Ikan bawal pinang / emas (juga dikenali sebagai bawal kolam oleh kebanyakan kaki pancing kolam air masin) atau ikan pompano adalah spesies ikan air masin yang lasak. Ia berbentuk lebar seperti bawal biasa. Bahagian hujung ekornya berwarna kekuningan. Tetapi saiznya lebih besar dan purata ikan ini boleh membesar sehingga belasan kilogram.
Ikan bawal pinang lebih tertumpu di kawasan beting pasir dan sering bermain di permukaan dan pertengahan air. Untuk menjinakkan ikan ini, umpan paling lazim digunakan di habitat asalnya ialah udang hidup.
Ads
Di kolam pancing juga digunakan udang hidup terutamanya jika ingin menyasarkan spesimen bersaiz besar. Begitu umpan yang lazim digunakan ialah udang pasar sahaja. Begitu pun udang pasar perlu dikopek kulitnya atau dipanggil udang kopek.
Ads
Untuk lebih mudah lagi kerja boleh dapatkan terus udang kopek yang ada terjual di sesetengah pasar raya. Isi udang kopek perlu dipasang pada mata kail menggunakan teknik memancing apollo dengan kaedah apungan.
Ads
Dengan kaedah menggunakan pelampung, jarak mata kail dengan pelampung lebih kurang sedepa. Kebanyakan ikan ini bermain di kawasan pertengahan air di kolam air masin.
Kawasan tumpuan ikan ini di kolam berdekatan kincir air kerana ia menunggu makanan yang ditolak arus ke permukaan. Jadi umpan udang pemancing harus berada di kawasan sasaran ikan ini biasa berkumpul.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download
sekarang!
Ikan terboi sebenarnya ialah yang mampu menghadirkan keseronokan memancing jika bertemu dengan spesimen yang kasar melebihi 20 cm. Pecutannya agak kencang umpama pecutan ikan rohu. Tidak menghairankan ikan terboi ini turut digelar ikan turbo berikutan kuasa pecutannya. Disebabkan ia merupakan menjadi diet utama kebanyakan ikan pemangsa maka untuk bertemu dengan spesimen yang kasar amat sukar.
Pancingan ikan terboi sebenarnya lebih menjurus kepada aktiviti santai pemancing remaja di kawasan perkampungan luar bandar. Ini kerana perairan yang kurang tercemar seperti di perkampungan luar bandar ini habitat yang sesuai untuk survival ikan terboi. Walau bagaimana pun memancing ikan terboi mempunyai pelbagai teknik dan cara.
Bila memperkatakan tentang pancingan ikan terboi ini ia secara tidak langsung akan mengimbau kenangan zaman kanak-kanak kebanyakan pemancing hari ini. Ia antara aktiviti sampingan apabila tiada permainan yang ingin dilakukan bersama kawan lain. Peralatan pancing pun ringkas dan mudah.
Memadai dengan hanya tali tangsi atau tali benang yang digunakan untuk bermain layang-layang dan mata kail sahaja sudah boleh digunakan untuk memancing terboi. Joran pula sekadar batang buluh Cina atau tin susu saja. Umpan pula cacing tanah yang boleh dicari di tepian sungai.
Jika inginkan keseronokan sebenar memancing ikan terboi dengan penggunaan joran dan kekili maka pilihan terbaik adalah set pancingan ultra ringan. Kaedah memancing ikan terboi hampir sahaja dengan memancing lampam sungai atau temperas.
Namun mata kail sebaiknya yang halus atau mata kail udang saiz 2-4 amat sesuai digunakan. Selain cacing, terboi amat menyukai biji kekabu dan hirisan kelapa sawit.
Sekiranya anda biasa memancing ikan kelah, pasti anda faham bagaimana pentingnya teknik bersembunyi ketika memancing. Begitu jugalah jika memancing terboi terutamanya jika memancingnya di sungai yang jernih airnya. Ini kerana daya penglihatan ikan terboi amat baik dan tidak akan menghampiri umpan sekiranya terlihat kelibat anda.
