Soal Jawab Mancing – Cara Atasi Umpan Ruat (Umpun-Umpun) Cepat Mati?

Share

 

SOALAN:

 

Ada tak petua nak bagi umpun-umpun jangan cepat jadi lembik kemudian mati? Sebab bila dah mati dah tak boleh nak pakai lagi. Bau dia pun boleh tahan juga busuk.

 

JAWAPAN:

 

Umpun-umpun, ruat adalah perumpun adalah daripada kumpulan haiwan invertebrata hampir sama dengan jenis cacing tanah yang terdapat di belakang halaman rumah kita.

 

Namun, bentuknya yang lembut dan panjang sehingga mencapai 50 cm serta mempunyai kaki seperti lipan, membezakan spesies ini daripada cacing tanah yang sedia ada.

 

Habitat spesies ini boleh didapati di kawasan berlumpur yang diliputi pokok bakau atau nipah di persisiran pantai dan ia bersarang di dalam lumpur itu sendiri.

 

 

Kaedah menyimpan umpun-umpun adalah seperti berikut:

 

Panas melampau

Jangan simpan perumpun di tempat terdedah atau terkena cahaya panas terik atau terdapat pancaran terus matahari kerana ia akan mengeringkan selut dan kelembapan badan umpun umpan serta membunuhnya.

 

Sejuk melampau

Jauhi dari kesejukan hawa dingin atau air cond. Jika disimpan di bilik yang mempunyai air-cond, tambahlah sedikit air. Angin kering yang dikeluarkan dari air-cond akan mengering kelembapan yang terdapat dari kulit umpun umpun.

 

 

Tempat teduh

Seboleh-bolehnya simpan di tempat sejuk atau masukan beberapa ketulan ais beku untuk menyejukkan tempat kurungan supaya cacing tersebut kurang aktif. Tapi tak perlulah simpan di dalam peti sejuk apatah lagi di dalam bahagian sejuk beku.

 

Semut

Jauhi tempat simpanan umpun-umpun daripada dimasuki semut dan berdekatan dengan bahan-bahan kimia yang boleh membunuhnya.

 

 

Cara potong

Apabila memotong umpun-umpun untuk dijadikan umpan, sebaiknya anda memotongnya daripada bahagian ekor sedikit demi sedikit dan sekiranya tidak habis digunakan, simpanlah di dalam bekas asalnya dan letak di tempat yang teduh.

IKLAN