di timur laut Australia ini dikatakan merupakan tempat terbaik untuk merasai tentangan black marlin. Banyak black marlin yang mempunyai saiz mengagumkan boleh didapati di sini.
Oleh kerana kawasan ini memang dikenali sebagai lokasi tumpuan untuk black marlin membiak, jadi tidak hairanlah jika Cairns menjadi lokasi pilihan utama kaki pancing yang mahu memancing black marlin.
Cairns dikatakan lokasi yang lebih baik berbanding Mozambique dan Panama dalam konteks memancing black marlin. Waktu paling sesuai ke sini ialah sekitar September hingga Disember.
Tarpon (BONTHE, SIERRA LEONE)
Pancingan tarpon gergasi selalu dikaitkan dengan Isla, Mexico. Namun kami memilih lokasi negara di benua Afrika ini sebagai pilihan. Seorang pemancing, Victor Sebag pernah mendaratkan tarpon seberat 283lbs. Malah pada tahun 2006 sahaja, 12 rekod tangkapan tarpon yang dimasukkan dalam IGFA bagi pelbagai kelas tali.
Bonthe merupakan bandar terpencil, pedalaman di sebuah pulau di Sierra Leone. Pernah menjadi pusat perdagangan pertanian utama ketika zaman penjajahannya dahulu. Tarpon di Bonthe biasanya aktif sekitar Januari hingga Mei.
Taimen (MONGOLIA)
Memancing di Mongolia adalah pengalaman yang menjadi impian lebih-lebih lagi bagi pemburu taimen. Mongolia mempunyai lebih daripada 4000 sungai dan lebih daripada 30 tasik yang jernih dan bersih lantas menjadi lubuk untuk menangkap pelbagai jenis ikan.
Taimen, ikan yang terbesar dalam keluarga salmon, adalah satu cabaran sebenar untuk pemancing yang berkunjung ke sini. Spesies Taimen rata-rata bersaiz sekitar 33 inci dan berat kira-kira 10lbs. Bagaimanapun jangan terkejut jika anda berjaya menaikkan taimen yang mempunyai saiz gergasi kerana terdapat taimen yang mencecah panjang 1.5 meter.
Tigerfish (SUNGAI ZAMBEZI)
Sungai Zambezi merupakan sungai keempat terpanjang di Afrika. Sungai ini merentasi beberapa buah negara seperti Malawi, Zimbabwe, Congo, Zambia dan beberapa buah negara lagi. Bagi bahagian atas lembah sungai ini iaitu dari punca sungai sehingga ke Victoria Falls, sekitar Zambia, kawasan lembah atas ini cukup popular dengan pancingan tigerfish.
Semasa kemuncak musim hujan ketika Sungai Zambezi menjadi semakin lebar dan bertukar warna air, waktu ini merupakan waktu puncak untuk memancing tigerfish di sini. Tigerfish merupakan spesies ikan yang cukup ganas dan setiap pemancing sudah pasti mahu merasai sendiri bagaimana tentangan daripada ikan yang mempunyai rupa yang cukup ganas ini.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...