Seperkara lain, untuk menarik perhatian terboi menghampiri umpan, anda haruslah kerap menabur umpan. Inilah rahsia sebenar untuk pancingan ikan apa-apa pun. Pastikan kumpulan ikan terus kekal berada di kawasan anda melontar umpan bermata kail. Cubalah, pasti anda akan terhibur dengan pancingan ikan terboi juga enak digoreng kunyit.
Ikan haruan merupakan sejenis ikan air tawar atau spesies ikan yang suka menyendiri di mana ia sering memilih kawasan habitat berpaya, parit atau sawah padi sebagai perumah. Ikan ini juga amat mudah dikesan terutama di kawasan semak yang berair cetek di mana kita boleh menangkapnya dengan memancing, menjala, menjaring atau cara lain.
Ikan haruan adalah jenis pemangsa yang memakan haiwan lain seperti anak-anak ikan, katak, serangga dan sebagainya. Ia selalunya mampu bersembunyi di kawasan lubuknya tanpa diketahui oleh mangsanya dan bergerak pantas menangkap mangsa untuk makan.
Apabila ikan haruan nampak mangsanya, ia akan menyambar umpan dan mata kail dengan mulut yang besar ke dalam mulutnya dan apa yang paling menarik, adalah ikan haruan hanya memakan umpan hidup dan jarang menyambar umpan mati yang tidak bergerak.
Selalunya ia telan semua umpan sehingga masuk ke dalam perut dan jarang sekali akan terlepas semula. Kalau terlepas disebabkan tali kail putus akibat hebat rentapan yang kuat atau pun disebabkan oleh ikatan mata kail terlucut.
Habitat dan taburan ikan haruan ada dan sesuai pada air tawar yang agak tenang dengan keseimbangan pH7 iaitu tahap air paling sesuai baginya. Ini bermakna, ada berapa laporan mengatakan ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat. Ikan Haruan memang didapati tidak suka berada di kawasan yang terdedah matahari.
Justeru, ia lebih gemar untuk bersembunyi di tempat teduh dan terlindung. Tidak hairan jika ia lebih selesa berada di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26 darjah Celsius seperti di dalam lubuk sawah padi yang tenang airnya agar ia dapat mengesan gegaran atau pergerakan dilakukan oleh mangsanya.
Ikan ini dikatakan mampu membesar sehingga 25 centimeter panjang dengan kadar berat mencecah lebih 1 kilogram seekor. Di negara Asia pula taburannya adalah agak menyeluruh. Ia boleh didapati dengan mudah di negara seperti di India, Pakistan, Bangladesh, Lembangan Sungai Mekong, Chao Phraya, Sumatera serta Kepulauan Jawa selain di Malaysia.
Rujukan dari beberapa sumber di Malaysia yang dilaporkan oleh pemancing ikan haruan bahawa ikan haruan banyak berada di kawasan seperti di Pahang yang banyak mempunyai lubuk.
Ikan ini banyak menghuni kawasan anak sungai di kawasan pendalaman, terutama di Jerantut, Lipis, Rompin, dan Kuantan. Kawasan lain yang mempunyai lubuk seperti ini pastinya memang ada ikan haruan tinggal.
Ikan Haruan sering menjadi buruan ramai berikutan ia mempunyai nilai komersial dan khasiat perubatan. Bagi menjamin sumber terus berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan.
Kaedah menangkap yang boleh mengurangkan populasi haruan adalah dengan menggunakan renjatan eletrik, racun, tuba atau bahan letupan memang dilarang. Kaedah buruk ini terus menyumbang kepupusan baka ikan itu bahkan memusnahkan ekosistem sama sekali.
Selain daripada dibuat sup, ikan haruan yang didakwa membantu mempercepatkan luka dalaman, ia juga boleh dimasak pelbagai cara. Bagi orang Melayu, haruan masak lemak cili api bercampur daun kesom begitu digemari. Bagi masyarakat Cina, sup ikan haruan bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular.
Walaupun yu paus besar, mereka hanya memakan plankton kecil, ikan kecil, dan krustasea. Cara makan pula dengan cara menapis makanan melalui insang.
Mangsa akan terperangkap dalam dermal denticles dan alat unik bernama pharynx. Makhluk luar biasa ini mampu menapis lebih dari 1,500 galon air per jam.
Yu paus dan ikan elasmobranch lainnya seperti pari adalah ikan bertulang rawan (cartilaginous fish).
Disebalik memiliki kerangka yang terbuat dari tulang, mereka memiliki kerangka yang terbuat dari tulang rawan, jaringan yang kuat dan lentur.
Memandangkan tulang rawan tidak melindungi organ utama seperti sifat tulang, kita lebih banyak mengetahui perihal yu atau jerung ini adalah giginya, bukan dari fosil tulang.
Yu paus betina biasanya lebih besar dari jantan. Perkara ini adalah normal kerana sebahagian besar yu bersifat begini sebagaimana paus balin iaitu sejenis hewan laut besar lainnya yang memakan organisma kecil.
Bagaimana untuk membezakan yu paus jantan dan betina? Seperti spesies yu lainnya, spesimen jantan memiliki sepasang pelengkap yang disebut clasper yang digunakan untuk menangkap betina dan memindah sperma ketika mengawan. Betina tidak memiliki clasper.
Hiu paus adalah spesies yang tersebar luas. Mereka ditemukan di perairan yang lebih hangat dari beberapa lautan termasuk Atlantik, Pasifik, dan India.
Yu paus memiliki pola warna yang menarik, dengan bahagian belakang kelabu kebiruan hingga coklat, dan bahagian bawah putih. Ini adalah contoh corak yang dapat digunakan untuk penyamaran.
Mereka juga memiliki garis-garis vertikal dan horizontal yang ringan pada sisi dan belakang, dengan bintik-bintik putih atau berwarna krim. Ini juga dapat digunakan untuk penyamaran.
Setiap yu paus memiliki pola bintik dan garis yang unik, memungkinkan para pengkaji untuk menggunakan identifikasi foto untuk mempelajarinya.
Dengan mengambil foto yu paus, para saintis dapat membuat katalog individu berdasarkan pola mereka dan menyesuaikan imej yu paus berikutnya dengan katalog.
Pergerakan yu paus kurang dipahami sampai beberapa dekad terakhir, ketika perkembangan teknologi penandaan memungkinkan para saintis untuk menandai hiu paus dan mengamati migrasi mereka.
Kita tahu sekarang bahwa yu paus mampu melakukan migrasi ribuan kilometer. Seekor yu yang ditandai menempuh jarak 8,000 batu selama 37 bulan.
Karena sifatnya yang jinak, memungkinkan untuk berenang, snorkeling dan menyelam dengan yu paus.
Pakej di mana pelancong boleh berenang dengan hiu paus telah dikembangkan di Mexico, Australia, Honduras, dan Filipina.
Masih banyak yang harus dipelajari tentang kitaran hidup hiu paus. Yu paus adalah ovoviviparous — betina bertelur, tetapi mereka membesar di dalam tubuhnya.
Sebuah penelitian menunjukkan bahawa yu paus mungkin memiliki beberapa kelahiran dari satu proses mengawan. Anak yu paus memiliki panjang sekitar 61cm ketika dilahirkan.
Para saintis tidak yakin berapa lama yu paus hidup, tetapi berdasarkan ukuran besar dan usia mereka pada reproduksi pertama (sekitar 30 tahun untuk jantan) diperkirakan mungkin yu paus hidup sekitar 100-150 tahun.
Hiu paus terdaftar terancam pupus (Red List) oleh International Union for Conservation of Nature (IUCN).
Mereka masih diburu di beberapa lokasi kerana siripnya yang berharga dalam perdagangan sirip yu.
Disebabkan perlahan dalam tumbesaran dan bereproduksi, populasi mungkin tidak cepat pulih jika spesies ini ditangkap secara berlebihan.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...